Motor baru

March 11, 2009 at 11:30 am (Uncategorized)

Minggu lepas, Mamoru bawak aku pegi kedai motor. Nak buat monthly payment motor dia (ohh, Mamoru memang ada sebiji motor tapi dah setahun lebih dia tak guna).

Memandangkan instalment motor tu tinggal tiga bulan je lagi, Mamoru plan nak trade-in tukar motor baru. Kata Mamoru, kalau motor dia tu dah habis bayar, konpem harga dia turun mendadak. Rugi kalau nak trade-in taim tu.

Eleh, alasan je tu. Aku tau Mamoru memang peminat motor. Sepanjang aku kenal dia dalam tempoh 2 tahun lebih nih dah 2 kali dia tukar motor. Padahal bukan selalu bawak pun.

Iklan: Aku kureng sikit bab motor nih. Maklum lah, aku kan ada kenangan pahit dengan motor zaman belajar kat U dulu. Jangan tataw, aku penah eksiden dengan teruk ok (motor aku la cedera teruk – sampai tak rupa motor dah – sampai kawan aku yang tengok keadaan motor tu menangis ingat aku dah arwah). Aku cedera sikit je kat lutut. Tapi insiden tu cukup utk buat aku trauma nak bawak motor lagi sampai sekarang. Bonceng kat belakang boleh, tapi tengok keadaan jugak.

Ok sambung balik.

Masa memula nak tukar aritu, Mamoru pilih motor jenis skuter aperntah model dia. Sangat besar ok! Tak dapat aku bayangkan macam mana motor besar tu nak menyelit antara kereta nanti – gerun. Tapi lepas test bawak, Mamoru tak jadi beli pulak. Tak best katanya.

Last-last Mamoru decide beli Yamaha Lagenda je. Aku setuju je. Motor jenis nih kalau nak jual balik, still ada value.

Suka sangat tengok Mamoru hepi dengan motor baru dia (walaupun sampai hari nih dia hanya berpeluang bawak motor tu sekali je.. hihihi – coz Mamoru gi keje hehari naik keta). Walaupun aku tak faham perangai lelaki nih, tapi aku tetap hepi tengok dia hepi.

Ohh.. kami dapat dua helmet percuma tau. Satu helmet biasa (kaler hitam). Satu lagi helmet putih yang sangat sporty designnya – yang nih Mamoru dapat masa lucky draw. Kata Mamoru, helmet putih tu mahal tau. Kata Mamoru lagi, helmet putih tu untuk aku dan helmet hitam untuk dia.

Yolahhh tuuu.. ntah bila laaa aku nak merasa pakai helmet putih yang cunn tu naik motor baru gi jenjalan. Mamoru tak bagi ok. Dia takut apa-apa jadi kat baby dalam perut nih. Takper lah.. aku pakai helmet tu taim tumbuk sambal belacan je lah nanti…

Ni la motor baru Mamoru.. Kaler merah – dia kan peminat warna merah🙂

1 Comment

  1. biqque said,

    kahkahkah! tumbuk sambal pakai helmet! i penah tumbuk sambal pakai spek itam! hahahahaha! paling best, amik pinggan yg clear skit, letak dpn muka cam face guard! kahkahkah!

Comments are closed.

%d bloggers like this: