Kenduri berkhatan

March 16, 2009 at 3:00 pm (Uncategorized)

Hebat sungguh kenduri berkhatan kat Kuala Selangor tau. Meriah! Nih kali ke dua aku pegi kenduri berkhatan kat Kuala Selangor. Kali nih anak Kak Nor (Kak Nor nih anak Makde merangkap sepupu Mamoru) yang berkhatan.

Heaven betul makanan taim kenduri semalam. Maklum lah, family Kak Nor kan ada bukak kantin sekolah. So, urusan menyediakan lauk pauk nih memang takde masalah untuk dia. Kenyang aku sehari suntuk duduk kat umah Kak Nor. Dari pagi membawak ke petang asyik mengunyah je.


Nih sebahagian dari lauk-pauk yang terhidang. Ada ayam goreng berempah, gulai daging salai, gulai labu, ikan bakar cicah air asam, bihun, bubur kacang, cendol, kerabu mangga, tempoyak udang, ikan masin, tembikai, cupcakes, brownies, kerepek segala.. fuhhhh.. aku memang suka bebenor la style orang sana buat kenduri.. complete!


Siap pasang tiga buah khemah lagi oke! Maklum la, yang bersunat tu (Faiz) laa satu-satunya anak lelaki dia. Dah macam kenduri kahwin mini aku tengok.. hihi. Memang seronok lah! Ohh.. aku lupa nak amik gambar Faiz yang terlantar dengan kain pelekat terikat ke atas.. hihi.


Nih je yang tak seronok – windscreen keta Mamoru retak kena batu. Bukan Mamoru yang buat gini tau. Malam kami tidur kat rumah nenek aritu, sepupu Mamoru pinjam keta dia – tu yang kena batu. Mender dah nak jadi.. tak kira la siapa bawak pun konpem retak jugak.

Nasib baik Mamoru ada amik insuran untuk cermin depan nih. Takde lah terasa sangat nak bayar ratus-ratus. Cuma tuu laa.. nak menunggu insuran tu, kena la jugak dulukan duit sendiri ye tak?

Anw, dah tukar dah pun cerminnya🙂

%d bloggers like this: