>Mimpi disuruh mengaji

March 18, 2009 at 10:00 am (Surah Pilihan)

>

Semenjak dua menjak nih aku memang selalu sangat bermimpi taim tidur. Selalu tu mimpi buruk & mimpi pasal hantu je. Mamoru sampai dah lali bila aku cerita tentang mimpi buruk yang aku dapat. Selalu jugak la dia mengusik..

“Sayang nampak ke hantu tu? Macam mana rupa dia”

Gerem ok. Luckily, aku tak pernah ingat semua jalan cerita mimpi aku tu (nasib baik). Apa yang aku tau bila bangun tidur, mimpi aku adalah sangat tak best.

Tapi malam tadi lain sikit mimpi yang aku dapat. Aku mimpi aku duduk dalam kelas dengan kengkawan outdoor. Kat depan delas tu ada skrin komputer dan kami disuruh baca ayat-ayat yang terpampang kat skrin komputer tu. Sorang demi sorang kena berdiri kat depan dan baca ayat tu.

Cuak gak mulanya. Dari jauh aku try tengok & ingatkan surah yang aku kena baca. Puas aku fikir surah apa.. rupanya surah As-Saaffat. Bila terjaga dari tidur subuh tadi, lama aku duk terkelip-kelip fikirkan surah nih. Sejujurnya lah, dalam banyak-banyak surah yang aku duk selalu baca tafsirnya, surah nih aku selalu langkau. Even kalau dengar Quran online kat opis pun, aku selalu pilih surah-surah yang aku biasa dengar je.

So, pagi nih dengan penuh curious, bukak je komputer kat opis, terus aku dengar surah nih online & baca terjemahan dia sampai habis. Ada satu ayat dari surah nih yang aku rasa sesuai dengan keadaan aku sekarang dan buat aku suka nak baca & amalkan:


Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!” (Surah As-Saaffat ayat 100)

Ayat suci nih menceritakan tentang doa Nabi Ibrahim (a.s) yang dimakbulkan oleh Allah (s.w.t) dan Baginda dikurniakan seorang anak lelaki yang penyabar.

Kat bawah nih, aku copy paste secara ringkas antara kandungan surah nih dalam Al-Quran.

As-Saaffat

Surah yang ke 37 di dalam Al-Quran. Yang bermaksud.. bersaf-saf atau berbaris. Diambil dari perkataan serupa yang terletak pada ayat permulaan surat ini yang menceritakan bagaimana para malaikat yang bersih jiwanya berbaris di hadapan Tuhannya dimana mereka tidak dapat digoda oleh syaitan.

Isi kandungan surah nih menceritakan tentang:

  1. Keimanan : Dalil-dalil tentang keesaan Allah (s.w.t); adanya hari kebangkitan; adanya padang mahsyar dan adanya hari kiamat; para malaikat selalu bertasbih kepada Allah.
  2. Kisah-kisah : Kisah Nuh a.s.;Kisah Ibrahim a.s.; dan Ismail a.s.; kisah Musa a.s. dan Harun a.s.; kisah Ilyas a.s.; kisah Luth a.s.; kisah Yunus a.s.
  3. Dan lain-lain : Sikap orang-orang kafir terhadap Al Quran; tuduh menuduh antara orang-orang kafir dengan pengikut-pengikutnya di hari Kiamat; kenikmatan di surga; tentang pohon zaqqum;celaan terhadap orang-orang yang mengatakan bahawa Allah mempunyai anak; seorang yang baik belum tentu menurunkan keturunan yang baik pula.

5 Comments

  1. kuIna Jentayutiara said,

    >tak pandai taksir mimpi.. tp whatever yg baik.. amalkn saja

  2. arnirina said,

    >best dpt mimpi nie..amalkan aje surah tu..baik utk kite.

  3. e.l.i.s.s.m.i.e said,

    >aku masa mengandung selalu amal surah luqman nak suh anak pandai dan surah yusuff nak dapat anak comel😀

  4. biqque said,

    >i plak AKAN tiap2 ari mimpi…mimpi benda yg jadi hari tu, atau mimpi hantu. hehe!so kalo nak tafsir tiap2 ari, penat gak tu!p/s: hebat la aD siap mimpi surah…amin kan aje la…

  5. aD said,

    >kulna jentayutiara: aD pun tak pandai tafsir-tafsir nih :)ainirina: insyaAllah :)elissmie: aD baca semua sekali hihihibiqque: kebetulan kut. sebab mamoru rajin bukak cd surah nih dalam keta..

Comments are closed.

%d bloggers like this: