Tanggungjawab

March 20, 2009 at 9:00 am (Uncategorized)

Semakin aku belajar erti hidup berumahtangga nih semakin kagum aku bila menyaksikan sendiri tanggungjawab seorang suami.

Semalam Mamoru balik lambat lagi. Punya laa lama aku tunggu dia fetch aku kat opis nih. Dekat nak pukul 9.00 malam baru dia amik aku. Sementara nak tunggu dia datang, aku tengok SpaQ online. Dalam tak minat tu habis jugak beberapa episod aku tengok semalam.. hihi.

Ekceli, Mamoru ada offer aku pegi opis dia. Kata Mamoru, kalau aku nak pegi sana, wife boss Mamoru sanggup datang fetch aku kat sini. Menarik, tapi… aku takut menyusahkan orang kat sana pulak. Dah ler semalam badan aku tak berapa sihat. Asyik nak terbaring je. Kang kalau aku gi opis Mamoru, kompem tak boleh berbaring atas sofa dengan gaya bebas (yelah, opis Mamoru kan ramai lelaki).

Masa on the way balik rumah, Mamoru banyak kali minta maaf sebab buat aku tertunggu-tunggu. Aku takde hal lah. Apa laa sangat menunggu 3 jam.. hihihi (siap mentioned masa tuu). Tapi serious, aku memang tak kisah. Lagipun, bukannya Mamoru sengaja. Memang dia banyak keje. Aku sendiri penah pegi opis dia dan tengok sendiri keje-keje yang dia buat – memang memeningkan.

Kat rumah, aku siap cakap kat Mamoru nak masak sambal ikan bilis peberet dia. Tapi dia tak boleh tunggu lelama. Dia kena keluar pegi opis balik – sambung buat paperwork. Dia balik tuu pun semata nak hantar aku balik rumah. Kesiannya aku tengok dia. Rupanya, dari tengahari dia tak makan sebab sibuk mengahadap paperwork! Aku paksa dia mandi & tukar baju sementara aku buat masakan paling cepat – mee maggi! Sedih ok bagi hubby sendiri makan megi. Tapi dah tu je makanan yang paling cepat disediakanšŸ˜¦

Terharu aku bila Mamoru cakap;

“b nak keje rajin-rajin.. nanti bila semua dah ok, b nak sayang berhenti keje jaga baby kita. b tanak tengok sayang susah hati”

Malam tadi dalam pukul 2.30 pagi baru Mamoru sampai rumah. Aku perasan timing tu sebab dia terpaksa call & kejutkan aku bukak pintu (dia tertinggal kunci kat opis).

Lebih buat aku terharu, bila dia sanggup amik hati aku dengan makan nasi taim subuh hadam camtu – maybe dia mengenangkan aku bersusah-payah masak lauk kesukaan dia (padahal, kalau taim sahur dalam bulan puasa pun Mamoru berkeras takkan sentuh nasi – tak kira laa aku masak lauk apa). Tergelak aku tengok dia angkat ibu jari tanda “best” taim makan.

Haii.. Mamoru.. Mamoru.. dalam penat-penat camtu pun sempat jugak dia buat lawak.

***********************************

Dalam hati, aku berdoa pada Tuhan, semoga Mamoru sentiasa dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang baik selalu… Harap sangat kebahagiaan kita berkekalan! Aminnnnn.. *aishiteru Mamoru~kun*..

8 Comments

  1. rose said,

    my hubby pon camtu..kdg2 sian tgk dia keje. malam baru balik. sib baik kete asing2. if tak mau gak berjam2 tunggu dia fetch kat ofis..huhu
    oustation jgn kira la..mula2 kawen rasa cam geram gak sbb selalu kena tinggal, tp skang alhamdulillah..dah mula faham..dia bkn sengaja pon..semua tuntutan kerja n keselesaan idup..

    dalam balik penat2 pon..hubby sempat lagi senyum n bergurau..kita kat umah lak lebey2 majuk sebb selalu kene tinggal..kikikik….hmm..susah nak dpat org yg sabar cam dia..love him soooo much!

  2. e.l.i.s.s.m.i.e said,

    aku pun masa zaman tak reti bawak keta, selalu kena tunggu hubby amik lewat2..paling lewat kul 10 lebih sebab tayar motor pancit..skang dah pandai bawak keta so tak susah2 kan dier..tapi rindu nak dier amik anto pegi keja tušŸ˜€ lewat pun i relaa…

  3. arnirina said,

    VERY THE LOVING…:)

  4. elysuhaili said,

    kudos to mamoru..kudos gak kt ad sbb paham.. ekceli kite sume nih kategori bertuah dpt laki yg memahami, tolak ansur and sporting.. cuma kalau la papi ckp i bleh benti keje duk umah alangkah beshnye.. nih dia bleh ckp ‘if i gaji 20ribu pon u kena keje gak.. u xbleh duk umah nnti u boring..’ cis napa la dia xcadangkn.. ‘u dok umah aje la soping online’ huhuhuhu kan ke besh cmtu

  5. Dee said,

    untung dpt suami yg begitu bertanggungjawab n sayang kat aD..jaga dia baik2 tau…ada byk jaws di luar sana..

  6. biqque said,

    aminnnnnnnn!

  7. Deqna said,

    baguslah macam tu, tu adalah tanda2 suami yg memahami dan menghargai isteri. Bersyukurlah.

  8. aD said,

    rose: bertuah rasa badan kan? dulu aD ingat, susah nak jumpa lelaki camnih.. tapi bila dah dapat.. bahagianyaaaa.. hihihi

    elissmie: yang sekali sekala tu laa yang bestttt.. sure romentikašŸ™‚

    arnirina: aD pun doakan pasangan lain hepi & bahagia selalu

    elysuhaili: hihihi.. aD pun, ntah ye ntah tak boleh duduk rumah.. takut gak kejung dilanda boring.. hihi

    dee: tidakkk.. aD kerat lapan jaws tu nanti.. ahahahah

    biqque: tenkiu!

    deqna: *sujud syukur nih* hihihi

Comments are closed.

%d bloggers like this: