Persiapan hibernate/nesting

March 26, 2009 at 9:00 am (Uncategorized)

Semalam seharian tak masuk opis. Ada corpt visit kat KLIA – bosan gila. Sepatutnya lepas habis visit, aku terus balik opis. Tapi, DO tak cakap apa pun.. apalagik, akak membalik kan diri ke rumah je lah – rehat sambil mencantikkan diri sendiri (read as: tido).

Hujan lebat kan petang semalam? Nasib baik aku dah siap sedia atas katil. Syok je tarik quilt. Sempat lagi tu berangan camne situasi aku kat delivery room nanti – cam apa je kan.. hahaha. Tapi tu laa hakikatnya, yours truly nih memang dah tak sabau nak tengok si comel A nih.

Malam tadi aku ajak Mamoru berangan sama (dah takde keje lain..hihi). Tapi bukan berangan kosong – Berangan sambil mengemas rumah ok. Kami siap plan nak ubahsuai susunan perabot dalam rumah tu untuk memudahkan pergerakan aku taim berpantang nanti. Bilik tetamu pun kena complete-kan. Senang kalau sedara mara nak datang bertandang melawat kami.

Pasnih kena beli satu tilam single untuk letak kat ruang tamu. Aku dah plan nak jadikan ruang tamu tu tempat rehat taim siang – malam je baru masuk bilik. Lagipun senang nak tengok tivi atau surf internet!

Barang baby banyak yang tak dibeli lagi. Tunggu aku balik dari Sabah baru buat final shopping. Sekarang macam tak boleh nak berfikir. Banyak gila mender yang nak kena buat dalam masa yang singkat.. Antara mender yang menyesakkan kepala aku:

1. Kami belum pegi kelas antenatal – Aduiyaiii.. kalau boleh, aku nak pegi kelas yang ada selitkan bab-bab keagamaan – cth, cecara nak azan / iqamatkan baby, etc. Kat hospital biasa ada ke penerangan camnih?
2. Barang baby ada yang tak cukup lagi – baby cot, stroller, kipas kecik, baby car seat
3. Barang aku – Jamu?? Ohh.. perlu ker? Yukss!!
4. Nursery?
5. More input.. info.. info.. info.. (tentang penjagaan baby, common desease, breastfeeding, do’s & don’t, etc)

Last but not least.. tempah baju raya.. (apakah??!!).. hihi. Ohhh.. ini adalah sangat perlu hokeh. Sebab by time aku habis pantang, dah dekat nak masuk bulan puasa dik nonnn. Kalau hantar kain untuk dijahit taim tu alamatnyaaa sampai tahun depan baju ko tak sudahh. Jadi, perancangan awal adalah perlu!

7 Comments

  1. precious innocent said,

    kemas rumah? aaa sudah… mcm x lama je lg nak masuk labor room nie.. org kata, nesting instict…

    huhu…

    dlm list ad tu, rasanya byk yg boleh dbuat lepas baby A kuar.. cuma tang jamu tu kene tgk jugak la.. mcm sy dulu, beli hpa punye.. tp stop kejap sbb ryan kene ruam.. mujur murah.. kekeke…

    yg lain tu, just go with d flow.. org ada anak sepuluh pun still belajar cara pjagaan anak, sbb lain anak lain ragamnye…

    gud luck!!

    -mama emma-

  2. e.l.i.s.s.m.i.e said,

    kalo bb gal, biasa orang iqamat kat tinge kiri,kalo baby boy, biasa azan kat tinge kanan..slow2 jer kang terkejut baby A..ni azan ker iqamat?😀

  3. NONIE AZIZ said,

    bleh tak akak nak teka rasanya baby A ni macam boy jer hikhikhik…apapun barang2 baby jgn beli banyak sangat pasal satu baby ni cepat besar..lagi satu peralatan mandian baby tak yah beli banyak pasal biasanya kita dapat banyak benda mcmni lepas bersalin…nak habis kan pun lama bangat..macam akak powder baby tu sampai sekarang ada lagi yang tak guna!!

  4. aD said,

    precious innoncent: mekasih mama emma atas info. aD pun takut gak pasal jamu nih.. ada org kata, tak sesuai consume taim breastfeed baby. first time baby nih memang serba serbi gugup.. harap semuanya ok nanti🙂

    elissmie: soooo cleaver.. taktik nak cungkil rahsia ek.. hihihi.

    nonie aziz: hihihihi.. *tutup mulut rerapat*.. tamo cakap.. tamao cakap..
    betul gak akak cakap ek, tayah beli bebarang mandian nih bebanyak kan.. sebab baby first selalu orang bagi present alat mandian nih semua kan kan kan

  5. biqque said,

    rumah i mmg dah sedia ada guest room utk kelamin n single😀 senang, sape dtg, ha pilih…hahaha!

    tilam tengah rumah tu cam best je dengar kan…hahaha!

    tak sabar nak tunggu si baby A tuuuuuu😀

  6. biqque said,

    rumah i mmg dah sedia ada guest room utk kelamin n single😀 senang, sape dtg, ha pilih…hahaha!

    tilam tengah rumah tu cam best je dengar kan…hahaha!

    tak sabar nak tunggu si baby A tuuuuuu😀

  7. aD said,

    biqque, umah aD banyokkk yg tak complete lagi.. maklum, menyewa.. hihihi nak beli barang bebanyak takut payah nak pindah nanti🙂

Comments are closed.

%d bloggers like this: