>Jeruk petai

March 30, 2009 at 9:00 am (Resepi)

>

Aritu, masa Mamoru pegi melawat site kat Negeri Sembilan, dia sempat borong petai kat sana. Banyak oke petai yang dibelinya. Terkejut aku tau. Ohh btw.. Mamoru bukan penggemar petai.

Mamoru: b ada hadiah special untuk sayang tau. Mesti sayang suka sangat!

Aku: Hadiah apa tu? (excited nih)

Mamoru: (sambil tarik seikat petai dari seat belakang kereta) Nihhhh!! Suka tak?

Aku: (dengan kening terangkat tinggi) Petai???

Lawak tau Mamoru nih. Nasib baik dia tak ikat riben kat petai tu. Mementang laa wife dia nih suka makan petai.

Kat rumah, sekali lagi Mamoru buat kening aku terangkat lebih tinggi dari kening akak Ziana Zain. Dia request aku buat petai jeruk dik nonnnn! Pelik tau, dah laa dia tak makan petai, tapi lajuuu pulak tu dia ‘mengorder’ petai jeruk. Nih siapa yang ajar dia nih?

Dek tanak menghampakan permintaan suami tersayang, aku pun buatkan laa petai jeruk untuk dia. Banyak jugak la dapat. Bila dah siap buat jeruk nih, aku rasa macam best pulak. Setidaknya, boleh tahan lama petai tu. Kalau tak, kompem kering & terbuang je kalau biarkan dalam fridge.

Pada penggemar petai, jom layan cecara membuat petai jeruk nih. Sonang yo.


Memula, bersihkan petai, potong bahagian tepi kulit petai dan rebus dalam periuk. Rebus dengan kulit sekali tau. Kalau periuk korang cukup besar, tayah potong kekecik pun takpe.


Nih rupa petai yang dah siap direbus – brownish sikit kaler dia. Tos kan air rebusan, dan keluarkan petai dari kulit dia. Bila dah direbus, senang je nak keluarkan petai, picit je kulit dia konpem terkeluar.


Lepas tu, sediakan satu botol bersih, penuhkan petai dalam botol nih dah masukkan air masak yang dah dicampur garam. Agak-agak je lah jumlah garam yang korang suka. Dan dah siapppp!! Sila simpan dalam fridge selama seminggu sebelum boleh diguna. Jeruk nih boleh tahan berbulan lamanya tau!

Honestly, bau petai jeruk nih memang *masyaAllah*… tapi, khasiat dia banyakkkk ok! Google la sendiri khasiat makan petai nih kat internet.

Note: Jeruk petai nih, boleh dimakan camtu je (buat ulam nasi) atau dimasak dengan lauk pauk yang lain (gulai ciliapi).. try arr.. kompem terangkattt.. hihihi

9 Comments

  1. erlyda said,

    >wow!! sodapp tu..faveret okk ;D

  2. e.l.i.s.s.m.i.e said,

    >hubby aku suka laa ni petai jeruk..tp aku kurang gemar..coz bau harum😛 aku suka yang fresh lagik..cicah budu..perghhhh..semalam br mkn petai😀

  3. suezety said,

    >ya allah sedeepppnyeee jeruk petai!!! my fav!!! dulu b4 my grandma dpt strok dia slalu buat.. :(( sedapnyerr

  4. Deqna said,

    >isy besar2 yer biji petainya yer.. tak pernah wat jeruk petai ni, tapi kalau ada petai rasa nak cuba gak lah wat jeruk nie walaupun asben pun tak makan petai sgt..

  5. biqque said,

    >kitorang laki bini suka petai! hubby i suka mentah, i suka rebus/bakar! yummyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!p/s: tapi skang susah nak cari petai yg sedap n cun la😦

  6. Ied @ May said,

    >dah nak dkt bersalin jgn mkn petai dik oooiii…nnt air ketubam pecah bau petai. harum satu labour roombahaya wooo…

  7. Zana S said,

    >wah! sedap tuh. tapi… kalau nak dedekat bersalin la ek takleh mkn. kira 5-7 bulan ampun lagi kan?/? hikss.

  8. aD said,

    >erlyda: calit sikit.. hihihielissmie: aD pun kalau petai jeruk nih buat masak dalam lauk boleh lah.. nak makan gitu je, tak dapekkk hehehesue: takpe, pasnih dah boleh buat sendiri.. hihihideqna: try jangan tak terai… :)biqque: kat area negeri sembilan petai dia best–bestt.. muda & rangup.. kalau kat kl nih byk yg dah tua & ada ulat arr :(ied: errrrrkkkkkk.. betui ka?zana s: yer ke? tsskkkk… aD tataw😦

  9. Ied @ May said,

    >ni pesan nurse2 yg keje kat labour room. jgn mkn petai, jering, kerdas dan segala ulam yg blh mengeluarkan bau bile dh nk dkt bersalin. air ketuban pun kene tempias bau gak.bile dh lbh 7 bln tu, phm2 je la ye…

Comments are closed.

%d bloggers like this: