Kena inject

April 6, 2009 at 12:16 pm (Uncategorized)

Baru masuk opis nih – pagi tadi gi check up kat Al Islam.

Sepatutnya pegi semalam, tapi Dr. Rusila takde pulak. Yang ada just doktor lelaki. Tak mboh aku arr. Tak sanggup nak londeh seluar biarkan doktor lelaki godek-godek perut aku taim scan baby. Tuu yang aku tukar appointment hari nih. Walau pun tak dapat jumpa Dr Rusila, tapi lega jugak la sebab Dr Norida attend aku.

Hari nih kena first injection. Takut ok. Kalau dengar pengalaman memember lain yang kena inject taim pregnant, derang kata sakit gila. Boleh buat tangan kita kebas sampai seminggu lamanya! Sesilap aribulan katanya boleh mendatangkan demam. Tapi alhamdullilah, tadi cam ok laa. Dr Norida sendiri yang inject tangan aku. Takde la rasa apa pun. Cuma sakit sikit jer kat tempat kena cucuk tu. Jap lagi hilang la rasa sakit tu. Legaaa rasa hati.. hihi.

Pasnih, aku kena start buat check up dua minggu sekali (instead of sebulan sekali).. dan next two week, aku kena inject lagi😦

Nanti lah aku sambung update terbaru. Nak wat keje nih (ohh.. gambar kat Al-Islam takde. Tak sempat nak amik.. tsskkk. Takpe nanti aku upload gambar terbaru perut aku dalam bulan ke-8 nih khas buat yang request aritu.. hihihihi)

7 Comments

  1. Elyn said,

    alamak enject ni yg kene 2x kan?? lupe plak dh amik ke idak 2nd dose pasai x sempat amik 2nd dose dh terberanak!!! aiyooo lupe plak nk kene tgk buku tu blk…..

  2. Beautiful Disaster said,

    nape kene inject ekh? ryn xkene pulak. pelik nie.

  3. Big Mamma Bukhari said,

    salam..
    tq sudi wish bday t ye!!
    masa t kena inject dulu.. balik keja terus tido.. sakit mmg sakit.. tp itulah.. nak tak nak kena jugakkan? hehe..
    jaga kandungan baik2 ye!!🙂

  4. elysuhaili said,

    ha mmg pelik sbb dulu mak pon cite kena enjek alih2 i xkena pon .. napa ntah tapi seb beiikkk hehehe

  5. arnirina said,

    isk ok gak la tu kena inject 2x..sy aritu inject + minum air gule sbb de kencing manis! eeuuwwwww…geli okaaayyy..

  6. aD said,

    elyn: tu dia.. x nyempat bebenor nak keluar wafiq tu sampai tak sempat mummy dia amik 2nd dose.. hihi

    beautiful disaster: ntah lah ryn, aD pun tak sure naper ryn punya gynae tak suruh amik injection. tapi kata doktor, tujuan injection tu untuk elak dari kancing gigi & penyakit aperntah yg boleh serang baby bila dilahirkan (tak ingat)

    big mamma bukhari: same goes here.. hihi.. tenkiu T🙂

    elysuhaili: maybe antibodi awak kuat kutt.. hihihi

    arnirina: uuuu.. sib baik aD takde minum air gula. kalau takk kompem keluar balik segala isi perut🙂

  7. rose said,

    ha?
    inject2?
    huhu..takuttttt….

    ari tu inject amek darah pon org rasa nak nangis..takut giler tgk jarumnyee….huhuh

Comments are closed.

%d bloggers like this: