Bowling kat Flamingo

April 7, 2009 at 10:00 am (Uncategorized)

Perjalanan ke opis hari nih adalah sangat dashyat (eh, macam mana eja ‘dashyat’?). Ok, jangan tanya tentang itu. Tak sanggup nak imbas semula sebab esok pun akan lalui perjalanan yang sama – takut kalau diingat semula, laju je aku apply cuti nanti.

Malam tadi tak boleh tidur. Bukan, bukan.. Bukan sebab sakit belakang atau apa-apa simptom berkaitan third semester pregnancy, tapi sebab.. *sigh*.. sebab Mamoru takde disisi. Ohh.. sangat hazab ok tidur sengsorang. Kengkadang aku terfikir macam mana aku boleh survive tidur taim bujang dulu? Pelik, pelik..

Baby ‘A’ nampaknya sangat pandai mengambil hati. Dia pun temankan aku berjaga sambil bergerak-gerak buat aksi akrobatik kat dalam perut nih – nak hiburkan hati aku la tu. Macam tau-tau je mama dia rindukan daddy. Comel sangat. Tunggu lah awak lahir nanti, mama gomol cukup-cukup macam teddy bear!

Kat bawah nih gambar masa main bowling dengan geng outdoor (Karat’s) kat Flamingo. Kan aku dah kata, Mamoru sekarang dah minat main bowling semula. Tu yang tetiap minggu dia terjah pusat bowling.


Chua dengan abang Rasyid & wife dia, Kak Aishah. Suka aku tengok derang tau. Anak-anak dah besar tapi maintain buat semua xtvt sesama esp, mendaki gunung! Semoga relation aku dengan Mamoru pun se-romentik derang bila dah tua nanti.


Me dengan bebudak gunung yang lain


Baju aku dgn Mamoru sama tau. Mamoru sendiri yang pilih baju untuk dipakai malam tu & letak atas katil masa aku tengah mandi. Tak sangka ok, rupanya Mamoru suka kami pakai baju sedondon.. *romentik kan dik nonn?*.. Nih yang buat aku bersemangat nak tambah koleksi baju yang sepasang dengan dia pasnih!


Ohh.. gambar nih takde kaitan dengan bowling. Nih pasal rambut. Tengah pilih masa yang sesuai untuk aku cantas kasi pendek atau kalau tak pun, straighten kan je. Aku sudah rimas.

Err.. gambar perut takde lagi buat masa nih. Kena tunggu Mamoru balik & amikkan gambar untuk aku. Nak snap sendiri tak reti arr.. hihihi

p/s: Kat Britain orang yang mengandung boleh dapat bonus RM 999 untuk bantu wanita mengandung menjaga kesihatan sepanjang tempoh kehamilan.. bestnyaaa.. kat Malaysia ntah bilaaa laaa.

5 Comments

  1. arnirina said,

    tak do do bonus..hehehe..nak dpt cuti 3bulan pon hazab nyah..

  2. Elyn said,

    wah mcm mawi ngan ekin sedondon la!!! AD jgn kerat dulu pasal time pantang nnt nk kene ikat tinggi2. ptg jgn pendek n x yah la buat rebon dulu kang rugi woooo hahahah

  3. Angah said,

    Sangat best bila kongsi minat ngan hubby.. Angah dengan basikal la.. biar sama2 hitam legam hahaha..

  4. Chooyaya! said,

    Takpayah la potong rambut tu AD. nanti dalam pantang susah nak ikat kemas2 or sanggul tinggi2. Lgpun dah elok dah macam tu. nak stret kat buat apa.. Dah elok2 dah tu… hishk!

  5. Dee said,

    jgn potong rambut..nti dlm pantang senang..nk ikat tinggi2..kalo pendek? xkan nk pakai cekak..buat sakit pala je..dh abis pantang..baru potong..sbb ada baby..

Comments are closed.

%d bloggers like this: