>Nak cepat

April 8, 2009 at 10:00 am (Uncategorized)

>

Dah tiga hari berturut aku masuk opis lambat. Takde lah lambat mana ekceli. Opis hour start pukul 9.00 pagi, aku sampai 10 minit sebelum pukul 9.00. Tapi bagi aku yang dah terbiasa datang opis pukul 7.00 pagi, keadaan macam nih adalah dikira sebagai lambat (ecehh, agak poyo statement itu).

Mood agak ceria pagi nih. First, of coz laa sebab hari nih dapat jumpa incik Mamoru tercinta! Second sebab ada orang puji akak pagi nih dik nonnnn – ada ke aku yang dah 8 bulan pregnant nih dikata baru 5 bulan sahajor. Apakah maksud pujian itu? (nak vanggaa semenit.. hihihihi)

Pagi tadi jugak, ada sorang pakcik nih bukak cerita yang bukan-bukan. Gereemmm aje tau. Menurut pakcik nih, orang zaman dulu cukup suka kat orang pompuan macam aku nih; meaning; aku nih anak sulung, mengandungkan baby sulung (tambah pulak ayah aku pun anak sulung). Tambah pakcik tu lagi, orang dedulu cari mangsa camnih nih untuk tujuan sihir.. ish ish ish.. kurafat betul laa kepercayaan camnih (dah, dah.. jangan dengar cerita mengarut, kang kena babab dengan Mamoru – dia memang anti betul kalau aku dengar cerita mengarut taim pregnant).

Ok, permisi dulu. Nak cari info pasal berpantang pulak.. hihi. Sory nahh, entry sejemput je. Masa dah semakin singkat. Tak boleh main-main lagik 🙂

4 Comments

  1. Angah said,

    >yang part pakcik tuh cuma boleh berhasil kalau suami isteri tu anak sulung..kalau isteri saja anak sulung tak boleh…benda2 khurafat camtuh pun ada orang amalkan ek.. na’uzubillah

  2. nURmALa mAZLan said,

    >Isk isk…pak cik ni.. nak takut2 kan org pulak.. kalau ye pon betul, jgn la citer kat org yg tgh preggie nih

  3. arnirina said,

    >x usah caya la karut2 tu..

  4. Dee said,

    >iskh..macam2..jgn pikirkan sgt tau aD..

Comments are closed.

%d bloggers like this: