31 weeks

April 9, 2009 at 11:00 am (My Pregnancy)

Aha.. hari nih genap 31 minggu usia kandungan aku.

Surat pelepasan naik flight tak dapat lagi. Tadi dah call Al-Islam minta Dr Rusila tolong buatkan. Tataw bila boleh amik.

Risau juga nak travel ke Sabah saat-saat camnih. Tapi tu laa, kalau dah jenis hati kering & over-aktif cam aku nih, aci redah je. Lagipun, doktor sendiri cakap tahap kesihatan aku sangat memuaskan. Dan alhamdullilah, setakat hari nih, aku takde alami apa-apa alahan atau simptom lain sepanjang tempoh aku pregnant.

Fyi:

  • By time aku fly ke sana nanti, usia kandungan aku genap 33 minggu. Masih boleh naik flight (tapi kena sertakan surat pelepasan doktor) since limit syarat penerbangan adalah untuk kandungan yang berusia 35 minggu keatas sahajor.
  • Flight ke Sabah amik masa 2 jam 30 minit yang mana adalah selamat dan tak terlalu lama untuk perempuan pregnant cam aku. Cuma setiap satu jam, aku kena bangun & gerakkan badan (yang nih sesilap selang setengah jam aku akan bergerak – pegi toilet maa!)

Surat pelepasan dari doktor bertauliah kena ada detail mengenai: tahap kesihatan ibu mengandung, minggu kehamilan & tarikh jangkaan kelahiran. Yang paling penting, tarikh surat tu hanya valid untuk seminggu sahaja ok. Kalau terlebih stay kat sana, alamat kenaa laa pegi hospital sana untuk dapatkan surat pengesahan lain pulak.

InsyaAllah, aku pegi tak lama. 3 hari je. Itupun just duduk rilek kat Kota Kinabalu & pegi island hopping (ke pulau Mamutik, Sapi & Manukan). Hari ketiga tu nanti, pepagi aku dah depart ke KL whilst Mamoru & team dia gerak ke Kundasang untuk xpdc mendaki Kinabalu.

Update tentang baby ‘A’:

Semakin aktif. Setiap pergerakkan dia adalah semakin kuat sekarang sampai senget-benget perut aku jadinya. Serriyes ok, kengkadang tu, aku sendiri geleng kepala tengok pusat aku kejap ke kiri, kejap ke kanan – kelakar pun ada! Yang peliknya, tak kira kuat mana baby ‘A’ bergerak & menendang, aku langsung tak rasa sakit atau terganggu – tengok lah betapa agungnya kuasa Tuhan.. *subhanAllah*.

Aritu, sekali lagi Dr Norida ulang statement Dr Rusila – baby aku besar katanya. Dia pelik masa first time tengok aku (maklum lah, selalunya aku consult dengan Dr Rusila je). Kata dia, berat badan aku nih kategori underweight. Perut pun kecik je, tapi baby aku besar. Meaning, berat yang bertambah kat badan aku nih totally dari baby (sebab badan aku tak naik). Ohh.. lupa nak inform, berat aku masa timbang hari tu 45.2 kg.

Apa pun, alhamdullilah perkembangan baby semuanya normal. Dan tahap kesihatan aku pun sangat memuaskan.

Sejujurnya, kalau ada orang tanya perasaan aku sekarang nih, dengan bersemangatnya aku akan cakap, aku enjoy sangat taim mengandung. Aku rasa badan aku lebih sihat & sexy.. (maklum lah, sebelum pregnant, saiz aset aku ‘A’ je.. bila pregnant, hambik ko, dah jadi ‘C’ ok!! – mau tak sexy uolss! Ops, bacaan nih hanya untuk wanita sahaja: yang lelaki, sila buat-buat tak faham).. hahahaha. Dan kalau ada rezeki lagi lepas lahirkan baby ‘A’ nanti, aku tak sesabar nak start mengandung lagi (sila amik perhatian: ini adalah statement sebelum aku merasai kesakitan waktu bersalin.. lepas bersalin nanti, kita sesama tengok sama ada statement ini boleh digunapakai dalam jangka masa terdekat hihihihihihihihihihihi)

p/s: Ohh.. baru sekejap nih pihak Al-Islam call cakap surat pelepasan dah siap. Boleh amik bebila masa dalam hari nih kat kaunter pendaftaran – hmm.. selesai satu part.

9 Comments

  1. mEiZ AraNda said,

    heheheh
    sexy ye sis?
    tahniah mama n baby sehat…

    take care kat sabah ok…
    x sabar nak tunggu baby A kuar

  2. Hezrina Rusli said,

    sis..
    nk g sabah 2 take care tau!
    rin x rs sexy pon..sbb baby bg alahan bintik2 gatal kat bdn rin.. abis 1 bdn..huwwwaaaa!!! tp xpe la..nk uat cane kn?mama dia redha jela..hihi..

  3. Dee said,

    mmg pompuan pegnant sexy …hehehe..hati2..takut baby besar u kena caesar lak…doc dh ukur laluan bb kuar x? apa terms dia ek..lupa lak..like kalo tulang pinggul u sempit..confirmlah setiap kali pregnant kena caesar..

  4. aydan said,

    hye AD..
    i’ve left somethings dlm inbox u.
    take care!

  5. elysuhaili said,

    wahhh kompom susu byk tuh hahahaha. dulu i pon A patu smpai ke D. papi kejar tiap ari. pervert

  6. pHat sUe said,

    salam hinggap lagi hihiks…

    kita nak gi tiomannnnn tapi kene nek bot laa. suami tak kasi pulak hurmm…

    tol ke bahye neh kalao 14 minggu nak wat aktiviti ni sme? rasenye makin banyak aktiviti makin sehat dan kuat LOL.

    ps : rase cam segar bugar neh kekek

  7. MushroomCute said,

    member blogger ni baru bersalin. Mush baca pengalaman dia cam best gak. Leh aaa kot share2 baca..

    http://cikdaun.blogspot.com/

  8. rose said,

    bagusla aD makin sihat bugar..org ni makin lemah longlai msa pegnent nih.
    tak mcm b4 pegnent..
    skang buat keje skit dah rasa sakit tang tu tang nih..ehehe..
    tapi takpe..janji baby sihat..:-)

    lagi 3 bulan nak menunggu..uhuhuh….

  9. ~aianna~ said,

    hye kak ad..take care ye nnti travel ke sbh tu..mycousin,almost 9months,leh travel balik ke mlysia from papua new genuea.n perut dia lg huge..mmg miracle!n kak ad pun boleh!yaa!~

Comments are closed.

%d bloggers like this: