Solekan mata simple

April 14, 2009 at 11:00 am (Uncategorized)

Aku suka sangat main dengan make-up. Suka pakai mekap dan sukaaa mekap kan orang (read as: adik-adik aku.. hihihi). Tapi aku belum pro lagi dik nonn. Make-up pun sekadar ikut sedap mata aku memandang je. Nanti lah, aku amik kursus professional jadi make-up artist baru aku berani nak mekapkan muka orang lain.. hik.

Selalu tuu jarang aku nak upload gambar-gambar aku bermake-up. Mostly sebab banyakkkkk gambar syiok sendiri atau gambar yang aku snap tu tak clear (aku tak reti lah nak setting kamera nih).

Layan kan je lah gambar kat bawah nih. Model: aku sendiri laa.. hihihi. Sory yer, takde gambau ‘before’.. semua yang ‘after’ je. Aku pun tataw mode apa yang aku guna untuk kaler nih. Kita namakan mode ‘earthy’ je lah ek.. hihihi (pepandai je aku).


Ada tiga jenis warna yang aku guna; kuning, coklat & hitam. Eye liner pulak aku tak pakai seluruh mata. Aku calit kat dari bahagian tengah kelopak mata hingga ke bahagian luar kelopak mata. Pastu bubuh maskara lite-lite je.


Gambau finishing dedua kelopak mata pulak.. hihihi.


Tatt tarrraaa.. nampak cam natural kan? Takde over sangat. Sesuai untuk keluar jenjalan.


Satu lagi gambar aku up kat sini.. err.. tapi yang nih kurang pencahayaan lah. Tak jelas sangat effect eye-shadow tu.

p/s: Jenama make-up yang aku guna semuanya jenis murah-murah sahajor.. hihi. Range dari Maybeline, Loreal, Silkygirl, Avon pun ado🙂

2 Comments

  1. Beautiful Disaster said,

    cantiknyeee!!!

  2. mEiZ AraNda said,

    memang simple n sangat natural..;)
    sedap mata memandang…

    x obvious sgt…
    bleh make up kan orang da ni…;p

Comments are closed.

%d bloggers like this: