>8 bulan @ 32 weeks!

April 16, 2009 at 10:00 am (My Pregnancy)

>

Teng tenengg.. dahhhh masuk 32 minggu hari nih (and counting)!

Ok, ingat tak minggu lepas aku duk tulih yang aku belum kena apa-apa simptom first / second / third semester? Takde morning sickness yg teruk, takde kaki sembab / bengkak, takde sakit belakang, takde segala-galanya lah kan?

Tapiiii… start dari dua tiga hari kebelakangan nih, aku dah rasa simptom susah nak tidur dik nonn (tuu lah, orang kata jangan riak, kan dah terkena.. hihi) Ohh.. agak hazab jugak lah bila jadi cenggini. Pusing kiri salah.. pusing kanan salah.. menelentang pun salah.. nak tidur menelangkup kang lagi laa payah – penyek pulak si comel dalam perut nih kang.

Tapi kira nasib baik jugak lah sebab taim starting nak tidur je aku camtu. Bila dah lenaaaaa, hah amikkk.. memang tak sedar diri sampai ke pagi.. hik.

Kaki krem? Alhamdullilah, jarangggggggg sangat berlaku. Setakat 32 minggu nih, tak lebih 10 kali aku kena. Kalau kena pun, adalah dalam 2 atau 3 saat je (tapi sakittt memang tak boleh blah.. hihi). Thanks to Mamoru yang pantas bertindak dengan mengurut kaki aku di saat aku memerlukan.

Mamoru sekarang semakin prihatin tau. Sampai aku naik segan pulak. Terlampau rajin sampai aku nak pakai / bukak seluar pun, dia tolong buatkan (part yang lelain toksah cerita lah kann – censored). Kengkadang tu, depan orang ramai pun selambe je dia duduk berlutut depan aku semata nak lipatkan kaki seluar aku yang labuh cecah tanah. Ohh.. bahagianya.. vangganyaa.. Harap layanan nih berterusan sampai aku tua kerepot nanti.. hihihi.

Perkembangan badan aku?

Tak timbang lagi lah. Kalau ikut minggu lepas, berat aku 45.2 kg. Nampak macam sikit, tapi bagi badan aku yang tak penah melebihi 40 kg, agak payah jugak lah nak membawaknya. Dah sampai tahap camnih, jalan memang tak boleh nak cover dik nonnn – bersepah!! Tak boleh nak maintain catwalk lagi.. hahahaha.

Cuma nasib baik lah aku dah biasa training bawak haversack berat-berat masa aktif mendaki gunung dulu. Mungkin tuu antara sebab aku boleh maintain jalan jejauh dan kekal aktif walau perut dah selambakk kedepan.

Sekarang nih, perut aku sentiasa menegang tau. Esp kat bahagian pusat. Pastu dah start rasa cam ngilu sikit kat bahagian bawah. Dari hasil pembacaan aku, tuu tandanya kedudukan baby dah berada pada tahap kelahiran (eiyy aperdaa ayat aku). Ekceli maknanya, baby dah enggage kat pintu rahim – dah ready untuk keluar (note for baby ‘A’ : ok, mama tau awak belum boleh baca blog nih, tapi mama harap, awak behave untuk dua / tiga minggu akan datang – sebab mama nak gi vacation nih – nanti awak dah lahir, mama kasi upah susu bebanyakkk ok? <– rasuah.. hahaha)

Satu lagi part perut gatal – ohh.. yang nih adalah sangat hazab! Aku dah cuba dengan sedaya upaya untuk tidak menggaru perut. Aku tanak ada strech mark ok. Malu lah nak buat belly dancing depan Mamoru kalau perut penuh parut!! Aku nak sentiasa kelihatan seksi di mata Mamoru – biar terjojol mata dia menghadap aku sorang je.. hihihi. Tapi kengkadang tu terlepas jugak jari nih ke perut. Tapi aku tak garu lah. Just gosok-gosok beralas baju (kengkadang je guna sikat.. opss!!). Losyen perut? Aku kureng percaya krim-krim di pasaran nih. Doktor Rusila tak advise beli segala jenis losyen nih. Cuma dia galakkan aku beli minyak zaitun yang kaler hijau untuk sapu kat perut. Aritu aku ada beli sebotol (RM 20) – baru try malam tadi – sangat berkesan ok – hilang segala gatal.. hihihi.

Perkembangan lain? Takde apa sangat. Aku masih menunggu kekalau kaki aku start sembab / bengkak. Setakat nih, kaki aku masih macam biasa. Aritu, masa temankan Mamoru main bowling, aku ada jumpa sorang perempuan pregnant 8 bulan macam aku, kaki & betis dia dah jadi besar & bengkak dik nonn. Gerun aku tengok kaki orang pregnant yang bengkak nih – kompem tak selesa nak berjalan kan? Aku penah rasa macam mana hazab kaki bengkak dulu – tapi tuu sebab aku pegi xpdc mendaki gunung 8 hari masa Trans-V2. Taim tu bukan setakat bengkak, tapi tapak kaki aku turut hancur! (ye lah, duk berjalan tak henti-henti turun naik gunung).

Anw, malam tadi Mamoru ada belikan aku besin comel (bentuk 4 segi) untuk aku rendam kaki dalam air panas. Sangat prihatin kan dia nih? Malam nih nak rendam kaki lah.. hikhik.

Ok, perkembangan baby dalam perut pulak:

Nak tengok gambar scan, sila tunggu lagi 2 minggu yer. Setakat hari ni, baby masih aktif. Dan perut aku dah macam getah jadinya. Kekejap leper, kejap lonjong, kejap bulat, kejap senget.. memacam bentuk lah! Ikut suka baby ‘A’ dia nak buat bentuk apa. Most of the time memang tak sakit, cuma kalau baby ‘A’ stretching badan dia kat dalam nih, memang aku jadi macam “oOOHhhhhh..” (sambil pejam mata kekuat) – maknanya, tengah tahan ngilu laa tu.

Aku ada plan nak cepatkan next appointment dengan Dr Rusila. Kalau boleh, biarlah sebelum aku depart ke Sabah minggu depan (seminggu awal dari tarikh appointment asal). Nak make sure aku bebtul fit untuk travel ke sana. Tapi masalahnya, untuk next appointment, aku kena amik injection aperntah. Takkan aku sanggup nak di-inject sehari sebelum depart ke Sabah? Buatnya aku flat lepas kena inject, camne nak fly esoknya? Tsskkkk… Tengok lah camner nanti. Kena plan bebetul nih.

12 Comments

  1. mEiZ AraNda said,

    >hehehhealhamdulillah mama n baby dia sehat..;)suke baca perkembangan kak ad..baby “A” SANGaT BAEK LAA…;P

  2. Deqna said,

    >Just nak tanya ad dah sarat2 ni leh lepas ker nak naik flight? Nak ke Sabah kan?tapi ad takpe kot sbb ad nampak cute jer.. just take care ok

  3. Beautiful Disaster said,

    >mesti duduk kat kerusi sekarang terkangkang kan? ryn pun macam tu sekarang. sampai ada orang tegur suh duduk betul-betul. masalahnya perut da takda tempat nak letak. terpaksa letak tengah-tengah. tu yang kena duk terkangkang tu.

  4. elysuhaili said,

    >comel la baby A buat balik kuang dlm perut.. ekceli i pelik smpai skang.. dulu time pegnen kaki bengkak sket.. patu smpai skang kan sume kasut ketat.. pakai smpai melecet.. hishh geram! tapi xpe.. maknenye kena beli baru hahahhahahaalhamdulillah AD kurang dugaan time pegnen.. harap smooth la smpai bersalin.. i pon ekceli xdek le teruk sgt .. tp smpai surgeri la tgn nih kesan dr pegnen and smpai skang tail bone ngilu.. fisio malas nk pg huhuhuhu..

  5. Maswani said,

    >salam ad..semoga segalanya baik2 belaka..dh 8bln lebih ya..hati2 skit coz anything possible, saya dulu awal 3mggu..tgh elok2 lunch, tetiba je sakit perut n terus g hospital..mlm tu alhamdulillah slmt bersalin..take care k..

  6. aD said,

    >meiz aranda: mekaseh daun keladi ya.. nanti jenguk lagi.. *wink*deqna: ntah la wakk.. ad tawakkal je nih. aritu dah tipun orang flight. kata detang masih boleh lagi.. unless kalau ad dah 35 weeks, memang tak lepas.beutiful disaster: hihihi betull.. nak silang kaki pun tak boleh skrg nih.. sesak napas dibuatnyaelysuhaili: erk.. mcm ngeri je pengalaman tu. mekasih yer doakan ad.. ad pun harap semuanya ok.. ad nak bersalin normal.. uuuuuuuu tssskkkkmaswani: aiyark.. lagi dasyat, 3 minggu awal??? ohh.. takotttt

  7. Rose Ragai said,

    >aD–syukrla dengar aD sihat baby A pun sihat. nanti time travel gi Sabah, bawa diri baik2. jgn nakal2 baby A.Nak mintak nasihat aD sket la ni. Rose nak buat plan pegi Mulu the Pinnacle. Berdasarkan pengalaman aD, pakai travel agency atau plan sendiri yang lebih bagus? Makna lebih bagus ni lebih berbaloi la. Murah dan plan well. Cuma nak mintak nasihat dan pendapat aD coz aD arif dah buat plan2 travel gini ni. Thanks aD. Email saya: rragai81@gmail.com

  8. biqque said,

    >elysuhaili tu one of my sista! she’s very informative dalam part2 ngandung, branak, jaga anak ni…hehehe!

  9. cicakuben said,

    >oh Ad…my hubby cakap klu pun dpt org flight tuh kata lepas, tp bl nk lalu gate last tuh, time kita bg boarding pass tuh kan,..org pintu tuh akan tanya balik kat kapten yang bawak kapal ari tuh, ble x mak mngndung tuh nek tau pun xble..sbb kapten pun xmo amek risiko if ibu t'beranak' lam kapal…so my hubby ckp kekdg 7 bulan pun xlepas if ibu tuh, nmpak sgt la perut nya besar or da tak larat…so aeL nasihatkan klu Ad mmg rasa msi smpt bcuti tuh, bt2 la alah2 yg Ad larat sesgt…jgn lesu & pakaila bju yang xnmpk sgt tang perut tuh..**my nenek ckp, ibu tuh ade naluri, yg dia akan bsalin or blum smpai ms lagik…yep, true..ms my adik bsalin arituh semua org kecoh yg dia da nk due, tp dgn slmba dia jawab "belum lagik, esok petang ade bsalin"..sdgkn time tuh, da ade tnda2 air ketuban pecah…^_~ http://gerimisdhati.blogspot.com

  10. Cikpid said,

    >wah2..ini mama mau pegi bercoti lagi sarat2 nih..hahahhaha..

  11. Dee said,

    >baguslah tu..tu tandanyer baby sihat..belum penah kena simpul biawak kan..cam tarik2 kt betis..fuh..azab kalo kena..krem2 tu sket je..kalo kena simpul biawak tu sure nangisnyer..masa ngandung 1st bb dulu x penah kena..2nd bb kena lak..x terucaplah sakit dia..harap2 aD x kenalah..

  12. za|d said,

    >Ad, just nak share pengalaman masa nak azankan anak aku masa kat KBMC dulu. Lepas jek anak aku keluar, dr norlida pass anak aku kasi sama nurse. Nurse tu singh. Aku pun folow dia gi tempat nak bersihkan baby. Pastu disuruhnya aku gi amik air semayang. Padahal tak perlu pun nak amik air semayang. Sambil sambil bersihkan haziq aku ader dengar dia cakap2 kat anak aku dalam bahasa dia. Cepat2 aku datang dekat. Yang sempat aku dengar dia cakap heyy baghwann.. ntah ape ntah. Pastu terus dia senyap bila aku datang dekat. Ntah dia nak jampi anak aku ke hape. Pastu aku terus amik haziq dan azankan sambil baca 2 surah yang dah sedia ada kat dinding tu. So, nanti ingatkan la mamoru kalau2 nurse yang sama sambut anak ko ye?

Comments are closed.

%d bloggers like this: