>I’m back from Sabah

April 27, 2009 at 12:00 am (Uncategorized)

>

Alhamdullilah, aku dah selamat pergi & balik dari Sabah. Syukur sangat bila percutian kali nih berjalan lancar. Ramai kengkawan even orang-orang kat airport dan orang-orang kat Sabah yang duk menyapa tentang perut aku macam tak percaya bila aku aku cakap kandungan dah melebihi 8 bulan! Derang pelik tengok aku bersemangat berjalan ke sana-sini.. Bukan derang je, aku sendiri pun terkejut dengan tahap kemampuan diri. Apa pun, syukur sekali lagi. Nih semua Tuhan punya kuasa..

Esok je lah aku cerita pasal percutian aku kat Sabah & saat-saat sukar nak meyakinkan crew-crew kat airport masa naik flight dalam keadaan kandungan aku 33 minggu aritu. Lagipun, dedua kamera (Sony kompak & Canon D50) incik Mamoru bawak. Esok baru dia balik dari Sabah. So, tak dapek nak upload ge-gambar aku sepanjang kat Sabah aritu. Tak syiok buat entry tak bergambar nih tau.

Nih nak update cerita pasal Mamoru & Celcom.

Aku macam tak percaya uols.. sepanjang pendakian Mamoru kat gunung Kinabalu, ada coverage Celcom all the way sampai ke puncak!! Hebat!! Tataw lah since bila coverage Celcom ada kat sana sebab taim aku panjat Kinabalu tahun 2006 dulu, aku masih guna Maxis – Dan takde coverage Maxis kat sana taim tu hokeh. Tak sesia aku beralih arah pada Celcom.. sebab kebanyakan puncak gunung ada coverage Celcom compared dengan Maxis.. hihihi.

Ekceli, semalam lagi team Mamoru dah start mendaki Kinabalu. Pukul 9.00 pagi derang dah gerak dari Mersilau Park. Agak lambat jugak lah gerak sebab sebelum tu ada problem pasal guide. Semuanya berpunca dari sorang guide nih yg cuba mark-up harga. Nasib baik Mamoru call aku subuh tu tanya pasal exact payment untuk guide. Tak dapat lah guide tu nak main tipu.

Sepanjang Mamoru trekking kat gunung tu, dua tiga jam sekali aku akan call Mamoru. SMS toksah cerita lah.. berderet-deret aku hantar. Risau dik nonn.. (ahaha, macam lah Mamoru tak penah panjat Kinabalu sebelum nih). Sebenarnya, aku teruja. Kagum nih sebab line Celcom kat sana sangat clear & memuaskan!

Lewat petang semalam baru Mamoru sampai Laban Rata. Kesian Mamoru sebab tak dapat pecahkan rekod lama dia.. hihi. Agak riak juga lah rasa hati aku nih bila semua team Mamoru tak dapat beat rekod aku yang sampai Laban Rata pukul 2.30 petang tahun 2006 dulu.. ahahah (ops, tak baik riak-riak nih). Tuu cerita dulu dik nonn. Di saat aku jadi penggila gunung – boleh selamba naik turun gunung sambil berlari. Laaa nih, tataw lah sama ada boleh jadi cam dulu – perut dah memboyot – six pack suda bertukar jadi one pack – sudah tidak tough lagi.. hihihi.

Tak ingat berapa kali aku duk call Mamoru masa dia kat Laban Rata tau. Excited sangat bila dapat bersiaran secara langsung dengan Mamoru taim dia mendaki. Aku bajet, by time dia sampai Laban Rata, dah takde coverage. Again, sungguh mengagumkan! Terima kasih Celcom!

Malam tadi aku tidur lewat gila. Gigih nih berjaga semata nak buat wake-up call untuk Mamoru. Dari pukul 12 tengah malam aku duk telek jam kat dinding.

Sesambil tu aku duk penuhkan masa dengan mengemas lemari kecik untuk isi barang-barang baby ‘A’ dan basuh semua baju-baju baby yang dibeli sebelum nih. Seronok! Comel je tengok semua baju-baju kecik tu tergantung (nak tau satu perangai yang kelakar tak? Masa tengah basuh baju baby kan, sanggup aku tercongok depan mesin basuh duk peratikan baju-baju kecik tu berputar – comel sangat!)

Ops, lari topik pulak. Ok, back to de stori.

Bila jam tepattt pukul 1.00 pagi laju je tangan aku dial nombor Mamoru. Kejutkan dia suruh start packing & bersiap untuk sambung mendaki. Seronok tau dengar suara dia macam excited bila aku kejutkan dia. Kembangggg je rasa bila dia cakap ‘ terima kasih sebab bagi dia support yg tak berbelah bagi’.. terfeeling aku sekejap.. hihihi

Pukul 2.00 pagi, Mamoru call aku semula inform yang dia dah start mendaki. Meleretttt je senyum aku taim tu. Dalam hati tak putus-putus berdoa supaya cuaca ok & perjalanan dia & team xpdc yang lain dipermudahkan-Nya.

Pastu aku tak ingat apa dah. Tertidur sampai ke subuh. Pukul 6.15 pagi aku saja try call Mamoru. Aku tak harap sangat lah dapat call dia, sebab aku bajet memang takde coverage. Tapiiiiii aku tersilap dik nonn. Jangan memain ok, Celcom punya coverage sampai ke puncak Kinabalu uolsss!!! Bravo!!! I lebiu lah Celcom!!

Tak sangka ok boleh berborak dengan Mamoru subuh tadi. Masa aku call tu, Mamoru cakap dia lum sampai puncak lagi. tapi Low’s peak tu memang dah jelas kat depan mata. Dalam pukul 6.30 aku dapat sms dari Mamoru.. “Sayang, b dah sampai puncak”… *tahniah hubby!! kiss-kiss dia bebanyakkk*..

Sempat gak kami ‘bersiaran secara live’ dari puncak gunung Kinabalu! Wahh mesti seronok kan dapat tawan Kinabalu untuk kali ke-2!! Walau pun aku tersingkir dari xpdc nih, dapat berborak dengan Mamoru all the way masa dia mendaki Kinabalu pun dah buat aku rasa puas hati. Rasa macam aku ada kat sana mendaki sesama dengan dia sama macam tahun 2006 dulu!.. *syahdunya*..

By time aku menulis nih, Mamoru & team dia tengah gerak turun dari Kinabalu. Maybe dah sampai junction Mersilau-Timpohon. InsyaAllah, petang nih dia sampai kat Timpohon Gate sebelum bertolak ke KK town.

Esok, Mamoru balik!! Yeyeh.. tak sabarnya nak amik dia kat airport. Nak make-up cecantik & pakai dress vogue masa tunggu dia nanti.. Ohh.. nak buat hair-do juga.. Biar terjojol mata dia tengok isteri dia dressing meletops.. Yess dik nonn, walaupun perut sedang memboyot, ke-chantiq-kan diri harus di ambil berat.. hihihi.

10 Comments

  1. cicakuben said,

    >wah-ewah…congrats kat momoru…eL ni walu duk Sabah blm lgik terpijak gunung tuh…sekadar dr kundasang je la…time skola form 4 ade jugak nak pi…tp gagal, mmnjat…sijil blackwhite pun xlayak nak dapat…sekarang?jgn dok mimpi, lagik xde stamina…apepon…tahniah again & again…Ad, besh nye lam mboyot pon bjaya jugak terbang kesana & selamat balik…eL caya lah…

  2. Deqna said,

    >ad blk sorang ke hari tu?cayalah buat ad & hubby yg berjaya menakluki gunung kinabalu… hebatlah u all nie…ada line kat puncak gunung? bagus betul

  3. WaN dAn TiE said,

    >ad..oo dah balik…Alhamdulilah semua selamat…ader..ole2 ker dari sana..hehehhehejaga diri tau

  4. elysuhaili said,

    >suka part hias diri utk mamoru tu huhuhuhu..

  5. biqque said,

    >korang nyer percintaan kan macam fairytale tau…cam happyyyyy je…tak penah gaduh ke aD? hahaha!hebatlah!

  6. nn said,

    >salam…ad..7 Mei nih ada JJ card member sale di JJ IOI Mall, Puchong…

  7. Elyn said,

    >pergh x terbayang camne la korang daki gunung tu ha!!! haku ni pijak rumput pun tkt, hamat la manja kan!!! seronok dgr la!!! cam nk ikut je hahahha

  8. Dee said,

    >aD..baju baby basuh tanganlah..jgn dimesin..cepat rosak..n kotor x kuar..tp jgn direndam tau..basuh je terus..org2 tua kata nti baby kembung..bila bb dh kuarlah..hehehe..lps tu kan xleh diperah..org tua2 ni mcm2lah pantang larangnyer..mana yg baik ikut jelah..x rugi apa2 pun..

  9. cicakuben said,

    >ha-ah…jom le skalik kta serbu jusco kt ioi puchong…da siap plan2 nak nyoping ni..siap ajak budak opis temankan…so ad…??jumpa kat sna k,

  10. cicakuben said,

    >btol-btol…jgn rendam baju baby (nt kembong perut)..jgn biarkan baju baby berembun (pun sma sb nt bby kembong)..jgn perah baju baby (nt baby sakit perut mmulas2)..jgn kibas2 baju baby (nt baby mudah asma)..jgn slalu pakaikan baby pakaian kunen (di khuatiri, akan kna jgdis/kunen)…mcm merepek2 kan..tp tuh lah pantang org2 lama….

Comments are closed.

%d bloggers like this: