>Travel while pregnant

April 28, 2009 at 12:00 pm (Uncategorized)

>

Fuhh.. tajuk bahasa omputeh, entry pulak dalam bahasa malaysia.. gasakkkkk.

Sementara ada masa nih, meh nak share sikit pengalaman naik kapal terbang untuk wanita mengandung. Esp yang tengah sarat pregnant tujuh atau lapan bulan.

Kalau kita tengok syarat penerbangan (tak kira lah MAS / Airasia atau syarikat penerbangan antarabangsa yang lain), rata-rata ada had limit untuk benarkan pompuan pregnant naik flight.

Biasanya, bagi kandungan yang berusia bawah 27 minggu (bawah 7 bulan), tak ada masalah untuk naik flight, tapi;

Kalau kandungan berusia antara 28 minggu hingga 34 minggu, satu surat pelepasan dari doktor diperlukan. Antara kandungan surat tu, mestilah ada tercatat tarikh kita dijangka bersalin. Dan perlu diingat, surat tu hanya valid untuk seminggu sahaja dari tarikh ia dikeluarkan. Pepandailah bajet masa untuk fly balik. Kalau terlebih hari, takper jgn risau. Korang boleh dapatkan surat kat hospital lain sebelum bertolak balik.

Untuk kandungan melebihi 35 minggu pulak, toksah berangan dapat naik flight. Memang korang kena reject terussss.

Sejujurnya, masa nak naik flight ke Sabah aritu, aku memang cuak jugak lah. Serabut kepala duk fikir kekalau apa-apa terjadi kat baby ‘A’. Lelebih lagi bila terbaca kisah Dynas (pelakon glemer tu) keguguran masa pregnant 7 bulan. Serius ok, kalau jadi apa-apa taim tu, aku memang takkan maafkan diri sendiri. Lelebih lagi bila kandungan aku dah lebih 8 bulan – just few more weeks to go!

Tapi, aku try fikir positif. Lagipun, flight ke Sabah just amik masa 2 jam setengah je. Sedangkan naik kereta pun aku boleh duduk berjam-jam, apa lah sangat naik flight ke Sabah kan?

Masa kat dalam flight, aku ikut sungguh-sungguh info yang aku dapat dari internet. Dalam artikel tu, derang suruh;

Pakai stokin
Minum plain water bebanyak
Berjalan (execise) sekali dalam sejam.
Rehat

Mamoru memang strict tau. Asal aku terleka je, dia duk ingatkan aku suruh goyang-goyang kan kaki, gerakkan jari, bagi aku minum air. Pastu cukup masa sejam, dia suruh aku bangun gi toilet.. hihi.. Tapi yang sedihnya, bila taim flight balik aku naik sensorang je.. tsskk.. takde orang nak manjakan aku – semua kena buat sendiri.. *cedih*..

Yer.. jangan tataw, taim balik memang aku fly sengsorang. Mamoru hantar sampai airport Kota Kinabalu jer sebab pagi tu dia dgn team xpdc kena bertolak ke Kundasang.

Nak tau cerita tak? Masa Mamoru hantar aku ke airport KK pagi tu kan, dedua menahan sedih. Sakit woo perasaan taim tu (tak suka.. tak suka) Aku cuba sedayanya tahan air mata nih dari mengalir depan Mamoru. Taim beratur check-in baru air mata nih keluar. Orang keliling duk pandang pun aku buat tak reti je – lantak lah – aku tengah sedihhh ok! Nasib baik taim tu Mamoru berdiri kat luar – jauh dari aku. Bila dah masuk ke dalam, Mamoru call, tapi dia tak bersuara.. just.. “emm.. emm”.. je bila aku bercakap. Aku tahu dia pun tengah tahan sedih. Lagi laaa laju air mata aku nih mengalir.

Bila difikir-fikirkan balik, macam kelakar je. Padahal bukannya lama pun kami terpisah – tiga empat hari je. Tapi sedihnya mengalahkan orang berpisah berbulan-bulan.. hihi. Ntah laa, sejak kahwin dengan Mamoru, aku dengan dia dah macam magnet. Tak boleh nak berenggang. Asal jauh sikit je mula lah nak cebek-cebek. Asal solat je kompom basah telekung!

Ohh.. cik puan Biqque ada tanya sama ada aku dengan Mamoru pernah gaduh.. hihi. Iskkk, tentu lah ada wakk, sedangkan lidah lagi tergigit. Tapi selalu tu, gaduh-gaduh manja – tak sampai sejam memasing dah mengelupur minta maaf. Tak boleh tahan woo kalau senyap sunyi je.

Tips untuk elak gaduh berpanjangan: Sentiasa ingatkan diri sendiri tentang azab & dosa kalau kita biarkan suami rasa kecik hati. Takut woo kena laknat. Satu lagi tips, don’t take thing for granted. Hargai dia selagi dia bersama kita. Takut nanti menyesal tak terhingga 🙂

Gaduh besar pulak? Dulu-dulu ada lah – masa belum kahwin. Maklum lah dulu aku nih jenis kasar & baran. Lelebih lagi terhadap kaum lelaki – memang aku layan kasar je. Mana boleh bagi muka beb. Pasal tu lah gamaknya aku nih lambat kahwin.. hihihi. Lelaki takut nak dekat! Nanti lah aku cerita pasal nih dalam episod “Me & Mamoru part 5”

Opss.. terlebih-lebih pula melalut entri nih. Apa topik asal kita tadi? Pasal orang pregnant travel naik flight kan?

Basically, tu je lah yang orang pregnant kena amalkan bila naik flight. Selain tu, bila pergi bercuti, pastikan korang tau & hafal nombor-nombor emergency untuk dihubungi atau hospital terdekat untuk korang pergi. Bagi yang travel oversea, make sure ada insuran cover haa.. Certain hospital kat negara orang nun tak entertain kita kalau tadok insuran.

Dan selain tu, pastikan korang pakai sunscreen. Sebab kulit orang pregnant nih sensitif & cepat gelap kalau lama berjemur. Kalau bercuti kat kawasan pantai pulak (macam aku aritu) sila jauhkan diri anda dari xtvt mandi manda / sukan air untuk mengelakkan kejadian yang tak diingini. Yesss dik nonnn, walaupun aku pegi island hopping sampai 3 buah pulau yang cecantik kat Sabah nunn.. nan ado aku jejakkan kaki dalam air hokeh!

Ok, itu sahaja tips untuk hari nih. Ada masa kang kita sambung lagi.

Haiii.. cepat lah malam, tak sabar nak tunggu buah hati balik dari Sabah!… “oOoOOooo kesuma jiwa ku.. mari obati.. rindu hamba..”

8 Comments

  1. Elyn said,

    >hehehehe klakar plak tgk dedua sedih….. x pe bile lai nk feeling2 ni gini!!

  2. Dee said,

    >yelahkan..x penah berpisah..mesti sedih..tmbh2 lagi bila pregnant..dia nye sensitif lain mcmkan? hehehe..

  3. elysuhaili said,

    >i penah pilot sdr dtg tnya i betol ke nak naik sbb dia xnak responsible.. time tu silap staff check in..i plak sdh masuk cabin.. surat expired.. huhuhuh gile ah.. aku nak balik kl.. time tu dr bandung.. hahaha lawakkk

  4. biqque said,

    >haihhhhhh…*wink wink*…tersenyum2 i baca entry u ni…mmg i suka la gediks2 glamer camni! hahaha! untung mamoru, untung aD! ni belum baca part 5 lagi! mesti cintan abis! mane??? cepat laaaa!!!i ngan hubby slalu pot pet/gaduh sesama sendri…dia la, suka kacau i merepek2 kasi orang geram…hahaha. tapi kan, bila dia takde, tak leh dowh…rasa cam arghhhh tak leh tak leh! hehe…macam love-hate relationship gitu…haha!

  5. Que Sera Sera said,

    >AD,semalam tengok cerita Hang Tuah kat TV2 ke?siap ada nyanyi lagu Melur tu pulak…

  6. rynn2506 said,

    >hehehe…rindunye aD kat mamoru tu….mmg arr kan…kalo lom kwn dulu kalo gado lelama x jumpe pon xpe…janji dpt jual mahal..tp bile dah jd suami-isteri ni nak pisah kejap pon nak feeling2 kan…cam kite ni hah..gem dah tukar keje…asyik kene keje spai kol 10 mlm ari2 ok…ari2 la kite merendek depan lappie ni…spai dah x tau pe nak wat dah….busannn giloss….tu baru diuji sket tu…kalo btol2 dipisahkan olehNya nnt, cemana la agaknye kan???http://www.rynn2506.com

  7. Deqna said,

    >saya juga suka cebek2.. nak tanya ad wat island hoping tu naik apa? takkan naik bot kan.. tingat masa wat island hoping kat sabah naik bot asyik melambung-lambung jer…sakit punggung..

  8. Maswani said,

    >alahai..mesti rindu-rinduan gitu kan..hehe..anyway..take care u n baby k..

Comments are closed.

%d bloggers like this: