>34 weeks

April 30, 2009 at 3:00 pm (My Pregnancy)

>

Aduii.. cepatnya masa berlalu. Dup dap.. dup dap..

Hari nih genap 34 minggu aku pregnant. Dah dekat sangat dah tu. Nervous? Ada lah sesikit. Tapi aku pilih untuk taknak terlalu berfikir. Yelah, fikir banyak pun boleh buat apa. Dah memang proses bersalin tu menyakitkan. Pakai lah aper jenis drugs sekali pun.. sakit tetttaappp sakit, ok.

Semalam, pegi Al-Islam. Amik injection yang kedua (dan terakhir). Alhamdullilah, injection kali nih tak sakit langsung. Aku macam terkejut bila doktor kata dah settle. Uikk.. kejap jer? Kata dr. Norlida (semalam dr. Rusila takde), pasnih kalau aku pregnant lagi, tak perlu amik injection lagi. Cuma kalau aku pregnant selepas 6 tahun baru kena amik semula injection tu (bagus lah.. hihi).

Perkembangan badan aku:

Masih seperti biasa. Cuma berat aku naik sekilo lebih jadi 46.8 kg sekarang. Huhuhu.. tak pepenah badan aku jadi seberat nih seumur hidup aku. Tapi tak kisah sebab just perut aku je yang membesar.. body maintain.. so, tak perlu lah aku mendaftarkan diri kat London Weight Management.. hihihihi.

Tahap kesihatan pun alhamdullilah. Kudrat masih kuat lagi. Masih aktif memasak, mengemas, membasuh.. tu tak termasuk kalau diajak pergi berjalan – memang laju bersemangat je sampai tak ingat dunia. Harapnya, aku terus sihat & aktif sampai saat bersalin nanti.. *aminnn*

Sakit-sakit? Dah kurang. Perut pun jarang menegang. Mungkin sebab baby semakin besar, jadi pergerakkan dia makin terbatas. Kalau tak aritu, memang kemain berdansa lagi dia kat dalam perut nih, sampai senget benget perut aku jadinya.

Tidur malam pun takde masalah sangat. Aku dah berjaya dapatkan settlekan masalah nih dengan melapik bahagian perut aku dengan bantal lembik bila tidur mengiring. Selesa sungguh!

Kaki krem? Takde lagi. Mungkin berkat makan pil kalsium kut. Nak suruh aku minum susu toksah harap lah (ntah naper aku memang penggeli susu – bukan tak leh minum cuma tak suka jer). Kaki bengkak pulak langsung takde. Mungkin sebab berat badan aku masih terkawal kut. Atau tak pun sebab sepanjang pregnancy, aku tak penah pakai kasut tinggi. Serius ok, aku hanya pakai selipar yang tebalnya tak sampai 1 cm jer start dari hari pertama aku tau aku pregnant.

Perkembangan baby dalam perut:

Macam yang dah aku jangka, baby dah enggage kat pintu rahim. Dr Norlida pun dah confirmkan. Kedudukan baby dalam keadaan sujud – dah ready nak keluar.

Aku ada tanya kekalau kedudukan baby akan berubah (atau berpusing semula) sebab masih terlalu awal lagi dari expected delivery date. Kata dr Norlida, kalau tengok dari badan aku, mungkin tidak kut. Baby akan terus stay pada kedudukan camtu sampai saat aku deliver nanti. Harapnya macam tu lah. Aku dah set mind aku nak deliver secara normal nih.

Berat baby ‘A’ dah hampir menjangkau 2.4 kg tau. Haaa amikk. Patut lah makin bersepah jalan aku dibuatnya.. hihi. Besar jugak ek? Takperlah.. masih ada kurang dari 6 minggu lagi. Harap tak lebih 3.5 kg, kalau tak memang kena ‘berkerja keras’ lah aku dalam delivery room nanti..

Ohh.. Mamoru ada amik gambar masa kat Al-Islam semalam. Tapi tak banyak – ada laa dua tiga snap jer.. mungkin sebab dia terkejut bila doktor tu dengarkan bunyi jantung baby kat kami kut, sampai terlupa nak amik gambar lagi – kuat betul tau bunyinya! First time lak tu Mamoru dengar – sure dia tergamam.. hihi. Aku lupa bawak kabel nak transfer gambar. Nenanti lah ek.

5 Comments

  1. Dee said,

    >aD..ada contact no x utk sewa keta utk round2 di KK..akak nk gi bulan 7 ni..still x dpt contact..

  2. atty's said,

    >apa-apa pun kty doakan semoga semuanya selamat,,

  3. CuppyCakeMommy said,

    >im 36week preggy oso..i already link ur blog with mine..so we can update each other about the pregnancy

  4. .: Ain Rusli :. said,

    >mmg kejap sangat masa berlalu kan kak aD..ain pun skang ni dah 38 weeks..menunggu hari je ni..takot!! tapi bestlah,akak xde bengkak kaki,sakit sana sini..kalo ain..hmm..kaki dah mcm kaki gajah,pastu sakit sangat kat area ari2 especially bgn tido or jalan jauh..hmm..lain org,lain pesennye..ye dak??hehhee..anyway,gud luck ye..insyaAllah,semuanye akan selamat…🙂

  5. JHaZKiTaRo said,

    >salam ziarah dari bumi Dublin, Ireland.. Rajin2, meh laa jalan2 my blog🙂

Comments are closed.

%d bloggers like this: