>Trip Sabah – Day 1

April 30, 2009 at 9:00 am (Uncategorized)

>

Uolls.. aku tersilap taw. Kan aku cakap aku tak dapat upload gambar sebab dedua kamera ada kat Mamoru. Rerupanya kan, masa malam last aku kat Sabah, Mamoru ada transfer semua gambar yang kami amik kat Sabah dalam thumbdrive aku (sebab dia tau passion aku terhadap dunia blogging nih).

Sungguh memahami kan Mamoru nih? Tapi aku jer yang tak perasan gambar tu ada dalam thumbdrive. Mamoru kata, dia ada inform kat aku pasal dia dah transfer gambar tu – maybe aku tengah mamai, tuu yang tak dengar (malam last kat Sabah memang memenatkan ok) – Tsskkk.. kalau tak, sure dari awal aritu aku dah publish semua gambar kat bawah nih😦

Anw, layan kan je lah cerita bergambar kat bawah nih. Semua gambar nih di ambil pada hari Khamis lepas taw.


Masa dalam flight. Sempat posing sebelum aku terlena diulit intan


Nih masa baru sampai kat Kota Kinabalu airport. Fuiyoo.. kagum aku tau masa baru sampai sini. Totally berbeza airport KK nih kalau nak banding dengan tahun 2006 dulu. Kalau dulu aku duk kutuk-kutuk airport KK nih macam bus stand kampung je, sekarang tidak lagi – dah cantik dik nonn!


Bergambar gegamai dengan team xpdc Kinabalu masa dalam van menuju ke The Beach Lodge. Dari depan; Juju, aku, Mamoru. Tengah pulak; Adik no.6, Tunang adik no.6, Zin. Dan belakang sekali; Talha & Ana


Juju & aku kat The Beach Lodge. Ohh, Juju baru naik pangkat jadi Ketua Pengarah – tahniah!! Tapi kesian dia kena transfer dari Putrajaya ke Rawang. Jauhh tuu. Lepas check-in & solat, kami terus keluar jenjalan.


Nih masa kat mana ntah. Belakang kami tu ada banyakkk bot nelayan.


Sepanjang kat Sabah, mamoru sangat pentingkan aku taw. Mana pegi semua berdua je. Tak lepas-lepas nih pengang tangan aku taim berjalan. Risau sangat dia.. hihi


Berlatar belakangkan monumen ikan todak. Sekali pandang gambar nih, macam aku tak pregnant pulak kan kan kan?


Layan je posing gedik-gedik aku nih. Saja nak tayang baby ‘A’ dalam perut tu. Biar dia tau, dia belum lahir lagi aku dah bawak dia gi jenjalan. Taim nih kandungan aku berusia 8 bulan 1 minggu!!


Posing gedik-gedik lagi


Lepas lepak melayan matahari terbenam kat tepi jetty, kami pegi pasar Filipina pulak. Pasar nih tutup kul 7.00 malam. Kami tak beli apa pun kat sini. Perut dah lapar – cari port makan dulu beb.


Jumpa satu kawasan gerai. Aku penah datang sini dulu. Kat sini punya lahhh banyak makanan laut. Gila murah. Rasa? So-so je lah. Derang panggang gitu je pastu celup sikit dengan rempah. Aku rasa lah kan, kalau orang kat sini improve sikit rempah ratus untuk panggang ikan tu sure lebih sedapp!


Model ikan panggang.. hihihi.. Me dengan Wan (tunang adik no.6)


Lepas makan, kami gi je jenjalan kat pasar malam pulak. Memang berjalan sakan aku kat sini sampai tak sedar diri tu membawak budak.. hihihi. Kami takde sewa apa-apa transport taw. Pegi memana semua jalan kaki. Alhamdullilah, baby ‘A’ pandai bawak diri. Dia duduk dendiam je dalam perut sepanjang aku kat sana – perut pun takde rasa tegang even kaki pun langsung takde krem ke haper – syukur sesangat!


Masa kat Sabah, dua malam berturut aku pegi pasar cari mutiara & gelang kristal tau. Malam first pegi pasar malam kat area Le-Meridien. malam kedua pulak pegi pasar Kampung Air. Meriah ok barang perhiasan kat sini. Banyak jugak yang aku borong. Mamoru jadi tukang tawar harga (dia memang expert bab camnih).

Ekceli banyak gila gambar taim kat sana. Aku bubuh setoit je lah ek. Kang susah pulak korang nak view. Next entry aku upload lagi🙂

%d bloggers like this: