>Like father, like.. ??

May 29, 2009 at 4:00 pm (Uncategorized)

>

Picture speaks a thousand words kan? So what do u think this one tells? hihihihi..


Cute tak? Jeles aii ok. Mamoru beli kasut untuk dia & baby ‘A’ sahajor.. tsskkk. Ok, ok.. tu bukan cerita sebenarnya. Ekceli Mamoru nak belikan kasut untuk aku sekali. Tapi aku tanak. Aku bukan penggemar kasut jenis sporty nih. Kalau jenis heels boleh laa.. hik.

*on the phone nyer conversation*

Mamoru: “Sayang, kat sini ada kasut Adidas untuk baby. Comel sangat! B beli satu untuk baby kita ek?”
Aku: “Err.. baby baru lahir boleh pakai kasut ke?” (blur sekejap)
Mamoru: “Boleh kut.. dia cakap untuk newborn. Lagipun baby kita takde kasut lagi”.. (Mamoru buat nada sedih pulakkk – pandai tauu mencairkan hati aku)
Aku: “Ikut b, lah.. Ada kaler apa je”
Mamoru: “Ada dua warna.. pink dengan biru”


Dan kami pilih biruuuuu.. (apakah maknanya tu?).. Comel sangatttt kasut nih tau. Khas untuk newborn. Lebih comel bila daddy-to-be tuuu yang belikan. Dia dah tak sesabar nak pakaikan kasut kat kaki si kecik dalam perut nih. Beria sungguh – kelakar ok. Ohh.. kasut nih datang sekali dengan toy yang sangattt cute!

p/s: Tq buat semua yang vote gender our baby kat sidebar nih.. Susah gak kan nak teka.. hihihi. Tapi apa pun, tahniah pada yang dapat meneka dengan tepat!!
Advertisements

Permalink 11 Comments

>38 weeks

May 28, 2009 at 4:00 pm (My Pregnancy)

>

14 hari lagi.. seronoknya!

Macam-macam cerita / info / pengalaman tentang proses bersalin yang aku dapat dari orang sekeliling. Tak terkecuali dari bloggers yang sudi tinggalkan komen kat sini. Tenkiu geng. Korang memang terbaik!.. *big hugssss*

Tadi macam biasa ada weekly check-up kat Al-Islam. Seronok!! (aperdaa.. pegi hospital pun kata seronok.. hihi). Ntah lah, aku memang suka sangat pegi sana. Mungkin sebab layanan derang best kut. Atau tak pun, sebab setiap kali aku gi sana, aku rasa macam masa untuk bertemu dengan baby ‘A’ makin dekat ๐Ÿ™‚

Tataw nak update apa tentang pregnancy nih lagi. Tunggu hari je nih. Bebila masa je aku boleh bersalin. Harapnya, jangan lah sampai lebih dari EDD. Aku tak suka kelahiran secara induce. Aku nak baby ‘A’ lahir secara normal. Semoga dimakbulkan permintaan aku nih. InsyaAllah.

Perkembangan badan aku:

Berat aku sekarang dah 48.6 kg. Berat kan? Tapi aku tak risau pun. Kalau tolak berat baby dalam perut (ohh.. si comel sekarang dah 3 kg tau), pastu tolak berat uri, cecair amniotic & pertambahan saiz ‘aset’ nih (hihihi).. berapa jerr yang tinggal kan? kan? kan? Tayah sesusah nak turunkan berat pasni.. yeyeh! suka! suka!

Perubahan lain? Takde sangat kut. Alhamdullilah, banyak dah kelonggaran yang Tuhan bagi kat aku dari awal pregnancy sampai laa sekarang. Dan aku bersyukur sesangat.

Aku bersyukur sebab aku terkecuali dari alahan morning sickness.
Aku bersyukur sebab kandungan aku takde masalah dari awal awal kehamilan sampai sekarang
Aku bersyukur sebab berat badan aku tak berlebihan
Aku bersyukur sebab terkecuali dari simptom last trimester (e.g, sakit belakang, bengkak kaki, etc)
Aku bersyukur sebab aku masih aktif, kuat berjalan & badan sentiasa rasa sihat.
Aku bersyukur sebab sampai saat nih, aku belum rasa sakitnya contraction.

Semoga proses bersalin nanti turut dipermudahkan oleh-Nya.. *aminnnn*

Oh, tadi Dr Rusila ada check bukaan kat ‘bawah’. Masih 1 cm katanya. Dia dah dapat rasa kepala baby kat bawah tu. Dia suruh aku sentiasa alert dengan tanda-tanda delivery (show, contraction, etc).

Perkembangan baby ‘A’:

Masih lagi aktif bergerak. Cuma dah tak selasak dulu. Mungkin sebab dia dah makin besar (3 kg of course lah). Jadi ruang untuk dia bergerak dalam perut nih dah semakin terbatas.

Lain-lain? Dunno. Aku dah tak boleh berfikir sangat. Tak sabar nak tatap wajah baby ‘A’ sebenarnya. Kita tunggu je lah ‘hari bertuah’ tu nanti ๐Ÿ™‚


Nih lah Dr Rusila yang akan sambut kelahiran baby ‘A’ nanti (insyaAllah). Baik Dr nih.. lembut je orangnya. Ekceli, semua doktor kat Al-Islam best-best semuanya.


Nih masa tengah check tahap oksigen yang baby ‘A’ terima. Alhamdullilah, semua nampak ok.


Teka siapa yang aku jumpa masa kat Al-Islam tadi? Gee & baby dia!! Gee dah bertudung sekarang – comel! Dia nampak sangatttt hepi lelebih lagi bila dah dapat baby.

Permalink 4 Comments

>Solekan mata simple II

May 28, 2009 at 1:00 pm (Make up)

>Apalagi yang boleh dibuat disaat camni selain dari memanjakan diri sepanjang masa. Layan kan je lah gambar kat bawah nih.


Nih gambar pagi tadi, sebelum pegi checkup kat Al-Islam.


Kurang pencahayaan lah. Aku guna 2 warna je – combination kaler gold dengan hitam. Pastu tenyeh maskara dengan eyeliner – simple smokey eyes.


Tak dapat make-up kan orang, make-up diri sendiri pun jadi lah.. hihi


Nih pulak warna berlainan. Aku guna mineral eyeshadow dari Loving Mineral. Eyeshadow nih jenis serbuk tau. Gambar nih aku amik masa bergambar dengan Ning kat Mid Valley aritu.



Aku guna 3 kaler – pink, hijau & coklat gelap.. Nampak comot sikit sebab aku belum bubuh hi-lite kat bawah kening.



Nih yang dah complete dengan hi-lite.. baru nampak kemas ๐Ÿ™‚

Permalink 6 Comments

>Make Over II

May 26, 2009 at 12:00 pm (Make up)

>

Nih antara keje aku taim boring-boring duduk rumah. Me-make-over-kan muka sesiapa sahaja yang sudi menadahkan muka (selalunya adik no.6 jadi mangsa).

Layan kan je lah hasil make-up aku nih. At least bila buat sesuatu yang aku suka, boleh elak dari terus berfikir pasal “bila nak bersalin”? Kan?


(Gambar sebelum make over) Seperti biasa, model kali nih adik no. 6. Pasnih aku try cari muka lain pulak ek. Kut kalau korang nak rasa muka di make-up kan secara free (tak kira untuk apa-apa occasion), sudikan lah panggil aku ek. Tapi lepas aku habis pantang laa.


(Gambar selepas makae over) Amacam, ok tak? Aku guna warna natural je.


Yep, aku guna bulu mata palsu.. untuk mata yang lebih mengancam.. hihi.


Tapi walaupun pakai bulu mata palsu, tak nampak ketara sangat kan? Nampak macam natural je kan? kan?


Ada perubahan tak gambar sebelum dan selepas?


Ok, next.. muka siapa pulak ek yang sudi di make-over kan oleh aku? Hihihihi

Permalink 13 Comments

>Gambar semalam

May 25, 2009 at 11:00 am (Uncategorized)

>

Lepas keluar hospital, aku melepak kat rumah je. Spend masa dengan tidur.. tidur.. tidur.. Dr Rusila bagi MC sampai 8 hari. Apa nak buat dalam 8 hari nih ek? Serius aku takde idea. Aku plan nak start cuti hujung bulan. So, bila dah terawal cuti nih otak jadi blur pulak.

Mamoru pandai sangat amik hati. Sepanjang hari Sabtu & Ahad dia bawak aku berjalan dan penuhkan segala permintaan aku. Nak elakkan aku dari terlalu berfikir la tu. Emo aku tak berapa stabil lately. Silap sikit je dah start cebek.. sesikit nak nangis.. ntahapehape.


Nih gambar semalam. Sebelum keluar berjalan ke Mid Valley. Mamoru suruh bersiap lelawa, ajak dating sementara kami masih ‘berdua’. Sempat tengok movie. Yelah pasnih tataw bila dapat tengok movie lagi.


Pose dengan baby ‘A’.. bila lah agaknya ‘hari bertuah’ tu akan tiba ek? Sedih bila dah sampai hujung-hujung pregnancy nih. Aku suka dengan keadaan badan aku sekarang. Tapi, yelah.. sampai bila aku nak simpan baby ‘A’ dalam perut nih kan? Tiba masanya aku kena lahirkan dia juga.


Nih masa kat Mid Valley.. jalan-jalan cari makan. Mamoru layan kan je selera aku.


Pose-pose sementara tunggu makanan sampai. Panjang kan rambut aku. Habis pantang nanti aku nak gunting pendek sikit.. pastu straighten kan. Rasanya dah cukup lama aku dengan style camnih.


Tom yam putih dengan mihun. Lama dah aku tak makan tom yam. Rasanya start dari awal pegnant aku tak sentuh tom yam.


Dengan Ning & buku wedding dia yang Mamoru dapat percuma semalam. Ning makin kurus dan makin cantik ๐Ÿ™‚

Permalink 13 Comments

>Last day @ Al-Islam

May 25, 2009 at 9:00 am (Uncategorized)

>

Duduk kat Al-Islam memang best, sangat menenangkan. Yang tak bestnya, duduk sana buat badan aku rasa lemau.. lembik.. Maklum, apa je yang boleh dibuat kat hospital selain makan, tidur.. makan, tidur?

Nasib baik ada Mamoru. Sanggup buat apa saja untuk hepikan aku. Kesian pulak kat dia, sabar je melayan karenah aku yang bebukan.

Malam pertama kat Al-Islam, aku tidur sorang. Mamoru berkeras nak dapatkan satu bilik untuk aku sorang – senang dia nak temankan aku malam tu – tapi aku refused. Mungkin sebab aku dah dapat rasakan yang aku takkan bersalin malam tu. Buat apa membazir duit upgrade bilik kalau baby ‘A’ tak lahir lagi, kan? Point asal aku nak dapatkan bilik tu semata untuk bonding dengan baby & mudahkan aku breast feed dia.

Lagipun, aku tak sanggup nak biarkan Mamoru bercengkang mata untuk aku. Seharian dia dah teman aku. Sure dia pun penat & tertekan. Pada aku, better dia rehat kat rumah. Setidaknya, boleh tidur dengan selesa. So, malam tu aku stay kat wad 4 katil (ada 2 mommies kat situ)


Pagi Jumaat, pukul 7 pagi Mamoru dah sampai hospital. Siap bawak kuih untuk aku. Risau sangat dia.


Duduk hospital tak sampai 48 jam, tapi barang-barang yang aku bawak, ngalahkan nak duduk sana seminggu!


Takde apa yang boleh dibuat kat hospital nih selain dari snap gambar sekeliling.. Nih view orang balik solat Jumaat dari tingkap sebelah katil aku. Meriah betul. Satu perkara aku perasan kat area masjid Kampung Baru nih, kebanyakan peniaga dia main tinggalkan je gerai / kedai derang bila tiba waktu solat. Tinggal tanpa berkunci ok.Tak kira lah kedai baju ke.. kedai makan ke.. atau gerai jual goreng pisang sekalipun, semua tinggal buntang camtu je bila bila tiba waktu solat. Sampai aku rasa macam berada kat tanah suci je. Kagum aku dengan peniaga kat sini.


View yang aku snap masa tengah baring atas katil.


Aku yang kebosanan.. Nih xtvt aku selama hampir 48 jam.. Aku rasa lah kan, kalau aku terus stay kat sini untuk dua tiga hari lagi.. kompem aku jadi bebetul sakit. Asyik terbaring je ๐Ÿ˜ฆ


Nih pulak xtvt di tengah malam. Layan webcam dengan Mamoru. Risau sangat dia tinggalkan aku sengsorang kat hospital. Terpaksa aku on webcam sampai ke pagi – Dia nak tengok aku tidur baru dia rasa tenang.

Permalink 6 Comments

>Belum lagi

May 24, 2009 at 11:00 pm (Uncategorized)

>

Its me who updating this blog (not Mamoru).. dan teka apa maknanya tu?

Yep, baby ‘A’ belum lahir lagi.

Ok, sejujurnya, sejauh mana korang disappointed bila baca entry ni, lebih lagi aku & Mamoru. Rasa macam down sikit bila tengok pasangan lain yang masuk hospital sepanjang aku kat Al-Islam keluar bawa balik baby dengan derang. Rasa jeles & tertekan ok.

Tapi bila fikir dari segi positif.. takde lah down sangat ke apa. Just beberapa hari / minggu je lagi. Aku kena sabarr..

Back to the real story, start pagi Khamis aritu. Memang seriously aku tak rasa sakit atau apa walaupun graf kat mesin CTG tunjukkan kekerapan contraction. Funny isnt it?

Ikutkan dari awal aku tak rasa yang ‘masanya’ dah tiba, cuma bila Dr dah start tunjuk tahap kerisauan dan tahan aku kat wad, apa lagi boleh aku fikir.. maybe ‘this is it – maybe its time’.

Tapi penantian tu satu penyiksaan kan?

Semalaman aku tunggu kut-kut ada ‘sign’. Tapi sampai esoknya, masih takde apa-apa. Takde ‘show’, takde ‘water-broke’, takde sakit-sakit.. sampai aku rasa tertekan & bosan.

Nurse kat situ pun pelik tengok aku still aktif, boleh berjalan, boleh ke surau & selera makan pun tak macam orang sakit (ye lah, dah memang aku tak sakit).

Setiap kali aku nak ke surau, aku mesti berhenti depan bilik bayi – tengok baby yang baru dilahirkan. Bertambah stress aku jadinya. Wish sangat baby ‘A’ ada turut kat dalam bilik baby tu.. tsskkk..

Hari ke dua aku kat Al-Islam, aku nekad nak keluar balik rumah. Tak sanggup aku duduk situ lelama. Boleh stress aku tengok orang lain dah lahirkan baby.. tapi aku?? Taim tu mula lah otak aku start berfikir negatif.

Pagi hari kedua (Jumaat) pun camtu, mesin CTG still tunjukkan aku ada contraction.. Tapi kenapa aku langsung tak rasa sakit?.. *ohh, sungguh aku tak faham*..

Tengahari tu baru aku diberitahu urin aku ada jangkitan kuman. Sebab tu mesin CTG detect contraction. Dr tak benarkan aku balik sebab nak start buat treatment. Sedih woh.. Tapi, alhamdullilah, kata Dr mender nih tak effect baby ‘A’, cuma dia akansentiasa buat ‘false alarm’ & mungkin buat aku sakit.

Tapi nasib baik lewat petang tu Dr bagi balik. Dia bekalkan dengan ubat & MC sampai lapan hari! Meaning, by time korang baca nih, aku dah start cuti. Next check-up, Khamis nanti. Tapi Dr suruh datang bebila masa kalau ada ‘show’ atau contraction atau etc.

Hm.. contraction / bracton hicks.. that’s the weird thing. Aku memang takde rasa apa-apa dari hari aku kena admitted sampai lah sekarang nih.

Anw, buat semua kengkawan yang banyak ambil berat tentang aku dan mendoakan kesihatan aku, terima kasih bebanyak aku ucapkan. Sama-sama kita tunggu kelahiran si comel dalam perut nih.

Hold your breath guys / gals.. just 17 more days to go, insyaAllah.

Permalink 7 Comments

>I kena admitted!!!

May 21, 2009 at 10:39 am (My Pregnancy)

>

Ok, jangan panik.. tarik napas.. tahan sekejap.. lepaskan..

Aku sekarang sedang bersiaran dari wad kat kat Al-Islam Specialist Centre. Supposed pagi nih aku ada rutin check-up macam biasa. Kali nih guna mesin CTG pulak – first time guna ok.

Dan guess what? Doktor cakap aku ada contraction selang 5 minit pastu semakin kerap antara 3 minit pulak. Yang pelik tu, aku takde rasa apa-apa pun.

Paling mengejutkan bila Dr Rusila cakap nak cek bukaan ‘kat bawah’!!! WHAT??! Gila terkejut aku dibuatnya!ย 

Ok, aku tau mender nih perkara biasa dan aku tak perlu rasa terkejut. Lagipun hari nih kandungan aku genap 37 minggu (9 bulan 1 minggu) – maknanya, bebila masa je aku boleh bersalin. Cuma aku takde lah expect secepat nih!

Masa Dr Rusila minta izin nak seluk kat ‘bawah’ aku dah tak boleh nak act cool. Serious aku cuak. Lelebih lagi bila teringat memember lain cakap ‘sakit’ bila kena seluk camtu.. ngeeeeeeee..

Ekceli takde lah sakit sangat. Ok, ada sikit lah. Pada aku rasa takut tu je over sampai buat aku berimaginasi yang bebukan.

Ok, now aku nak bagi satu statement yang boleh buat korang (termasuk aku & Mamoru) rasa cuak – Dr Rusila kata, bukaan aku dah 1 cm.. (Ini adalah betul-betul ok, bukan ‘cobaan’). Agak-agak korang, aku patut bagi reaksi yang macam mana??

Sejujurnya, aku sendiri tataw nak fikir apa saat nih. Dalam kepala aku nih duk fikir.. “biar betul?”..ย 

By time aku tulis nih, Mamoru dah keluar pegi beli kurma, kismis, 100 plus & ntahapehaper mender lagi yang aku order.. tsskkk.. baru aku sedar, banyakkkk lagi yang aku belum sempat makan rupanya.. ๐Ÿ˜ฆ

Tapi, kalau betul hari nih, harinya… aku redha. Mungkin baby ‘A’ dah tak sabar-sabar nak jumpa kami. Dan kami pun memang tak sabar nak jumpa dia.

Buat semua kengkawan yang sudi baca blog nih, aku dengan rendah dirinya inginย 
memohon maafย 
dari hujung rambut hingga hujung kaki andai kata aku ada terkasar, tersilap, terlanjur kata / perlakuan. Bab komen yang belum berbalas & tag yang tak sempat berjawab, tunggu nahh.. nanti aku usahakan jugak. Korang jangan terasa hati k.. tak rugged arr..

Dedoakan proses bersalin aku dipermudahkan oleh-Nya. Dan doakan jugak supaya baby ‘A’ & aku sihat sempurna.. *aminnn*ย 

Sementara tu, layankan je lah gambar kat bawah nih yang aku snap pagi tadi..




Nih masa memula sampai Al-Islam.. mood tengah ceria




See.. see.. betapa gembiranya mommy & daddy-to-be nih.. Maklum lah, taim nih tak rasa sakit lagi. So, boleh la nak posing sakan..




Me tengah attach dengan mesin CTGย 




Mamoru sempat check email opis dia.. Kesian Mamoru, tak pepasal kena amik EL hari nih. Dia takut nak tinggalkan aku sengsorang.. Aku pongggg takut tinggal sengsorang jugak.. huhuhuhu




Graf yang keluar dari mesin CTG. Tak sempat laa nak snap graf yang complete tunjukkan kekerapan contraction aku tadi..




Nih pulak tag yang nurse pakaikan kat tangan aku..ย 

Ok lah, nak kosentret kat senaman kagel & nak kontrol breathing.. kang kalau larat, aku update cerita terbaru.. kalau takk.. tunggu je lah Mamoru yang update.. hihihi

Assalamualaikum.ย 

Permalink 28 Comments

>Gubahan & Flash 580EX II

May 19, 2009 at 10:00 am (Uncategorized)

>

Akhirnya siap jugak decoration untuk hantaran pertunangan BIL Dillah setelah 3 hari aku duk menghadap mender alah nih. Tinggal coklat & sirih junjung je yang belum digubah. Takper, yang tu senang je.


Hantaran dia ada 9 dula
ng.. aku just decor untuk 6 hantaran je (telekung + sejadah, perfume, baju nikah, bekas cincin, coklat & sirih junjung). Selebihnya (buah, duit hantaran, & kek) SIL Juli yang settlekan.

Malam tadi aku memain dengan kamera Mamoru. Konon nak snap gambar hantaran yang aku siapkan. Mamoru takde taim tu – dia pegi rumah Uncle Karat dengan Chua. Aku try attach-kan bateri grip dengan flash kat body kamera tu – LULUS. Try snap gambar.. tapi FAILED – gelap manjang. Banyak kali try pun tak jadi gak. Flash pun tak menyala. Tension jer. Aku mana lah reti nak setting-setting kamera cenggini. Sudahnya aku give up. Try tanggalkan balik semua yang aku pasang. Sekali stuck pulak.. aaaarrrr sudahhhh!! Rosak ke ape nih?

Gelabah jugak lah. Dulu ada sekali aku hampir ter-jammed kan kamera 400D Mamoru. Nasib baik Mamoru boleh betulkan. Malam tadi pulak mati-mati aku ingat aku dah ‘kong’ kan kamera 50D dia yang baru!! Gabra beb.. Aku gabra bukan sebab takut Mamoru marah – for sure Mamoru takkan marah aku punya. (hihihi). Cuma yang aku takut tu, kalau kamera tu rosak. Bukan murah mender alah tu ok. Harga untuk flash jerr dah boleh beli 4 biji kamera kompak Sony cybershot yang aku selalu pakai! Tuu baru tang flash, belum masuk body kamera, lense, bateri grip & ntahaper mender lagi. Takotttt… tsskkk.

Bila Mamoru balik, aku cecepat buat muka kesian. Berdiri depan dia (sambil ready nak buat ketuk-ketampi). Terkejut aku tau, ingatkan Mamoru nak tegur ke apa.. dia bukan main suka lagi bila tengok kamera tu terpasang. Rupanya, dia suka sangat bila aku ada keinginan nak guna kamera besar tu – dia suka kalau aku berkongsi minat yang sama dengan dia. Ekceli aku bukan tak suka guna kamera dia. Tapi bapakkkk berat kamera tu.. aku lagi suka guna kamera kompak aku – senang & ringan je.

Ohh.. berbalik pada kamera tadi, rerupanya tak rosak pun. Aku lupa tekan satu butang untuk releasekan flash plusssss aku tataw pulak flash tu kena bubuh bateri! Patut lah tak menyala (cessss).


Nih la rupa flash yang berjaya men-cuak-kan aku malam tadi.

Permalink 7 Comments

>Sembang-sembang

May 18, 2009 at 12:00 pm (Uncategorized)

>

Aku dah buat keputusan.. 29 Mei nih last day aku keje (insyaAllah) sebelum aku start cuti bersalin untuk 2 bulan. Fuhh.. 2 bulan ok! Macam best je bila dapat cuti lelama camnih, hik.

Berkenaan dengan permintaan DO untuk aku kembali bekerja awal & handle projek hujung bulan Julai nanti.. hmm, berat sikit untuk aku buat keputusan sekarang. We’ll see. Aku tak berani nak janji apa-apa.

By time aku start cuti nanti, mungkin aku ada masa dalam seminggu (atau dua), untuk buat final preparation nak sambut baby. Kalau nak diikutkan, semua barang Mamoru dah sediakan. Tapi biasalah aku.. nervous terlebih kut – sentiasa ada je mender yang nak difikir / buat.

Ohh.. buat masa nih aku tengah busy decor barang hantaran untuk majlis pertunangan BIL Dillah hujung bulan nih. Nanti dah siap aku upload gambar kat sini ek. Adik no.6 kata hasil gubahan aku cantik.. hihihi. Harap family mertua aku suka. Nih je lah yang mampu aku tolong. Nak sumbang tenaga taim kenduri nanti for sure aku tak mampu (akak tengah menunggu hari dik nonn) Mamoru memang tak kasi buat keje berat. Kalau boleh, handbag pun Mamoru tak bagi angkat. Risau sangat dia sekarang nih.

Nak tau satu cerita best tak? My Mamoru dapat hadiah tau! Set mangkuk dari Panasonic (kelakar kan, jenama Panasonic pun ada jual pinggan mangkuk).

Ceritanya gini, Sabtu aritu, sebelum kami pergi beli bebarang hiasan untuk decor hantaran kat Nilai 3, kami singgah Mid Valley sekejap (semata nak makan Tako tao – again.. hihi). Sempat lah shopping kat MVEC – ada sales Jusco kat situ tau!

Lepas habis shopping, Mamoru ajak aku pegi centre court, ground floor. Ada DJ Red.fm kat situ tengah tanya audience soalan. Mamoru excited sangat nak jawab soalan DJ tu. Sampai depan stage dia heret tangan aku tau.

Dalam kelam kabut nak menyelit depan stage, DJ tu dah tanya start tanya soalan seterusnya kat audience. Fuhh.. dann dann tu Mamoru angkat tangan nak jawab. Laju je dia naik atas stage dengan dua belah tangan penuh dengan plastik & paper bag Jusco. DJ tu sempat bergurau pasal beg plastik yang penuh kat tangan Mamoru (comel sangat.. hihi).

Sayangnya, aku tak sempat nak keluarkan kamera. Laju sangat! Lepas Mamoru introduce nama segala, DJ tu suruh Mamoru jawab satu soalan. Suprisingly, Mamoru dapat jawab! Tuu yang dapat hadiah.. hihi.

Aku suka sangat tengok muka Mamoru masa dia berdiri atas stage tu. Sentiasa tersenyum & penuh konfiden je. Paling best bila dia bagi isyarat mata dari atas tu.. ohhhh, aku rasa macam jatuh cinta sekali lagi, boleh? Hahaha. Serius, aku suka orang spontan macam dia. Boleh buat hari-hari aku ceria je ๐Ÿ™‚

Ops.. terlebih suda. Warning, cerita seterusnya masih berkisar pada perasaan aku pada Mamoru. Sila hentikan pembacaan kalau rerasa nak muntah.. hihihihi.

Sekarang nih, Mamoru dah amik alih 100% tugas aku kat rumah. Baik membasuh, mengemas, masak segala, semua Mamoru yang buat. Aku tak berpeluang langsung nak buat apa-apa. Sampai satu tahap aritu, aku terpaksa minta kebenaran dia untuk basuh baju sendiri. Bukan nak lawan cakap, tapi aku nak excercise maa.. tanak lah duduk sesajer. Tak baik untuk kesihatan.

Mamoru sekarang semakin melampau memanjakan aku. Sampaikan aku nak bangun cuci tangan kat sinki lepas makan pun dia tak bagi ok! Siap sediakan semangkuk air basuh tangan & tisu untuk lap mulut! Yerr, memang terlebih concern suami aku nih.

kalau taim malam pulak, selagi aku tak tidur, dia takkan tidur. Ye lah, kan aku ada masalah untuk tidur lately nih. Pastu, asal aku terjaga nak pegi toilet, dia akan bangun sama untuk bukakan lampu & tolong bangunkan aku. In, case kalau aku lupa nak bagitau, bila dah sampai hujung pregnancy nih, part nak bangun dari tidur adalah sedikit menyakitkan (kat bahagian ‘bawah’). Kena bangun dengan hati-hati. Tapi, asal dah boleh berdiri, laju je jalan aku.. hihihi.

Alhamdullilah, aku rasa bersyukur sangat dengan semua nikmat yang Tuhan beri. Harap aku tak spoil dengan kasih sayang yang melimpah ruah nih.. hehe.

Buat Mamoru, nanti aD dah habis pantang, aD take over pulak tugas-tugas kat rumah ek? aD akan layan B macam raja! Sayanggggggg sangatttttttt kat suami aD nih!!!!!

*penulis sedang dilanda penyakit jiwang karat*

Permalink 6 Comments

>Me at 9 months pregnant

May 17, 2009 at 11:29 pm (My Pregnancy)

>

24 hari lagi.. dan for sure aku tanak ketinggalan setiap saat untuk abadikan setiap gambar perut yang semakin membesar nih. So, layan kan je lah gambar-gambar kat bawah nih nahh.. tak lama je lagi.. hihi.

Muka pompuan pregnant 9 bulan.. adik ipar aku cakap, makin sarat makin rajin aku bermake-up ๐Ÿ™‚


Sanggul rambut pulak.. Dah sampai pinggang rambut aku nih. Nak kerat pendek rasa sayang pulak. Lagipun aritu Mamoru cakap rambut aku seksi (hihihihi).. tu yang berbelah bagi walau nak kerat seinci.. hik.


Solekan mata.. aku guna tiga warna cam biasa.. silver, biru turqoise & hitam ๐Ÿ™‚


Nampak perut tak? Hihi.. saja je pakai gelap supaya perut nampak kecik

Ok, dari tepi baru jelas.. tssskkkk.. I’m sure gonna miss this moment..

Permalink 3 Comments

>Update next projek mendaki

May 15, 2009 at 8:00 am (Uncategorized)

>

Bangun pagi nih Mamoru buat aku terkejut. Team XPDC untuk mendaki gunung Trusmadi & gunung Tambuyukon awal tahun depan dah bertambah jadi 19 orang! Ramai gila. Terdiam sekejap aku dibuatnya. 19 orang ek? Takper, rilek.. we’ll see camne nak setting nanti.

Apa pun, harap semua yg join trip nih maintain fit dari sekarang (yerr, sila excercise selalu). Bukan apa, aku dengar dedua gunung nih termasuk dalam kategori hardcore. Bukan macam Kinabalu boleh mendaki sambil makan kuaci (fuhh statement tak agak-agak).

Anw, semakin teruja lak aku nak buat comeback dalam xtvt outdoor nih. Kalau aku berjaya conquer Trusmadi & Tambuyukon, maknanya tinggal satu gunung je lagi kat area Borneo nih yang ada dalam waiting list aku – gunung Murud!!

Listing gunung mengikut ketinggian kat Malaysia :

  1. Gunung Kinabalu, Sabah – Conquered tahun 2006
  2. Gunung Trusmadi, Sabah – Bakal di-conquer tahun depan, insyaAllah!
  3. Gunung Tambuyukon, Sabah – Bakal di-conquer tahun depan, insyaAllah!
  4. Gunung Murud, Sarawak – Still in waiting list..
  5. Gunung Mulu, Sarawak – Conquered tahun 2008

Permalink 4 Comments

>9 bulan @ 36 weeks!

May 14, 2009 at 2:30 pm (My Pregnancy)

>

Uollsss.. tinggal kurang dari 28 hari sahajor lagik.. *bebuat pengsan*

(Bangun semula dari pengsan) Yesss dik nonn, hari nih genap 9 bulan aku pregnant. Terujanyaaaaa… Saat-saat aku kembali slim bergelar mama akan tiba tak lama lagi! Soon ok! Ohh.. sangat tidak sabar!

Pagi tadi pegi check-up kat Al-Islam. Dr Rusila cakap semuanya under control. InsyaAllah, harapan aku nak melahirkan baby secara normal boleh dicapai.

Perkembangan badan aku:

Masih seperti biasa – masih kuat berjalan. Takde sakit kaki atau sakit belakang. Bengkak / sembab pun tak ada.

Sampai tahap nih kan, aku tak henti-henti rasa bersyukur sebab banyakkk dah terkecuali dari merasa sakit-sakit yang biasa dialami oleh perempuan pregnant. Tuhan permudahkan segalanya – alhamdullilah. Semoga proses bersalin nanti pun dipermudahkan-Nya.. *amin*

Dalam keadaan sekarang, jangan tataw, aku masih mampu berjalan dengan laju.. even berlari-lari anak pun bolehhhh lagi. Bab potong kuku kaki atau apa-apa yang berkaitan dengan ‘kebersihan diri’ pun aku masih mampu buat sendiri tanpa bantuan Mamoru. Legaa rasanyaa.. Bukan apa, aku rasa macam tak sanggup nak suruh Mamoru potongkan kuku kaki aku. Dia suami aku beb. Sesuai dengan status sebagai suami, dia mendapat penghormatan yang tertinggi pada pandangan mata aku. Tak sanggup derr aku nak biar dia tunduk pegang kaki aku nih. Rasa macam tak selesa ok. Tapi kalau pegang-pegang kaki aku taim bergurau tu takde hal laa..

Tadi timbang berat.. dalam masa 2 minggu, berat aku dah bertambah sebanyak 1.2 kilo! Dah jadi 48 kilo uollss!!! Fuhh.. kagum aku tengok angka nih. Total pertambahan berat dari memula pregnant sampai lah sembilan bulan sekarang nih sudah 11 kilogram ok!!

Lain-lain perubahan.. err.. rasanya takde kut. Cuma sesekali terasa ngilu kat bahagian ‘bawah’. Mungkin sebab timing dah dekat kut ๐Ÿ™‚

Perkembangan baby ‘A’ dalam perut:

Sekali lagi alhamdullilah, kedudukan baby dari last scan dua minggu lepas sampai ke hari nih tak berubah. Kepala baby dah jauh masuk ke bahagian ‘bawah’. Baby memang dah ready nak keluar.

Berat baby ‘A’ sekarang dah 2.8 kilo tau. Naik hampir 0.5 kilo dalam tempoh dua minggu. Dah semakin besar si comel nih. Wonder berapa lah agaknya berat dia masa delivery nanti ek?

Dr Rusila nasihatkan aku supaya kurangkan makan nasi dan lebihkan makanan yang tak menggemukkan – nak elak baby terlalu besar katanya.. ingatkan nak elak aku dari jadi terlalu gemuk.. muahahaha.. *perasang*

Note buat Mamoru: Dengar tak doktor cakap tadi? Jangan paksa aD makan nasi lagi tau. Sila paksa aD makan.. err… aiskrim, coklat, jelly, tako tao.. *ops*.. hik hik hik

Permalink 6 Comments

>Projek mendaki lagi

May 14, 2009 at 9:00 am (Uncategorized)

>

Dalam sibuk dengan nak settlekan keje & prepare kelengkapan nak sambut baby, aku sempat lagi planning untuk pergi mendaki uolss.. hahahaha. Dasyat tak dasyat tu.. ish ish ish.

Chua tengah sibuk kumpul line up untuk team xpdc akan datang sementara Mamoru duk check tiket flight. Waktu gambar nih di ambil adalah hampir pukul 1.00 pagi hokeh. Derang nih kalau bab gunung, tak tidur malam pun takper.. semangattt betulll.
Planning mendaki nih kami baru je start bincang dua minggu lepas. Tapi bukan untuk masa terdekat nih lah Untuk awal tahun depan. Tapi biasalah, team aku nih suka bebenor buat planning jangka panjang. Memang memandang kehadapan sungguh lah derang nih.
Kebetulan pulak dalam kami sibuk berbincang pasal trip nih, ada promotion untuk tiket flight. Apalagasss.. grab je lah. Maklum lah, mostly costing untuk trip mendaki gunung nih mahal-mahal belaka. So, bila dah ada peluang untuk mengurangkan kos tu, aku rembattt je lah. Tuu pasal dann dann tuu jugak kami buat keputusan untuk tarikh xpdc dan paling tak sangka, ramai kengkawan yang bagi confirmation nak ikut – malam tadi jugak kami book tiket flight – Total yang confirm nak join trip nih ada 10 orang (mungkin bertambah lagi – tapi aku harap tak ramai sangat lah – susah nak manage nanti)

Trip nih pegi mana?

Kami akan conquer gunung kedua dan ketiga tertinggi di Malaysia selepas Kinabalu – gunung Trusmadi & gunung Tambuyukon kat Sabah! Dua gunung sekaligus! InsyaAllah. Kena mantain fit dan cargas laa lepas bersalin nanti.. hihihi

Permalink 4 Comments

>Panass

May 13, 2009 at 3:00 pm (Uncategorized)

>

Sejak dua menjak nih, badan aku kalis sejuk. Pasang lah aircond sampai tahap paling beku atau bubuh lah dua tiga bijik kipas dalam bilik, badan aku tetap berpeluh punya! Peningkatan hormon kut.

Kalau dulu, asal Mamoru pasang kipas lelaju dalam bilik je aku dah berselubung sorok kepala dalam quilt. Tapi sekarang nih terbalik pulak jadinya.. Quilt dah bertukar tuan pada Mamoru – dia pulak yang duk berselubung sambil menggigil-gigil tahan sejuk – sebab aku pasang 2 bijik kipas dalam bilik!!.. hihihi.

Tuu pun tak cukup sejuk dik nonn.. tidur aku tetap kepanasan. Berpeluh-peluh sampai terpaksa buka baju ok! Pelik.. pelik.. Kesian lak aku tengok Mamoru yang terpaksa berbungkus menahan sejuk.

Aku start perasan pasal nih masa pegi bercuti kat Sabah aritu. Kebetulan pulak, aircond bilik kami biol sampai terover sejuk sampai Mamoru duk merungut. Aku pulak boleh rilek tidur dalam keadaan sejuk camtu tanpa berselimut (padahal, aku jenis tak suka sejuk – aku kan ada asthma). Ajaib betul. Orang pregnant memang camnih ek?

Malam tadi aku tak dapat tidur dengan lena. Kekejap kang terjaga. Perut rasa tegang je. Asal nak tukar posisi tidur kompem rasa senak. Baby ‘A’ pulak tanak tidur. Aku kalih ke kiri / kanan, dia pun turut ikut berkalih sekali – sudahnya asyik nak terhimpap-kan dia je. Risau pulak kekalau aku terhimpit kaki dia ke apa (err ada ke kes camtu?)

Jeles ok tengok Mamoru lena kat sebelah. Rasa nak je aku kejut dia pastu merengek mengadu mengada dengan dia. Tapi tak sampai hati pulak.. Takper lah, kasi can Mamoru tidur dengan lena sekarang nih. Nanti bila baby ‘A’ dah lahir, turn dia pulak berjaga malam jaga kami dua beranak.. aci tak? hihihi.

Pagi esok aku amik cuti sekerat hari, ada check-up kat Al-Islam. Nak tau tak, sejak pregnant nih kan, persepsi aku terhadap hospital nih terus berubah tau. Aku dah tak takut jarum, tak takut makan ubat, tak takut semuanya lah (sakit bersalin? err.. tataw.. tak takut jugak kut, sebab aku mana lah tau macam mana sakit orang nak bersalin). Malah sekarang nih kan, aku jadi semakin teruja & sangat looking forward nak jumpa doktor untuk next appointment – motif? dapat tengok baby!! hihihi.

Permalink 4 Comments

Next page »