>Ayah, hepi 54th birthday

May 5, 2009 at 12:00 pm (Uncategorized)

>

Akak bizi dik nonn. Banyak nau keje nak di-settle-kan sebelum cuti bersalin nih tau.

Bebaru nih aku terpaksa belajar cakap Indon tau!!

“Selamat siang!”
“Kapan bisa kami terima aplikasinya?”
“Bulan Juni.. bukan June ok!”

Huhuhuhu.. nih semua gara-gara terpaksa deal dengan client dari sana. Aku hantam je cara bercakap. Janji ada slang Indon. Terima kasih pada drama-drama sinetron yang aku tengok tetiap petang tu. Dapat lah aku belajau sesikit.. hihi.

Ohh.. lupa nak habaq, kalau takde aral (dan kalau baby ‘A’ lahir on time), start hujung bulan Mei nih aku akan bercuti panjang (2 bulan ok! Giler best.. hihihi). Tapi jangan risau, akak tettttaaappp hapdet entry biar pun tengah tergolek berbengkung, bertungku, berpantang segala! Kalau aku tak hapdet, aku akan PAKSA incik Mamoru mencemar duli menulis / meng-upload gambar kat blog nih. Amacam, ok tak?

Bercakap pasal tajuk entri, hari nih hari lahir Ayah yang ke 54 tau!

Allah selamat kan Ayah
Allah selamatkan Ayah
Allah selamatkan Ayahanda tersayang
Allah selamatkan Ayah!

Buat ayah, semoga dipanjangkan umur, sihat-sihat selalu, murah rezeki, ceria & bahagia sentiasa!

Layan kan gambar aku kat kampung taim wiken aritu. Tajuk gambar, lepakking di kebun jagung ayah sambil petik baby corn untuk dijual🙂


Banyak betul baby corn yang ayah petik. Jagung kecik nih perlu dipetik untuk elakkan dari terlalu banyak buah jagung yang berputik pada satu-satu pokok jagung. Kalau tak nanti buah jagung tak dapat membesar dengan sempurna.


Ramai gak la yang menolong. Aku pun tolong gak – tolong makan putik jagung tu.. sedappppp!!


Lupa pulak nak amik gambar pondok jagung ayah. Specialnya pondok nih sebab dia dua tingkat. Kat tingkat bawak ada pangkin berehat & toilet. Kat belah atas pulak ada veranda dan bilik kecik siap katil untuk pekerja ayah tido! Kelasss kann??


View ladang jagung tengah berbunga. Sayangnya.. just sebahagia dari pokok jagung nih menjadi. Sebahagian lagi terbantut sebab banjir aritu.. Kesian ayah, dugaan datang lagi. Apa pun, ayah tetap cool dan tabah!!

5 Comments

  1. nURmALa mAZLan said,

    >wahhhhview yg sangat cantik la

  2. biqque said,

    >bleh mkn ek putik tu? wah!p/s: hepi besday to ur dad. semoga panjang umur. teringat kat my dad, smlm call, kitorang blasah cakap cina. tah pepe…hahaha!

  3. Dee said,

    >inilah untungnyer berbudi pd tanahkan..seronok tgk..

  4. atty's said,

    >Allah selamat kan Ayah aDAllah selamatkan Ayah aDAllah selamatkan Ayahanda aD tersayangAllah selamatkan Ayah aD!semoga pakcik sehat selalu..besday kita sama ar..utk aD..selamat bercuti tau.takecare..kalo ade masa nanti hapdet ye..

  5. arnirina said,

    >uiii best nyeerrr..

Comments are closed.

%d bloggers like this: