>Dilema keje & cuti

May 6, 2009 at 1:00 pm (Uncategorized)

>

Aku dalam dilema nih – antara keje & cuti bersalin.

Semalam DO ada tanya kekalau aku boleh spend time untuk kompeni punya major project kat Genting since taim tu nanti, aku baru lepas pantang & just berehat menghabiskan baki cuti bersalin. Maklum lah, sejak 7 tahun yang lepas, aku sorang je yang handle project nih. Tuu yang DO beria nak aku ada sekali.

Aku tak bagi kata putus lagi. Buat masa nih, aku ada beberapa pilihan,

  1. Amik cuti bersalin seminggu lebih awal. Maknanya, aku start cuti pada minggu terakhir bulan nih. So, boleh kontra dengan cuti aku yang hilang sebab kena pegi outstation (hujung bulan Julai nih)
  2. Atau tak pun claim elaun atau claim cuti (ada ke??). Aku tak sure nak buat macam mana, nanti lah aku tanya adik no.2 (dia HR kat Honda – dia mesti lebih tau bab-bab HR / claim nih)
  3. Buat tak reti je & bercuti sepuasnya.. hihihi (tapi aku tak sekejam nih ok)

Tapi aku rasa option yang pertama tu lebih ‘ok’ kut. Bab nak claim-claim nih aku tak gemar. Pada aku duit tak boleh bayar “nikmat” cuti yang aku dapat. Lelebih lagi bila aku dah bersua muka dengan baby ‘A’ nanti.

Tapi kalau aku pilih option ke-3 pun okeh jugak ek? Lelebih lagi bila kompeni nih pi buat trip ke Bandung, Indonesia taim aku bersalin nanti (geremmm jer).. Takper.. takper.. (b, jom pegi Jakarta hujung taun nih!.. hehe, tetiba je)

Apa pun, tengok lah nanti. Kalau takde aral dan kalau badan aku pulih dengan cepat, boleh lah aku handle projek nih, kalau tak.. mintak mahap lah nahh.

Kat bawah nih gambar malam semalam – meneman Mamoru & the gang main bowling kat Summit. Ligat betul Mamoru ber-bowling sekarang.. Nih kompem baby ‘A’ bakal ikut jejak langkah daddy dia.


Mamoru yang suka sesangat main bowling


Taim nih derang main berempat dengan Chua, Wan dan takde dalam gambar, Tajul & Mad


Me & adik no.6 yang seronok jugak sebab Mamoru siap bagi ‘rasuah’ suruh shopping sambil dia menghabiskan 4 frame bowling.. heaven ok – tuu pasal aku tak heran kalau Mamoru ajak bowling tetiap hari.. hihihi

3 Comments

  1. nURmALa mAZLan said,

    >nak ikt jugak la momuru gi men bowling..hehehe..gurau jer

  2. Elyn said,

    >hiks AD amik option ke3. baby lom kuar mmg la x terase sgt… kang dh kuar ko nk duk jauh sesaat pun x sanggup huhuhuh……. lg pun org ckp lepas bersalin kene rehat ckp2 tuk recover blk…..

  3. Wawa said,

    >hi there.nanti bila baby dah keluar, mulalah syok takmo tinggalkan baby.percayalah.:)selamat memilih.

Comments are closed.

%d bloggers like this: