>35 weeks

May 7, 2009 at 10:00 am (My Pregnancy)

>

Hari nih genap 35 minggu.. maknanya, kurang 35 hari lagi baby ‘A’ akan lahir ke dunia (fuhh.. fuhhh.. tarik napas dedalam)

Dalam aku berdebar & nervous tunggu kelahiran nih, Mamoru pulak sebaliknya – dia nampak excited & bersemangat lebih dari biasa. Bagus lah tu, kang kalau dedua nervous, siapa nak hantar kami gi hospital?

Persiapan nak sambut baby setakat nih alhamdullilah. Dah hampir lengkap semuanya. Tinggal nak cari beberapa barang je lagi untuk kegunaan aku masa berpantang nanti. InsyaAllah, masih ada masa lagi.

Perkembangan badan aku setakat ni:

Alhamdullilah sekali lagi.. takde apa masalah dalam last trimester nih. Cuma badan rasa semakin berat. Mungkin berat aku sekarang nih dah cecah 47 kg kut. Kalau betul, maknanya aku dah gain sebanyak 10 kg sepanjang pregnancy nih. Fuhh, macam tak percaya badan aku boleh jadi seberat nih. Dulu, nak cecah 40 kilo pun ‘bercinta’.. hihi. Takper, taim pantang nanti kena jaga makan bebetul. Lagipun aku nih kira beruntung sebab taim aku habis pantang nanti terussssss masuk bulan Ramadhan – boleh la jaga badan. hik.

Ohh.. lupa lak, semalam kaki aku rasa tegang sekejap – kat bahagian betis. Rasa macam aku baru lepas turun dari mendaki gunung. Mungkin sebab aku banyak berjalan kut. Malam tadi aku dah rendam kaki dalam air suam. Pastu masa nak tidur, aku letak bantal tetinggi kat kaki. Pagi nih alhamdullilah, dah tak rasa tegang lagi.

Kaki bengkak? Takde. Mungkin aku antara yang bertuah kut – tak perlu suffer bab kaki bengkak nih – syukur, sesangat.

Bila dah dedekat nak bersalin nih kan, aku suka spend masa berdiri lelama depan cermin – naked. Suka sangat tengok perut sendiri. Scarry tapi dalam masa yang sama ia sangat menakjubkan. Lelebih lagi bila fikir ada nyawa lain yang turut bernafas dalam rahim aku. Rasa tak terjangkau dek akal nih bila bayangkan fitrah kejadian manusia – SubhanAllah!

Aku teringin nak amik gambar perut (tanpa baju) pastu print & simpan untuk koleksi peribadi. Sure seronok tengok semula bila semua nih dah berakhir nanti 🙂

Perkembangan baby ‘A’ dalam perut:

Masih aktif dan semakin cute.. hihihi. Kenapa aku kata cute? Sebab sekarang aku dah boleh main geletek-geletek kaki & peha dia. Comel sangat! Bukan aku orang je yang boleh nampak kaki si comel nih, malah Mamoru & adik aku pun sama. Terjerit derang bila nampak kaki baby ‘A’ tersembul kat kulit perut aku. Sakit jugak bila baby buat camtu, tapi rasa excited mengatasi segalanya.. hihi.

Berat baby? Tataw.. next week baru jumpa doktor. Buat masa nih check-up masih dua minggu sekali, maybe start minggu depan baru buat check-up seminggu sekali kut? Makin dekat dengan delivery nih, memang makin kerap kena jumpa doktor.

Teringin nak buat baby shower sementara belum bersalin.. hihihi. Tapi macam tak kena je dengan budaya kita. Nanti nampak macam meminta-minta diberi hadiah pulak.. huhuhu. Tambah pulak, kalau nak buat baby shower, kena reveal jantina baby.. untuk memudahkan orang pilih hadiah / warna yang sesuai dengan jantina baby kita, tak gitu?

Tapi boleh tak kalau aku tanak reveal jantina baby? Terpulang lah kalau orang nak bagi hadiah baby kaler apa pun. Kang kalau aku reveal jantina, sure sepesen je kaler hadiah yang aku terima.. tak best lah nanti.. hik.

Ok, nih wishlist yang aku buat untuk baby ‘A’.. khas untuk adik-beradik, sedara-mara, kengkawan & boss-boss aku kat opis nih (sila take note yerr.. hihi):

  • Baby’s crib / playpen (aku takde lagi mender nih)
  • Stroller (pun masih takde lagi)
  • Baby’s mattres (aku dah ada 2 tapi kalau boleh nak lagi.. hik)
  • Baju baby (dah ada tapi bagi lah lagi – tayah sesusah aku nak basuh & recycle hehari)
  • Soft toys (bab toys memang aku tak beli langsung – tunggu hadiah dari korang.. boleh? haha)
  • Baby’s toilettries (sila beli jenama Pureen ek?.. *demand pulak tuuuu*..)
Nih pulak, aku punya birth plan:
  • Pertama-tamanya, aku seboleh mungkin nak lahirkan baby secara normal tanpa bantuan dari segala jenis drugs (epidural, laughing gas, etc).
  • In case kalau proses bukaan terlalu lambat. Katakan masih dibawah 5 cm lepas menunggu hampir 10 jam, mungkin aku terpaksa amik salah satu dari pain relief yang ada. Nih untuk pastikan aku boleh simpan tenaga untuk ‘push’ baby keluar nanti
  • C-sec hanya lah pilihan terakhir hanya jika tahap keselamatan baby & aku terancam.
  • Aku nak breastfreed baby sejam selepas dia dilahirkan – no formula milk please (unless aku terlalu letih / terpaksa lalui C-sec). Dan paling penting (Mamoru, take note ya sayang!), aku nak dapatkan satu bilik khas untuk aku sorang right after delivery. Senang kalau Mamoru nak teman aku & senang untuk aku berduaan dengan baby sepanjang masa.
p/s: Maaf kalau aku jarang reply komen kengkawan semua kat blog nih. Selalu tu aku buat auto-publish entry je. Kat opis memang jarang ada masa nak jenguk internet (masa tu ada tapi banyak dihabiskan dengan settlekan keje & cari info pasal baby – masa semakin suntuk laa geng – maaf ya!). Nanti aku dah start cuti, boleh lah online dari rumah sepuas hati. Pada yang bagi info tentang sales bebarang baby, resipi taim berpantang & tips / link tentang info yang sangat berguna, aku ucapkan bebanyak tima kasih – korang memang terbaikkk!

7 Comments

  1. mEiZ AraNda said,

    >SelamAt HARi iBU kak Ad!!!;)

  2. nURmALa mAZLan said,

    >best nyer..pasni dah boleh sambut hari ibu kan??

  3. Que Sera Sera said,

    >Ad,My fren kata, biasenye lepas bersalin, baby di beri susu formula.sebab masa tu susu badan lom produce lagi…xtau la pada semua mummys or certain je.

  4. biqque said,

    >hadiah tu nak hantar ke mana aD? i dah excited nih!

  5. Dee said,

    >wah..lepas ni leh celebrate mother’s day..selamat hari ibu ye..

  6. Angah said,

    >Adselamat menempuh cabaran baru bergelar ibu ye..doa banyak2 dapat bersalin normal..Que sera seratak perlu susu formula sebab ibu hasilkan kolustrum yang sangat penting untuk baby. susu putih tu biasanya akan keluar pada hari 2/3 lepas bersalin.

  7. d'greatest (ii) said,

    >Ad.. semoga selamat dan sejahtera segalanya…🙂

Comments are closed.

%d bloggers like this: