>HELP – Mandi Nifas & Wiladah

May 12, 2009 at 5:39 pm (Uncategorized)

>

Aku busy duk search bab mandi wajib seharian nih.

Tuu lah, masa sekolah dulu, ustazah ajor aku buat derk je. Hafal pun sebab nak lulus peksa. Laaa nihhh, bila dah tiba masa nak praktik terusss lupa segala.. tsskkkkk… jahilnya aku.. *insaf*

Maklum lah, kalau bab mandi lepas haid dan lepas *ahem-ahem, aku dah biasa sangat. Tapi bila masuk tang nifas & wiladah nih kan perkara yang jaranggggg-jaranggggg berlaku (lelebih lagi untuk pompuan yg baru first time pregnant cam aku nih). Mana lah aku nak mengingat semuanya..

Bercakap pasal jahil nih, teringat pulak zaman aku darjah 6 dulu (kat madrasah – sekolah agama belah petang). Ada sorang ustazah nih duk tanya kat student kelas. Soalan dia, lebih kurang cam gini lah.. “Apa yang orang perempuan perlukan setiap kali datang bulan?”.. Taim tu satu kelas senyap sunyi je. Aku lagi lah kecut perut sambil mengecikkan diri kat belakang student lain – takut kena suruh jawab (ustazah tu garang woo). Sekalikk tu kan, ada lah sorang member lelaki aku nih pegi angkat tangan & jawab dengan selambernya.. “Tuala wanita, ustazah!”.. Satu kelas duk bantai gelak lepas budak lelaki tu jawab.

Seriyes aku tak paham apa yang terjadi taim tu. Soalan ustazah tu aku tak paham. Jawapan budak lelaki tu aku tak paham. Dan sebab musabab satu kelas tergelak pun aku tak paham (tapi untuk mengelakkan diri dari nampak nerd, aku ikut gelak jugak.. hihi). Maklum laaaa.. aku nih period lambat. Dah tingkatan 3 baru akil baligh.. hahahaha. Mana lah aku paham memender nih semua. Dapat-dapat pulak aku nih takde mak.. anak sulung lak tu.. semua kena belajar sendiri… tsskkk. Beruntung orang ada mak. Takde lah segan silu nak bertanya hal-hal orang perempuan.

Bila aku dah dedekat nak bersalin nih kan, banyak mender buat aku terharu.. pasal family belah Mamoru kat Kuala Selangor & family belah aku kat Melaka. Kan aritu aku duk runsing pasal terpaksa berpantang sendiri sebab aku ingat tanak susahkan sesiapa (ye lah, aku sedar diri, orang takde mak / mak mertua). Sekarang, aku pulak yang konpius nak pilih untuk berpantang kat mana. Family belah Mamoru (nenek, Makde, SIL Juli) beria memujuk aku stay kat sana. Family belah aku (Mak Lang, nenek, ayah & Aunt Shi) pun sama. Memasing tanak kalah nih. Dedua family duk sibuk prepare bebarang nak sambut baby & bebarang untuk aku berpantang.. *terharunyaaa*.. Tapi, dalam kepala aku nih masih kuat nak berpantang kat rumah sendiri dengan Mamoru kat KL nih – boleh? haha.

Anw, bila fikir-fikir balik, mungkin aku balik berpantang kat Melaka sebelum pegi ke Kuala Selangor. Bukan apa, rumah belah family Mamoru ramai lelaki. Kang takut tak selesa pulak nak breastfeed / nak berkain batik sentiasa. Lelebih lagi untuk first-timer cam aku nih – segala-galanya baru nak belajar. Kalau belah aku, ramai jugak lelaki tapi mostly semuanya muhrim – takde lah sesusah nak meng-cover sepanjang masa. Mungkin dah steady sikit, baru aku sambung berpantang kat Kuala Selangor pulak. Hati dedua pihak nak kena jaga woo..

Ok arr.. nak chalo dulu. Petang nih nak pegi makan Tako tao kat Jusco. Time kaseh kat Mamoru sebab sanggup masuk Mid Valley hanya untuk beberapa minit semata nak beli Tako tao untuk aku. Kena bayar parking lak tu.. hihihi. Aku sekarang nih makan memang ikut sedap anak tekak. Pakai sumbat segala mala makanan yang sedap-sedap selagi boleh. Mamoru pulak, duk layan kan aje.. sanggup carikan aku rambutan, manggis, durian (walaupun bukan musim sekarang nih) – apa lagi, terlebih ngengada laa aku.. hihi.

Bukan apa dik nonn.. nanti kalau dah start berpantang takde lah terkulat-kulat tengok makanan. Dapat pulakkkk taim aku berpantang nanti buat rambutan & manggis tengah ranum bergayutan kat pokok.. ohh tidaakkkkk.

4 Comments

  1. biqque said,

    >uish! nampak sgt i pun jahil. bukan pasal tak amik tau, mmg tak tau sbb tak penah lagi :Dp/s: dah riki baju untuk baby A😀 camne nak kasi nanti?

  2. mEiZ AraNda said,

    >kak ad..dekat blog ninie ada entry bout MANDY ni..tu pun dpt dari kakak office..maybe bleh tambahkan pengetahuan kite..:)kalau akak nak cari laa ye..

  3. Prof Azie said,

    >Apa yang Kak Ad pk tu memang betul. Nak berpantang ni memang banyak masalah. Tambah lagi 1st timer. Tapi utk 1st timer jangan pantang sorang2, sebab banyak benda yang kita x tau. better ada orang tua2 yang tau. Tambah lagi time2 tu nak makan nak ke toilet sume macam susah. at least kalau ada orang jaga, diaorang akan masak makan utk kita, sebab waktu tu memang x larat sangat, sebab tgh heavy bleeding n nak breastfeed baby lagi, x cukup tdo nak jaga baby yang baru lahir lagi. dan betterlah berpantang di rumah sebelah family sendri sebab kita masih dalam keadaan x selesa utk berhadapan dengan orang lain, tambah lagi kalau ipar duai banyak lelaki, kain batik duk asyik kena tukar sebab kena darah..mesti macammalu jugak walaupun benda tu normal utk orang baru lepas bersalin.

  4. Dee said,

    >mandi wiladah tu jgn lupa..byk org pompuan mandi utk nifas je..jgn dok sendiri2 di kl..ni first time..byk yg aD x tau..apa2 jd susah nanti..mamoru pun xde experiencekan..baguslah plan aD tu..gilir2..lebih adil..

Comments are closed.

%d bloggers like this: