>Panass

May 13, 2009 at 3:00 pm (Uncategorized)

>

Sejak dua menjak nih, badan aku kalis sejuk. Pasang lah aircond sampai tahap paling beku atau bubuh lah dua tiga bijik kipas dalam bilik, badan aku tetap berpeluh punya! Peningkatan hormon kut.

Kalau dulu, asal Mamoru pasang kipas lelaju dalam bilik je aku dah berselubung sorok kepala dalam quilt. Tapi sekarang nih terbalik pulak jadinya.. Quilt dah bertukar tuan pada Mamoru – dia pulak yang duk berselubung sambil menggigil-gigil tahan sejuk – sebab aku pasang 2 bijik kipas dalam bilik!!.. hihihi.

Tuu pun tak cukup sejuk dik nonn.. tidur aku tetap kepanasan. Berpeluh-peluh sampai terpaksa buka baju ok! Pelik.. pelik.. Kesian lak aku tengok Mamoru yang terpaksa berbungkus menahan sejuk.

Aku start perasan pasal nih masa pegi bercuti kat Sabah aritu. Kebetulan pulak, aircond bilik kami biol sampai terover sejuk sampai Mamoru duk merungut. Aku pulak boleh rilek tidur dalam keadaan sejuk camtu tanpa berselimut (padahal, aku jenis tak suka sejuk – aku kan ada asthma). Ajaib betul. Orang pregnant memang camnih ek?

Malam tadi aku tak dapat tidur dengan lena. Kekejap kang terjaga. Perut rasa tegang je. Asal nak tukar posisi tidur kompem rasa senak. Baby ‘A’ pulak tanak tidur. Aku kalih ke kiri / kanan, dia pun turut ikut berkalih sekali – sudahnya asyik nak terhimpap-kan dia je. Risau pulak kekalau aku terhimpit kaki dia ke apa (err ada ke kes camtu?)

Jeles ok tengok Mamoru lena kat sebelah. Rasa nak je aku kejut dia pastu merengek mengadu mengada dengan dia. Tapi tak sampai hati pulak.. Takper lah, kasi can Mamoru tidur dengan lena sekarang nih. Nanti bila baby ‘A’ dah lahir, turn dia pulak berjaga malam jaga kami dua beranak.. aci tak? hihihi.

Pagi esok aku amik cuti sekerat hari, ada check-up kat Al-Islam. Nak tau tak, sejak pregnant nih kan, persepsi aku terhadap hospital nih terus berubah tau. Aku dah tak takut jarum, tak takut makan ubat, tak takut semuanya lah (sakit bersalin? err.. tataw.. tak takut jugak kut, sebab aku mana lah tau macam mana sakit orang nak bersalin). Malah sekarang nih kan, aku jadi semakin teruja & sangat looking forward nak jumpa doktor untuk next appointment – motif? dapat tengok baby!! hihihi.

4 Comments

  1. Big Mamma Bukhari said,

    >salam ad..nice blog tau!!coretan panjang2… itulah baru dikatakan blogkan? x macam blog kak t … penuh gmbar aje.. huhu..kak t doakan u selamat bersalin ye?ingat balik sabah nak bersalin dan berpantang di sana.. berani tu naik speed boat.. mmglah u ni adventure sgt orgnya!! bagus2!! mana x si hubby x bimbang.. isteri tunggu hari je nak bersalin tu.. harus dia pegang tangan u sokmo masa bercuti tu..cantik make-up u.. kak t suka!! sekali tgk muka u mcm zizi af7 tu.. biasalah panas tu.. pembawak budak.. hehe..insya allah.. kalau ada rezeki, bertemu jugak kita..cantik hiasan rumah u!! tgk kat entry bday your hubby..rajin2 upadate blog ye! nak tahu cite terbaru u!! kak t mmg suka kalau berjalan ke blog ada tulisan panjang2 mcm ni.. bila dh baca.. rasa macam dah kenal lama orang tu.. padahal baru je kenal lagipun.. semoga hidup u bahagia bersama suami tersayang.. dan kehadiran anak sulong u nanti..next yr boleh celebrate mother’s day dah ye?? :-Ou take care ok!!:-)

  2. nURmALa mAZLan said,

    >org kata skang matahari berada betul2 di atas garisan khatulistiwa.. tu pasal la panas

  3. amal said,

    >best tao bile da ade baby…sampai lani nangis lagik kalo tringt baby kuar…..

  4. cicakuben said,

    >Panas ek ad…hri tuh eL dok ngadu yang tiap malam sejuk, malah kat opis time panas terik kat luar pun, eL siap pakai sweater 2 lapis..den satu malam tuh ibu & kaklong dok sebok crita pasal PANAS…eL pon nyampuk la, yang eL asik kedinginan je, smpai hubby marah2 sbb eL slalu padamkan kipas…so ibu cakap "ko sabar je lah, sampai satu time panas satu badan, berpeluh2 sampai 2-3x kali mandi malam2…" & now eL da terasa bahangnye, klu duk nak mndi pagi kena jerang air dlu, bl da ade water heater,asik mandi air panas je…but now,air sejuk tuh rasa tak cukup dingin, klu ble nk mandi es lagik…pembawakan org mngandung kot…ops, eL pon bakal jdik ibu jugak ujung thun ni…mngikut jejak ad..besh gitu ek..

Comments are closed.

%d bloggers like this: