>Last day @ Al-Islam

May 25, 2009 at 9:00 am (Uncategorized)

>

Duduk kat Al-Islam memang best, sangat menenangkan. Yang tak bestnya, duduk sana buat badan aku rasa lemau.. lembik.. Maklum, apa je yang boleh dibuat kat hospital selain makan, tidur.. makan, tidur?

Nasib baik ada Mamoru. Sanggup buat apa saja untuk hepikan aku. Kesian pulak kat dia, sabar je melayan karenah aku yang bebukan.

Malam pertama kat Al-Islam, aku tidur sorang. Mamoru berkeras nak dapatkan satu bilik untuk aku sorang – senang dia nak temankan aku malam tu – tapi aku refused. Mungkin sebab aku dah dapat rasakan yang aku takkan bersalin malam tu. Buat apa membazir duit upgrade bilik kalau baby ‘A’ tak lahir lagi, kan? Point asal aku nak dapatkan bilik tu semata untuk bonding dengan baby & mudahkan aku breast feed dia.

Lagipun, aku tak sanggup nak biarkan Mamoru bercengkang mata untuk aku. Seharian dia dah teman aku. Sure dia pun penat & tertekan. Pada aku, better dia rehat kat rumah. Setidaknya, boleh tidur dengan selesa. So, malam tu aku stay kat wad 4 katil (ada 2 mommies kat situ)


Pagi Jumaat, pukul 7 pagi Mamoru dah sampai hospital. Siap bawak kuih untuk aku. Risau sangat dia.


Duduk hospital tak sampai 48 jam, tapi barang-barang yang aku bawak, ngalahkan nak duduk sana seminggu!


Takde apa yang boleh dibuat kat hospital nih selain dari snap gambar sekeliling.. Nih view orang balik solat Jumaat dari tingkap sebelah katil aku. Meriah betul. Satu perkara aku perasan kat area masjid Kampung Baru nih, kebanyakan peniaga dia main tinggalkan je gerai / kedai derang bila tiba waktu solat. Tinggal tanpa berkunci ok.Tak kira lah kedai baju ke.. kedai makan ke.. atau gerai jual goreng pisang sekalipun, semua tinggal buntang camtu je bila bila tiba waktu solat. Sampai aku rasa macam berada kat tanah suci je. Kagum aku dengan peniaga kat sini.


View yang aku snap masa tengah baring atas katil.


Aku yang kebosanan.. Nih xtvt aku selama hampir 48 jam.. Aku rasa lah kan, kalau aku terus stay kat sini untuk dua tiga hari lagi.. kompem aku jadi bebetul sakit. Asyik terbaring je😦


Nih pulak xtvt di tengah malam. Layan webcam dengan Mamoru. Risau sangat dia tinggalkan aku sengsorang kat hospital. Terpaksa aku on webcam sampai ke pagi – Dia nak tengok aku tidur baru dia rasa tenang.

6 Comments

  1. mEiZ AraNda said,

    >ala sweetnyer husband n wife nie…:)take care sis…;)

  2. e.l.i.s.s.m.i.e said,

    >alahai..romantiknya part yang last tu..

  3. Cik Wanie said,

    >wah,pasangan yg romantis sgt,sgt jeles ok;)hik hik hik..bilalah wanie nak ada keluarga sendiri kan,huk huk huk..apapun take care yea:)

  4. biqque said,

    >huiyo!!! siap webcam!!! mmg korang ni cinta sejati tau😀

  5. Zana S said,

    >insya Allah..takde apa2.. jgn stress nnt baby stress takmo keluar. :Ddlm minggu nie.. pepagi jln je keliling rumah. dlm pun takpe. pastu mkn la kurma, kismis, memane yg insya Allah mengelakkan bb kuning. air kelapa?? tak amik ek? tu pun kalo amik, insya Allah, baby lahir bersih. :Dtake care n have a good rest!

  6. rynn2506 said,

    >so sweet la u guys…..

Comments are closed.

%d bloggers like this: