>38 weeks

May 28, 2009 at 4:00 pm (My Pregnancy)

>

14 hari lagi.. seronoknya!

Macam-macam cerita / info / pengalaman tentang proses bersalin yang aku dapat dari orang sekeliling. Tak terkecuali dari bloggers yang sudi tinggalkan komen kat sini. Tenkiu geng. Korang memang terbaik!.. *big hugssss*

Tadi macam biasa ada weekly check-up kat Al-Islam. Seronok!! (aperdaa.. pegi hospital pun kata seronok.. hihi). Ntah lah, aku memang suka sangat pegi sana. Mungkin sebab layanan derang best kut. Atau tak pun, sebab setiap kali aku gi sana, aku rasa macam masa untuk bertemu dengan baby ‘A’ makin dekat🙂

Tataw nak update apa tentang pregnancy nih lagi. Tunggu hari je nih. Bebila masa je aku boleh bersalin. Harapnya, jangan lah sampai lebih dari EDD. Aku tak suka kelahiran secara induce. Aku nak baby ‘A’ lahir secara normal. Semoga dimakbulkan permintaan aku nih. InsyaAllah.

Perkembangan badan aku:

Berat aku sekarang dah 48.6 kg. Berat kan? Tapi aku tak risau pun. Kalau tolak berat baby dalam perut (ohh.. si comel sekarang dah 3 kg tau), pastu tolak berat uri, cecair amniotic & pertambahan saiz ‘aset’ nih (hihihi).. berapa jerr yang tinggal kan? kan? kan? Tayah sesusah nak turunkan berat pasni.. yeyeh! suka! suka!

Perubahan lain? Takde sangat kut. Alhamdullilah, banyak dah kelonggaran yang Tuhan bagi kat aku dari awal pregnancy sampai laa sekarang. Dan aku bersyukur sesangat.

Aku bersyukur sebab aku terkecuali dari alahan morning sickness.
Aku bersyukur sebab kandungan aku takde masalah dari awal awal kehamilan sampai sekarang
Aku bersyukur sebab berat badan aku tak berlebihan
Aku bersyukur sebab terkecuali dari simptom last trimester (e.g, sakit belakang, bengkak kaki, etc)
Aku bersyukur sebab aku masih aktif, kuat berjalan & badan sentiasa rasa sihat.
Aku bersyukur sebab sampai saat nih, aku belum rasa sakitnya contraction.

Semoga proses bersalin nanti turut dipermudahkan oleh-Nya.. *aminnnn*

Oh, tadi Dr Rusila ada check bukaan kat ‘bawah’. Masih 1 cm katanya. Dia dah dapat rasa kepala baby kat bawah tu. Dia suruh aku sentiasa alert dengan tanda-tanda delivery (show, contraction, etc).

Perkembangan baby ‘A’:

Masih lagi aktif bergerak. Cuma dah tak selasak dulu. Mungkin sebab dia dah makin besar (3 kg of course lah). Jadi ruang untuk dia bergerak dalam perut nih dah semakin terbatas.

Lain-lain? Dunno. Aku dah tak boleh berfikir sangat. Tak sabar nak tatap wajah baby ‘A’ sebenarnya. Kita tunggu je lah ‘hari bertuah’ tu nanti🙂


Nih lah Dr Rusila yang akan sambut kelahiran baby ‘A’ nanti (insyaAllah). Baik Dr nih.. lembut je orangnya. Ekceli, semua doktor kat Al-Islam best-best semuanya.


Nih masa tengah check tahap oksigen yang baby ‘A’ terima. Alhamdullilah, semua nampak ok.


Teka siapa yang aku jumpa masa kat Al-Islam tadi? Gee & baby dia!! Gee dah bertudung sekarang – comel! Dia nampak sangatttt hepi lelebih lagi bila dah dapat baby.

4 Comments

  1. nURmALa mAZLan said,

    >48.6kg tu dikatakan berat?? abis tu saya ni apa lah eh?? ehehe`

  2. rose said,

    >semoga aD selamat melahirkan ye..tak sabar nak tgk baby aD..:-)

  3. rynn2506 said,

    >jgn lupe khabaran di blog jika baby A dah melihat dunia k….semoga semuanya selamat…mesti aD n mamoru dah x sbr sgt menunggu saat² manis tu kan???http://www.rynn2506.com

  4. atty's said,

    >alhamdullilah ye ad semuanya okeh..

Comments are closed.

%d bloggers like this: