>Kenduri @ Kuala Selangor

June 4, 2009 at 5:00 pm (Uncategorized)

>

Aku ingatkan, bila dah dapat MC berminggu-minggu dan dapat rehat kat rumah, boleh laa kiranya aku buat mender yang aku suka – menghadap pc & update blog. Tapiiiii… nan ado dik nonn! Penyakit malas melanda sudaa.. Bercinta betul nak membuka blog sekarang nih. Baring sambil layan tv lagi best.. hik.

Anw, korang layan kan je lah gambar kat bawah. Nih gambar weekend kat Kuala Selangor aritu. Ada kenduri tahlil dan majlis pertunangan BIL Dillah.




Kenduri tahlil nih family Mamoru buat style nasi Ambang (betul ke eja nih?) Seronok tengok cara derang prepare nasi ambang nih. Lebih seronok bila dapat makan reramai dalam dulang.




Meriah betul lauk pauk malam tu. Semua style jawa (tapi family Mamoru bukan orang jawa) – sedapppppp!!!




Nih la rupa nasi ambang.. penuh dengan lauk!




Tak banyak snap gambar tetamu. Nih pun saper tah tolong snap kan. Kat serambi semuanya lelaki. Malu arr nak naik atas rumah amik gambar.




Nih pulak.. gambar masa tengah siapkan sirih junjung untuk majlis pertunangan BIL aku




Barisan hantaran yang dah disiapkan. 




Rombongan ke rumah bakal pengantin (kampung sebelah je.. hik). Aku pun gedik nak tolong bawak hantaran. Padahal tak larat dah taim tu – panass woh.


 

Sessi merisik & bertunang. Kejap je punn sesi soal-jawab nya. InsyaAllah, kalau takde aral, lepas raya nanti derang buat kenduri kahwin pulak🙂




BIL Dillah & Seri.. tahniah korang!!




Nak interprem jugak.. me & nenek Mamoru (tudung putih) dan adik kepada nenek Mamoru (tudung kuning). Comel sangat nenek-nenek aku nih🙂

2 Comments

  1. biqque said,

    >eh! muka adik nenek mamoru tu macam mbah wedok si elly! (kawan i, kampung dia kat sekinchan).u ni tunggu hari, masih selamba je jalan ek…haha!

  2. atty's said,

    >sedapnya nasi ambang..

Comments are closed.

%d bloggers like this: