>Anugerah terindah

June 20, 2009 at 12:15 pm (My precious Ariff)

>

Assalamualaikum.

Peliknya perasaan ketika menulis kali nih, baru bagi salam dah terasa sebak nak menangis pula.. *tarik nafas*..

Alhamdullilah, syukur. Aku sekarang nih dah pun berada di KL semula setelah dua minggu berpantang di rumah nenek Melaka.

Terlalu banyak perkara baru yang membuka mata hati dan mengubah persepsi aku mengenai kehidupan.. antara yang terpenting sekali, kelahiran baby Ariff yang sangat ditunggu.. kasih sayang yang tak berbelah bagi dari seorang suami.. dan jasa budi seorang nenek yang tak mungkin aku lupakan selagi hayat dikandung badan. InsyaAllah, ada masa nanti aku ceritakan semuanya kat sini.

Ada satu perkara yang aku nak kongsikan di sini.. tentang putera kesayangan kami. Mungkin perkara nih satu kebetulan atau mungkin juga mengandungi maksud yang tersirat untuk difikir dan difahami oleh keluarga kecil kami.. wallahualam.

Ariff Fadzillah Bin Noor Fadzillah.. baru dua minggu usia dia ketika gambar ini di ambil. Perhatikan kalimah yang terbentuk ditelinganya. Kalau tak disebabkan mak saudara aku menegur, aku sendiri pun tak perasan tentang nih. Kata Mamoru, dari awal lagi dia dah perasan tentang kalimah tu cuma dia tak berani nak beritahu sesiapa. Takut tersilap pandang katanya.


Close-up cuping telinga Ariff.. *subhanallah*

8 Comments

  1. arnamee said,

    >Salam..^_^subhanallah:)

  2. biqque said,

    >okeh! alamat sudah diterima, roger! kasi delete itu comment pun takpa 😀

  3. cicakuben said,

    >Allah Maha Besar…Subhanallah…

  4. e.l.i.s.s.m.i.e said,

    >Subhanallah..semoga baby ariff jadik anak yang soleh 😀

  5. Dee said,

    >Allah Maha Besar…Subhanallah..

  6. rynn2506 said,

    >alhamdulillah aD, bkn semua org dpt kalimah tu…n kalimah itu adelah kalimah Allah SWT yg x ternilai….semoga baby Ariff mjadi anak yg Soleh….AMIN~~http://www.rynn2506.com

  7. mOlliE said,

    >salam…hai kak ad..:) ok k pggl kak ni..?suka baca blog akak..u have a nice famly…arif just like my little bro's name.:)

  8. bluefroggie said,

    >cik ad, tahniah dapat baby ariff dan semoga menjadi anak yang soleh 🙂 amin…

Comments are closed.

%d bloggers like this: