>Me and my men

July 2, 2009 at 2:00 pm (My precious Ariff)

>

Finally.. I got the chance to upload this entry. Seriously I don’t’ have enough time to jot down anything in here (not to mention how bad the internet connection lately) Believe me, I have to compose this entry in Microsoft Word before I could get it published (took me days to come out with this one okeh) To make things worst, I’m sucks at Office 2007 (I’m using my sis notebook ) I love the 2003 better.. haha I know agak ketinggalan – but who cares, I’m no IT-freak, besides, I don’t think there’s any urgency to change it.

Anw, here’s some of my drafted story. Will upload the rest later. My little Ariff already making that cute sound – Need to breastfeed him before he starts crying.. daa..

Ohh oh, one more thing.. I would like to thank my beloved Mamoru for updating this blog on my behalf.. *that’s very thoughtful of you my love.. thanks*

***************************************



My precious Ariff

Hampir sebulan umur dia sekarang (26 days today, precisely). Cepat betul masa berlalu. Sampai aku dah lupa langsung rasa sakit masa bersalin – rasa macam aku tak pernah lalui semua tu – rasa macam aku tak pernah pregnant – rasa macam little Ariff pop out from nowhere dan tiba-tiba je ada depan mata aku.. serious.

Setakat nih kesihatan Ariff amat memuaskan. Senang nak jaga. Awalnya aku takut juga kalau dia kena jaundice. Tapi Alhamdulillah, langsung tak ada. Mungkin sebab aku managed breastfeed Ariff sejak hari pertama dia lahir atau mungkin sebab corak pemakanan yang aku ambil masa pregnant dulu.. who knows kan? Moral of the story, makan makanan yang variety masa pregnant. Banyakkan makan buah.

Aku tak sure lagi rupa Ariff ikut siapa. Terlalu awal nak predict. Muka Ariff pula semakin hari semakin berubah. E.g., bulu mata Ariff, mula-mula hari tu aku tengok lurus dan pendek, sekarang dah semakin panjang dan melentik. Cepat betul bayi berubah kan? Mengagumkan. Satu perkara yang aku pasti, my Ariff nih tinggi orangnya. Even doctor yang sambut kelahiran Ariff hari tu pun cakap ketinggian Ariff nih lebih dari tinggi average untuk newborn. Ini mungkin ada kaitan dengan genetic Mamoru (tapi Mamoru pun bukan lah tinggi sangat).. atau sebab aku duk pulun makanan bergandum masa pregnant kut – ada kemungkinan juga tu.



Me.. me.. me

I’m a mummy now. Rasanya dah complete hidup aku sebagai seorang perempuan. Syukur sangat bila doa aku nak dapat anak sebelum umur aku cecah 30 tahun dah dimakbulkan Tuhan – alhamdullilah. Tinggal beberapa hari je lagi untuk aku tinggalkan umur 20-an nih untuk satu lagi fasa kehidupan yang lebih menarik – cant wait!

Oh, baru aku perasan, gambar aku lepas bersalin nih agak kurang kat sini. Sory, sory. Bukan tak nak upload, tapi segan lah nak letak gambar berkain batik dengan rambut ala samurai dan dahi bertepek pilis (or param? Confused).

Wish aku boleh update tentang berat badan aku sekarang, tapi since rumah aku nih tak ada mesin penimbang, let’s just wait sampai aku jumpa doctor minggu depan. Tak tau kenapa Dr. Rusila set kan tarikh appointment untuk aku – nak tengok perkembangan aku kut or tak pun nak tengok jahitan episiotomy kut. Rasanya tak ada apa yang nak dirisaukan. Semuanya dah pulih seperti biasa. Hardly to see any changes ‘down there’. Credit to Dr Rusila – betul cakap Gee, jahitan dia kemas dan sempurna. Even bidan kampung yang datang lawat aku masa berpantang kat Melaka pun impressed.

Antara perkara lain yang buat aku hepi, perut aku tak ada stretch mark – langsung tak ada – amazing kan? Mula-mula hari tu aku bajet confirm perut aku berjalur-jalur sebab minggu-minggu last pregnancy, tangan aku memang tak henti menggaru perut – serious gatal. Tapi takde lah garu pakai kuku. Aku guna sikat, atau remote tv (haha) tak pun garu beralas baju. Sampai merah-merah jugak lah perut nih aku garu. Tapi lepas tu, aku sapu minyak zaitun.. tak pun, sapu losyen baby Pureen. Dan paling penting, perut aku dah kembali flat (thanks to nenek yang ikat bengkung aku ketat gila sampai aku susah nak bernafas.. hik).Sekarang dah tak ada lebihan lemak atau perut menggeleber macam hari first aku lahirkan Ariff. Huh, serious ngeri tengok perut sendiri taim tu ok.

Jamu? Oh no no no.. Aku buka jenis orang yang suka makan ubat / jamu.. *eww geli*.. Aku lebih rela jaga badan dengan aktif bersukan (outdoor xtvts) dan makan mender berkhasiat (buah especially). Tak sabar nak habiskan tempoh berpantang nih. Aku nak pergi jogging!

Bercakap pasal pantang, sure ada yang tak percaya kalau aku cakap, aku tak macam orang berpantang langsung. Takde maknanya makan ikan bilis goreng lada hitam (no way!) Apa orang sihat makan, itu lah yang aku makan. Buah pun sama. Be it rambutan, durian, dokong, semua aku telan. Dont get offended okeh, sebenarnya aku dah almost set kepala nih untuk makan makanan orang berpantang tapi since nenek (kat Melaka) tak bagi aku terlalu ikut pantang larang dulu kala, apalagi kan, berjoget agogo la aku. Sallute kat nenek, open minded sungguh! Betul juga cakap nenek, makan je apa yang nak dimakan, asalkan mender tu berkhasiat.



Mamoru

He’s the best. Sentiasa utamakan perasaan & keperluan aku dan little Ariff. Kengkadang aku rasa macam aku ambil kesempatan pulak atas kebaikan dia.. haha. Esp, bila aku stress dan masa aku down sebab baby blues aritu.

Mamoru tak pernah rasa geli / takut / mengeluh masa minggu pertama dia jaga aku lepas keluar hospital. Setiap kali aku nak ke toilet, dia teman sampai ke dalam (dan sanggup menghadap aku buang air – dia langsung tak kisah bila terpaksa hidu bau darah yang hanyir). Even nak bersihkan kawasan jahitan pun dia tolong tanpa banyak soal. Sampai aku naik segan dibuatnya (biarpun dia suami sendiri).

Ada satu hari tu, masa baru sampai KL dari Melaka, aku menangis macam aper je sebab rindu kat nenek (boleh?). Pada hal aku beria nak balik KL sebab aku rindu kat Mamoru. Lama gila aku menangis sampai aku tak hiraukan little Ariff & Mamoru. Even Mamoru pujuk aku banyak kali pun tak jalan jugak. Not until aku realize yang aku dah buat Mamoru kecik hati sebab supposed aku hepi bila dapat spend masa sesama kat rumah kami. Lagipun, bukan ke dia yang aku rindu selama aku kat kampung. Bila fikirkan balik, aku sendiri pun pelik. Why on earth aku boleh fikir yang aku perlukan nenek lebih dari aku perlukan Mamoru? Geez.. its not like aku close dengan nenek sebelum ni. Blame it to the baby blues again. Urgh..

Here’s some recent photo of three of us.. enjoy🙂




We’re getting better at this. Mandikan Ariff takde lah susah sangat. He’s a good boy. Suka main air. Langsung tak nangis bila kena rendam.



Little Ariff mandi 2 kali sehari.. Pukul 7.00 pagi sekali dan pukul 6.00 petang sekali



Lepas mandikan Ariff, aku cecepat peluk dia – takut dia sejuk. Aku tak kisah baju aku basah. Setakat kena ‘pancut’ dengan Ariff.. aku dah lali.. haha.



I just can’t stop kissing him!!.. *xoxoxo*.. Sayang anak Mummy!



So sweettt… Daddy loves you too Ariff!



Isn’t he adorable.. awww…

9 Comments

  1. e.l.i.s.s.m.i.e said,

    >alaa cutenya little handsome boy!

  2. Ely Hasrul said,

    >alaaa nak nangis tgk ariff..tingat time sami kecik2 dulu huwaaaaa

  3. biqque said,

    >haah muka dia berubah2! comelllll!

  4. cicakuben said,

    >wow…amazing!!!

  5. Cik_daya said,

    >besar nanti mesti handsome.. Tahniag dah bergelar ibu dan ayah..

  6. suezety said,

    >ni barulah sesuai dinamakan.. amazing_ad..🙂 kiss him for me ok!

  7. Mel Addlan said,

    >btul la aD, mmg nmpk panjang je badan baby Ariff. dh bsr nnt, tinggi tu..

  8. Sofia Shukri said,

    >HAI…tahniah dah jadi ibu dan ayah..kalau tak silap bb ariff dah 4 minggu kan…seminggu awal dari my baby…

  9. rynn2506 said,

    >heheh..sonotnye baca citer u guys ngan ariff….cam x sbr pulak nak tgu my turn..!!!http://www.rynn2506.com

Comments are closed.

%d bloggers like this: