>Check up

July 7, 2009 at 12:00 pm (My precious Ariff)

>

Nih gambar masa pergi Al-Islam. Little Ariff ada appointment dengan paed. Aku pulak ada appointment dengan Dr Rusila.

Guess berapa berat aku sekarang? Ok, aku kasi clue, berat aku masa memula aku dapat tau aku pregnant – 37 kg. Berat aku masa dua hari sebelum aku lahirkan Ariff – 50 kg.. so, tekalah? Hehe.. tayah sesusah teka, sebab aku dengan excited nya nak kasitau berat aku sekarang adalah 39 kg!! Yey!

Kembang kempis hidung aku bila Dr Rusila cakap aku macam orang yang tak pernah bersalin sebab badan aku kempis right away lepas lahirkan Ariff – even stretchmark pun takde.. *alhamdullilah*.. Doktor siap suruh aku tambah berat badan sebab underweight.. haha.

Oh.. next month kena pergi Al-Islam lagi. Dr Rusila cakap dia nak discuss pasal family planning & nak buat ujian pap smear. Tergelak aku tau. Bukan pasal pap smear tapi pasal ‘family planning’. Aku tak berhasrat nak plan apa-apa. Kalau dah rezeki nak dapat anak lagi dalam jangka terdekat, aku terima dengan gembiranya. Dalam usia aku yang bakal menjangkau 30 tahun (next week!), aku tak boleh tangguh lama sangat. Aku ada tempoh beberapa tahun je lagi untuk pregnant sebelum umur aku cecah 35. Hmm.. sempat ke aku tambah 4 orang lagi nih??


With little Ariff yang lena dalam pelukan aku sepanjang kami kat Al-Islam.


Senyap je Ariff masa kena check dengan doktor. Nangis pun sekejap je masa kena inject (Hepatitis B untuk kali kedua) – nangis sebab terkejut. Alhamdullilah, dia tak demam lepas kena inject. Good boy!


Berat Ariff sekarang 4.96 kg (masa dia genap sebulan aritu).


Nih pulak masa kami kat JPN Maju Junction – kami register kelahiran Ariff. Yep, kami lambat daftar, so kena denda lima ringgit.. hihi. Bangga ok bila dah dapat sijil kelahiran dia. Mykid pulak kena tunggu sebulan baru dapat🙂


Ohh.. nak share gambar ni juga – nih minyak zaitun yang aku guna untuk elak dari strechmark. Berkesan tau. Aku beli kat SACC Mall (booth area ground floor). Try lah.

9 Comments

  1. e.l.i.s.s.m.i.e said,

    >alahai..syoknya…kurus keding😛

  2. rose said,

    >wah..dah sebulan..tak sedar kan..cepat masa berlalu…kene g cari ni minyak zaitun tu..tp tula..aD lambt benor tunjuk..strechmark org mcm obvious sgt skang..mesti susah nakilang..org guna minyak zaitun biasa je…:-)

  3. rynn2506 said,

    >huih..mmg pon badan aD cam org x penah preg pon…syoknye….bertuah badan….baby ariff yg betambah berat bdnnye ye…??good 4 him…syoknye aD leh jln² merata ms dlm pantang…kalo mak kite tu dah bebel 1 dunia dah….takut bentan!!!

  4. kabussenja said,

    >nak cukupkan 4org, setahun sorang sempat la… pastu dah boleh 'berehat' pnjang heee…

  5. i.z.m.a said,

    >tahniah! i'm following ur blogs since u masih awal pregnant. skang dah pun bergelar mummy. moga² tercapai la hasrat nak dapatkan lagi 4 tu ye!! hehehehe

  6. biqque said,

    >aD, dah dpt ke barang tu? risau plak i u tak dpt😀

  7. Elyn said,

    >jeles la ngan kamu AD….. kuwus cam dedule lai!!!

  8. Dee said,

    >setiap kali bb injet..balik terus je bg ubat demam tau..mmg baby xkan demam..insyaallah..

  9. Signorina Syima said,

    >kak.. untuk strecth mark sebab gemok berkesan jugak tak???

Comments are closed.

%d bloggers like this: