>Its been a while, kan?

July 25, 2009 at 9:19 pm (My precious Ariff)

>

Baru ada masa nak update blog.

Sebelum bersalin aritu, aku ingat cuti dua bulan boleh lah rilek kat rumah dengan baby sambil update update perkembangan baby kat sini. Tapi aduyai, berangan je lah jawabnya.

Tinggal dua minggu je lagi cuti bersalin aku. Malasnya nak start keje. Mulut dah gatal suarakan hasrat nak jadi surirumah sepenuh masa. Mamoru ‘ok’ je.. tapi nanti lah – sekarang bukan masanya – soon, ya Mamoru sayang? – SOON, insyaAllah.

Aku ada buat iklan cari pengasuh untuk jaga little Ariff. Ramai jugak yang call offer kan diri, tapi rasanya aku pilih akak yang duduk kat tingkat atas apartment nih. Dia surirumah sepenuh masa. Selain anak dia yang baru berumur setahun, dia cuma jaga sorang budak 2 tahun je. Kira ok lah kan? Aku memang cari pengasuh yang tak jaga terlalu ramai budak. Bukan apa, takut Ariff tak dapat perhatian yang sewajarnya.

Oh, bercakap pasal Ariff. Lupa nak update cerita tentang Ariff kena admitted aritu. First time jadi mummy memang agak kelam kabut jugak lah. Banyak benda yang aku tak tahu (dan perlu amik tahu). Jadi bila apa-apa jadi pada Ariff, biarpun benda tu kecil, aku cepat panik, esp bila masuk bab-bab hospitalize nih.

Ariff kena admitted sebab ruam kat kaki & tangan dia. Ruam tu buat suhu badan dia naik mendadak. Doktor sendiri tak dapat nak pastikan jenis penyakit Ariff – tu yang kena admitted. Terkejut ok bila jadi macam nih. Being me yang cepat panik (only perkara yang membabitkan Ariff), aku memang tak ready (mentally) berhadapan dengan situasi macam nih. Sampaikan aku boleh menangis macam aper je bila doktor cucuk tangan Ariff untuk amik sample darah. Hilang rasa malu bila semua orang dalam ward kanak-kanak tu tengok aku menangis! *Maluuu*

Bermalam di wad kanak-kanak HUKM bukan perkara yang menyeronokkan. Buat hati aku tak tenteram sentiasa. Setiap masa mesti terdengar baby menangis menahan sakit – sedih ok. Nasib baik Ariff lena sepanjang masa, alhamdullilah.

Sehari je aku & Ariff tidur dalam ward. Esoknya aku paksa Mamoru keluarkan kami berdua. Aku suruh Mamoru minta doktor kat situ buat surat untuk kami refer pada hospital Al-Islam.

Masa kat ward tu, sempat jugak lah aku beramah-tamah dengan sorang akak yang temankan anak dia kat situ. Err, ekceli akak tu yang beramah-tamah dengan aku. Aku tak berjalan langsung dalam ward tu sebab:

  • Aku tanak tinggalkan Ariff
  • Aku tak sanggup nak tengok, apatah lagi nak tanya jenis penyakit kanak-kanak lain kat situ
  • Aku dalam keadaan emosi tak stabil – tak ready nak berbual dengan sesiapa pun

Akak tu datang berbual dengan aku semata nak luahkan rasa tak puas hati dia terhadap doktor kat situ. Kata akak tu, baby dia jadi trauma teruk sampai menangis macam orang kena histeria setiapkali orang datang ke katil dia. Baby akak tu baby boy – dia ada penyakit buah pinggang sejak dia dalam perut lagi. So, doktor terpaksa amik contoh urine dia untuk hantar ke lab. Ngeri aku dengar cara doktor amik sample urine dari baby dia – doktor masukkan tiub melalui penis dia yang kecil tu! Sure sakit ok! Peliknya, doktor kat situ amik sample urine tu sampai 3 kali (3 hari yang berbeza – dengan alasan sample yang terdahulu dah expired – means, 3 kali jugak lah baby tu tahan sakit bila saluran tiub dimasukkan dalam penis dia! *fuhh.. bayangkan lah baby sekecil tu). No wonder lah baby akak tu histeria bila nampak doktor (atau sesiapa pun) datang dekat dia.

Kebetulan pulak, pagi tu ada sekumpulan doktor pelatih dengan mentor derang datang jenguk Ariff (sepanjang kat sana memang setiap jam kena kacau dengan doktor pelatih – salah satu sebab aku nak tukar hospital). Lepas derang bincang sesama derang & belek-belek badan Ariff, doktor yang lead semua pelatih kat situ cakap satu perkara yang buat aku bertekak dengan dia:

Doktor India: “Your baby’s blood seems ok. No infection. We need to get your baby’s urine sample today”

(OK, aku dah start terbayangkan cerita akak mlm tadi tentang anak dia yang histeria tu – dalam masa yang sama aku cuba cool kan diri sendiri)

Aku: “How’re you going to do that?” (saja tanya, padahal aku dah tahu)
Doktor India: “Well, we will insert this very small tube inside his penis to take it.”
Aku: “But that will hurt him, right?”
Doktor India: “A little. It’s just like yesterday, when we took your baby’s blood sample.”

(Huh, ingat amik sample darah tu tak sakit gamaknya – tak sanggup aku dengar Ariff menjerit – apatah lagi nak membayangkan tiub kecik tu dimasukkan dalam penis dia – he’s just a baby for god sake!)

Aku: “Is there any other way to do it?”
Doktor India: (Sambil tergelak depan pelatih-pelatih dia) “Maybe you can try to catch it using a cup” (Sambung gelak lagi)
Aku: “I’ll do that.”
Doktor India: (Terkejut) “It’s going to take some time for that, you know. Its not easy to.. “
Aku: “I’ll send you the sample as soon as I get it”

Aku memang serious taim tu. Gila protective aku nih kan? No way aku nak tengok Ariff menangis lagi. Selagi ada cara yang tak perlu jarum / menyakitkan, aku sanggup ambil peluang demi Ariff. Bila doktor & semua pelatih dia pergi, aku suruh Mamoru minta bekas untuk isi sample urine dari nurse kat situ. Aku buka pampers Ariff – letakkan bekas tu kat penis dia – tunggu dia kencing. Susah jugak ok nak dapatkan sample urine dengan cara nih, esp, bila Ariff bergerak-gerak. Ada lah setengah jam menunggu baru lah dapat sample tu. Menjerit hepi aku bila Mamoru tunjukkan bekas yang penuh berisi urine Ariff – huhuhuh, seumur hidup aku belum penah lagi aku buang tebiat duk meloncat hepi bila dapat tengok urine.. tsskkk. Apa pun, aku bersyukur Ariff terselamat dari melalui proses yang menyakitkan.

Banyak nak cerita sebenarnya, tentang Ariff kena chicken pox seminggu lepas ruam tu sembuh, tentang aku yang panik sampai dua hari berturut aku pegi Al-Islam pasal chicken pox nih, etc. Tapi, nenanti lah. Nak entertain Ariff dulu. Oh, btw, Ariff kena chicken pox tak sampai 4 hari (syukur Alhamdullilah). In the mean time, layan kan gambar masa ariff kena admitted aritu.


Poor baby.. mummy love you, sayang.


Muka aku tanpa mekap & tak mandi hampir 24 jam. Risau beb.


Aku tak suka benda yang melekat kat tangan Ariff tu. Rasa nak nangis je bila tengok.


Alhamdullilah, Ariff dah ok sekarang nih. Sihat macam biasa.

p/s: Takziah untuk Ryn & baby Ryan. Syukur sangat korang satu family terselamat dari kemalangan tu. You menang tabah lah Ryn. If I kat tempat you (nauzubillahminzalik), tataw lah macam mana.

p/p/s: Terima kasih for the birthday wishes (and thanks Mamoru for the update).. Love you all!!.. ahaha dah 30 dah aku ek?

10 Comments

  1. yani said,

    >Assalamualaikum,I've started reading your blog about a few months back and am happy to know that you have safely delivered your baby (cute). Cuma hari ni terpanggil nak tinggalkan comment.Good for you for not letting those docs to get the urine sample the way that they wanted to (easy for them , tough for us n the baby of course) Bila I baca your entry about that kakak n her son..terkejut betul. Bukannya tak de cara lain utk collect urine sample for babbies,well aside from you way lah. I had to collect my son's urine and stool sample when he was 4 months old too but kat sini they provide me with a tiny bag that you can tape (gently of course) around his penis and he would wear the diaper like usual..and even his stool sample pun they only asked me to line his diaper with saran wrap je so that the stool tak kena dengan the diaper..and I got to do it at home at my own pace n my baby's. i am glad that you did not get intimidated with the docs. All I can say to you is to make sure you ask for different opinion n read a lot of book or research from the internet if you tak puas hati dengan certain diagnoses…n follow your heart as a mother..remember knowledge is power !!!! yani

  2. aD said,

    >ws yani,thanks sebab sudi jenguk saya disini. u're right, knowledge is power. better be prepared next time. i dah agak memang sentiasa ada alternatif lain untuk buat setiap prosedur, cuma tak diberi pilihan. bukan ke sepatutnya doc kat situ explain tentang option lain yg ada instead of kita sendiri bertanya – coz kita, esp org yg buta medic mcm i nih, mana lah tau mender2 gini, kan?

  3. Signorina Syima said,

    >ye kak… doktor skang nak senang keje je… kang kalau luka kat penis tu susah nak sembuh diaorang auta benda lain plak… nanti kalau sy ada anak sy berguru dgn akak juga la… hehehehesy tak suka tgk orang atau baby yg dilekat2 tiub….sedih..

  4. Ely Hasrul said,

    >gile ah 1st time dgr amik urine cmtu gaya.. penah skalik i ngadu kt paed sami ckp sami macam kurang kencing. paed dia kata sume ok tp kalu risau bleh check urine. patu direct aje paed sami pasangkan urine bag kt penis dia patu pakaikn diaper balik. patu xdek ape tunggu aje smpai dia kencing.. huh ape ke tak effective cara dokter tuh.. dh la mein gelak2 ngan pelatih. this is the main reason kitorg tak g gomen hospital nih. terlalu byk bende dorg nk buat smpai xpikir cara terbaik. malas la tuh nk tunggu eeeeiii geram!..

  5. amal said,

    >hi..ad..sorry 4 your baby illnes…make sure u read the books about baby…byk perkara pasal baby ni,kalo u nak tau…it's fun to read about them..ok..coa..

  6. biqque said,

    >ok…that was so ridiculous! mcm siksa baby tu je weh! eeeiiiii scary! scary lahhhhhh!i tak suka doc pelatih…sebab diorang akan test mcm2…too many bad experience la dgn diorang ni…anyway, glad to hear that little ariff dah sembuh dari segala cubaan dan dugaan…semoga dia cepat besar! aminnnnn!

  7. rynn2506 said,

    >ish..bengang tul ngan cara doc tu nak mudahkaje dorg….igt anak patung ke….siap leh gelak² plak tu..menyirap plak kite baca aD…anyway, hopefully pasnih ariff akan sentiasa sihat selalu ye..xmo risaukan mummy n daddy lg k ariff….

  8. GreenJade said,

    >tks aD sudi share de info..lucky u r very smart mama asked 4 another option..otherwise tat doc juz simply wit his way..syukur bb u dh sihat skg…mmuah 4 him🙂

  9. Beautiful Disaster said,

    >ad, thanx a lot. i kene tabah untuk ryan. kalo tak, ntahlah. neway, memang hospital gomen camtu. masa eksiden tu, ada ke dia bagi doc yang baru hari pertama start keje sebagai doc utk handle kes ryan yang kronik. sbb die surgical kes. aiyoo. bile nk mintak transfer ke hospital swasta dia kata "bwk balik ur baby dengan kepala tak berjahit and semuanya atas risiko u" mcm manalah nak bawak balik kalo die da ckp mcm tu kan. ish!

  10. Elyn said,

    >alhamdullillah ur baby Ariff dh ok…. hmm kalo cite bab sepital ni. hati mmg luluh tgk anak sendiri menangis kesakitan. masa wafiq kecik aritu, pernah srg nurse ni nk amik sample darah x jumpe urat. melalak2 la anak aku. end up aku ckp x payah buat. cari alternative lain. so AD u mmg superb mum!!!

Comments are closed.

%d bloggers like this: