>Sebak

August 5, 2009 at 9:45 am (My precious Ariff)

>

Aku sedih.

Tsk..

Tsskk..

Tssssskkkk..

Ya Tuhan, tak mampu rasanya nak bendung perasaan ni. Aku rindukan Ariff!!

Hari nih hari pertama aku hantar Ariff ke rumah pengasuh dia. Errr, tak. Incik Mamoru yang hantar Ariff sebenarnya. Kalau aku yang pegi menghantar… alamatnya, ada yang patah balik nanti. Tak sanggup ok.Tak jauh pun rumah pengasuh tu, kat tingkat atas apartment aku je. Tapiiiii.. cukup jauh untuk buat aku resah gelisah & tak tentu arah (macam aper je kan?)

Memacam mender negatif aku duk fikir dalam kepala nih:

A – Pengasuh tu bawak lari Ariff jauh dari aku

B- Pengasuh tu berkasar dengan Ariff

C, D, E, F, etc, etc.. Ohh.. aku dah tak dapat berfikir dengan waras lagi dah.. (sila jangan layan kepala aku yang tengah mengong nih. Saat camnih aku memang suka exaggerate lelebih)

Tak sabar nak tunggu pukul 12 tengahari. Aku janji dengan akak tu nak ambil Ariff pukul 12 nanti. Cukup laa kan untuk hari pertama.

p/s: Oh, ada gud news juga. Aku dapat cek dari nuffnang untuk kali ke.. err.. aku lost track lah. Dalam akaun nuffnang pun ada lagi yang aku belum cash kan. Makin tetap income aku dari Nuffnang sekarang. Tapi baru tahap ratus-ratus je lah.. hihi. Alhamdullilah rezeki Ariff. Nanti, aku transfer dalam akaun Ariff je. Biar bertambah-tambah duit dia. Untuk kegunaan masa depan.

4 Comments

  1. CuppyCakeMommy said,

    >hi..i love reading ur blog..our baby lebih kurang je umur dia..nk tanya ni camne nak dpt income ratus2 from nuffnang eh..my acc baru ada rm10 je..visitor dah dekat 2k..leh ajar tak?

  2. Elyn said,

    >owh dh anta ariff pi umah BS ek…. ehm 1st time mmg camtu perasaan die AD so….. layan kan je la….

  3. mEiZ SHA said,

    >wowcemana nak chek nuffnag tu kak?

  4. aD said,

    >cuppycakemommy: senang je wak, yang penting, attract visitor masuk page kita. bila ramai orang masuk, income pun bertambah. cara nak create traffic senang je, kita masuk blog orang, create kawan bebanyak.. macam sekarang ni:)elyn: tak tahan.. tak tahan.. sabar ku tak tertahan dengan dirimu perawan.. hihiimiez sha: nuffnang tu kena daftar dulu. gi kat site dia pastu create akaun nuffnang. ikut step by step. nanti boleh generate incomeđŸ™‚

Comments are closed.

%d bloggers like this: