>Perkembangan Ariff

August 10, 2009 at 2:00 pm (My precious Ariff)

>

Semalam aku & Mamoru bawak Ariff pergi Al-Islam untuk dapatkan imunisasi bulan kedua. Kesian Ariff kena inject kat montot. Tapi Ariff kuat. Tak nangis pun – cuma sedikit terkejut je masa kena cucuk.. *sayangg anak mummy!*

Oh, masa jumpa paed tu, dia ada tanya kekalau aku nak amik extra imunisasi plan untuk Ariff. Aku lupa arr nama injection tu. Yang aku ingat, suntikkan tu untuk mencegah 5 jenis penyakit bahaya yang selalu kena kat baby, antaranya Meningitis (bahaya woo penyakit nih – boleh sebabkan fatal ok). Harga suntikan nih dalam RM 300++. Mamoru dah setuju nak amik, tapi aku minta tangguh sebab tak sanggup nak tengok Ariff kena inject 2 kali semalam. So, lagi dua minggu kami akan bawa Ariff pergi Al-Islam lagi untuk dapatkan plan imunisasi nih pulak.

Lepas kena inject, kami bawak Ariff jenjalan kat Mid Valley. Daddy dia janji nak beli toy baru kalau Ariff kena inject.. hihi. Seronok sangat berjalan semalam sebab Ariff sangattttt baik dan langsung tak meragam.

Balik dari Mid Valley, aku pulak yang rasa nak tumbang. Tekak rasa sakit macam nak demam. Dan dan tu jugak aku telan ubat batuk (kagum ok, padahal sebelum nih aku penakut makan ubat). Aku tanak demam sebenarnya. Takut nanti berjangkit kat Ariff. Lepas makan ubat, terus terlelap. Kuat betul kesan ubat batuk tu.

Lewat petang, aku terjaga bila dengar Ariff menjerit. Ya Tuhan, kuat betul suara dia. Panik aku dibuatnya. Aku bangun dalam keadaan mamai – kesan ubat tak hilang lagi. Rasa nak jatuh je bila aku dukung Ariff. Kesian Mamoru handle Ariff sengsorang. Tapi, Mamoru memang hebat! Dia berjaya tenangkan Ariff.. *clap-clap*

Rupanya Ariff meragam sebab muntot dia bengkak. Memang kelam kabut aku semalam. Buntu beb. Kagum aku bila Mamoru berjaya cari jalan untuk tidurkan Ariff dengan cara meniarapkan dia (sebelum nih kami tak pernah tidurkan Ariff camtu). Lena betul Ariff tidur (aku & Mamoru je lah yang tak lena sebab kena sentiasa cek Ariff – takut dia suffocate).


Ariff masa kat Al-Islam semalam. Gambar guna hp je. Bateri kamera habis 😦

Perkembangan Ariff:

Baru lahir
Berat: 3.69 kg
Tinggi: 55 cm

1 Bulan
Berat: 4.9 kg
Tinggi: 58 cm

2 bulan
Berat: 6.0 kg
Tinggi: 63 cm

See.. my little Ariff memang tinggi orangnya nanti. Even baju yang Ariff pakai sekarang pun untuk baby 12 months ke atas. Ramai tau yang confuse ingat Ariff dah berusia 5 / 6 bulan.

Advertisements

6 Comments

  1. MuMMy 2 Haqq said,

    >uishh..mmg tgi tu..

  2. wina said,

    >budak lelaki mmg lg berat kn? my kira bru 6.3kg at 4 months..neways alhamdulilah ariff sehat aje

  3. Prof Azie said,

    >kak ad kalau nak ilang kan bengkak kat montot tu bula kena inject lagi nanti, sapu sket minyak yuyi kat situ lepas balik umah. then untuk elakkan dia demam, bila balik je lepas kena inject, bagi ubat demam utk baby. setakat ni zahra tak pernah lagi macam tu lepas injection.

  4. biqque said,

    >its good utk tidorkan baby dgn meniarap…bagus utk perkembangan otak…mmg proven…so teruskan :Dhaaaa…lagi cepatla ariff leh pakai set jeans tuuuuu hehe!

  5. Beautiful Disaster said,

    >setuju dgn zahra. balik jer rumah terus bagi ubat demam. tapi ryan injek dekat peha. tak pulak kena kat bontot. hehe. owh, yang plan imunisasi tu i think DTP, Polio injection. Ryan dah amik dah. ade 3 dosage. meaning 3 kali injek. sekali sebulan. kalo xsilap yang itu la.

  6. aD said,

    >mummy to haqq: kannnn?wina: oo baby boy mmg berat ek? ok ok :)prof azie: tenkiu atas tips, will keep in mind pasnih.. hihibiqque: nanti ad pakai kan.. kena buat sesi photoshoot atas motor nih, baru real.. heheryn, mukan yang tu. nanti ad cek ek

Comments are closed.

%d bloggers like this: