>Ariff & Onyang

August 24, 2009 at 9:00 am (My precious Ariff)

>

Hari ni 3 Ramadhan 1430 Hijrah. Sekejapnya.. rasa macam tak nak je Ramadhan nih berlalu dengan cepat.

Seronok sangat Ramadhan tahun nih bila dapat sambut dengan kehadiran orang baru. Bila tengok balik nikmat & kegembiraan yang Tuhan berikan dalam hidup aku, rasa bersyukur sesangat. Agaknya nih lah orang kata nikmat hidup berkeluarga. Setiap tahun ada je kejutan yang menggembirakan.. *alhamdulilah*

Hari pertama puasa Ariff yang kejutkan kami. Dia pun sibuk nak join bersahur sekali. Kelakar sangat.

Korang tau tak, aku tak pernah tahu yang jadi seorang mummy nih adalah perkara yang sangat mengujakan (ada ke ayat camni?). Dulu aku sendiri tak yakin untuk menjalankan tanggungjawab seorang mummy dengan baik. Masa adik aku dapat baby, aku hanya mampu bertahan pegang / jaga baby tu dalam masa sejam dua je. Pastu aku serahkan balik kat adik aku. Jaga budak kecik pun sama. Aku macam rasa aku takde maternal instinct. Aku cepat give up – maklum lah, budak kecik kan banyak ragamnya.

Tapi alhamdulillah. Rupanya perasaan keibuan tu datang naturaly sebaik lahirnya anak kita ke dunia ni. Bukan sakit masa bersalin yang buat aku sayang kan Ariff, tapi perasaan saat dia keluar dari rahim ni yang buat rasa kasih sayang tu mekar secara tiba-tiba (ayat ntah apa-apa.. haha) Pendek kata, hanya mereka yang melahirkan je faham apa yang aku cuba luahkan ni 🙂

Berbalik pada topik, semalam kami berbuka dengan nenek Kuala Selangor (Onyang Ariff). Suka sangat nenek setiap kali jumpa cicit dia. Masa Ariff lahir aritu, nenek lah yang duk menunggu aku dari pagi sampai laa ke petang kat dalam bilik aku. Terharu tau. Maklum lah, aku dengan Mamoru bukannya ada mak. So, bila nenek sudi datang hospital semata nak temankan aku, rasa macam terharu gila (oh, aku belum publish pengalaman masa bersalin aritu kan? ok, ok pasnih ek?)


Sukanya Onyang bila dapat pangku Ariff.


Onyang tak larat nak angkat Ariff. Maklum lah, berat Ariff dah 6 kg lebih.


Semoga Tuhan panjangkan umur Onyang & semoga Onyang sihat selalu 🙂


Oh, ni gambar extra. Saja nak tunjuk mimik muka Ariff yang kelakar & comeiiiii..


Sayangggg sangattt kat budak tecit nih!!!


Tengok tuuuu.. Ariff buat muka kelakar lagi.. gereemmmm! xoxoxoxo

Sempena bulan Ramadhan nih, aku nak tujukan lagu dari drama paling best yang aku suka sangatttt tengok kat TV3 – Nur Kasih dari Yasin (sok, kalau dapat baby girl, aku nak bagi nama dia “Nur Kasih” lah.. opss sudah merancang untuk pregnant lagi – wei, seronok ok feeling bila pregnant)

http://www.youtube-nocookie.com/v/XXJtnLGhC48&hl=en&fs=1&border=1

Nur Kasih – Yasin

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan

Resah hati yang ku pendam

Pada takdir dan harapan


Detik waktu dan suratan

Siapa tahu ketentuan

Ku mencari cahayanya

Dalam bayang kegelapan


Nur kasih

Nur kasih


Nasib hidup dan pilihan

Lain hukum setiap insan

Mengharapkan perjalanan

Dalam maya kesamaran


Nur kasih

Nur kasih


Aku kembali kerana masih

Mencari yang hakiki

Sinar pasti

Janji suci yang abadi


Ooo kasih

Nur kasih

Oh nur kasih

Nur kasih


Aku kembali kerana

Masih mencari yang hakiki

Sinar pasti

Janji suci yang abadi


Nur nur ya nur kasih

Nur ya nur kasih

Nur nur kasih

Nur kasih

2 Comments

  1. MuMMy 2 Haqq said,

    >waahhh..sy pun suke cite ni!!

  2. aD said,

    >mummy 2 haqq: kannnn? feeling sangat kan..

Comments are closed.

%d bloggers like this: