>Pengalaman bersalin

August 25, 2009 at 8:20 am (My precious Ariff)

>

Haha.. Ariff dah masuk 2 bulan 3 minggu baru aku nak upload cerita nih. Layan kan je lah nahh. Penting nih bagi aku🙂

5 June 2009 (Jumaat)

Pagi nih aku perasan ada darah bercampur lendir kat panties. Tapi sikit sangat darahnya. Malas nak call Mamoru. Takut false alarm lagi. Lagipun baru semalam aku pegi checkup untuk minggu ke 39. Aku bajet darah tu keluar sebab Dr. Rusila check bukaan pangkal rahim, semalam.

Petang, masa tengah rilek tengok tv, aku rasa ada cecair mengalir keluar lagi. Kali nih sampai basah panties aku. Aku check – keluar darah bercampur cecair lagi. Kali nih aku confirm – nih lah dinamakan “show”. Badan aku menggeletar dalam masa yang sama aku excited.

Kami sampai Al-Islam dalam pukul 5 petang. Sempat aku ajak Mamoru makan kat restoran sebelah hospital (saja nak tambah tenaga in case kalau aku bersalin sekejap lagi). Pukul 6 petang baru aku masuk Al-Islam. Dr Rusila dah balik, so tinggal doktor lelaki je kat hospital tu. Berubah terus air muka aku bila nampak doktor lelaki tu. Sory beb, there’s no way aku nak biarkan doktor tu check aku!

Nasib baik doktor tu faham reaksi aku yang kurang selesa taim tu. Dia just tanya few soalan dan suruh nurse kat situ bawa aku masuk ward. Mamoru dapatkan bilik khas untuk aku sorang – lengkap dengan satu bilik air. Senang untuk dia bermalam temankan aku sama. Takde lah aku takut sangat.

Malam tu aku makan sepuasnya sambil surf internet. Berbiji-biji buah kurma aku telan. Mamoru siap buatkan air selusuh suruh aku minum. Taim tu memang tak sakit lagi.

6 June 2009 (Sabtu)

Dalam pukul 4 pagi aku start rasa tak selesa. Tapi still ok lagi. Masih boleh lena sambil peluk-peluk Mamoru yang tidur sekatil dengan aku.. hihi. Tepat pukul 6.00 pagi, nurse ketuk pintu bilik. Dia bawa breakfast. Kata dia, aku kena sarapan lebih awal sebab tepat pukul 7.00 pagi dia nak bawa aku pegi delivery room – pecahkan air ketuban.

Gerun, tapi aku maintain cool. Banyak kali aku ingatkan kat diri sendiri yang badan wanita nih memang di-design oleh Tuhan untuk produce baby. Jadi, tak kira macam mana sukar pun perjuangan untuk melahirkan baby nih, badan aku mampu untuk melakukannya, insyaAllah.

Aku cecepat bersihkan badan, amik wudhuk pastu pergi surau kat sebelah delivery room. Mata aku sempat tengok katil dalam bilik tu. Semua kelengkapan nampak dah siap – tunggu aku masuk je. Lama aku spend masa dalam surau. Habis solat subuh, aku buat solat sunat taubat & solat hajat. Aku minta supaya proses kelahiran anak aku nih dipermudah dan dipercepatkan oleh-Nya.

Lepas solat, aku jamah sekeping roti & beberapa biji kurma lagi. Ikutkan tekak nih memang tak lalu nak telan apa pun. Tapi, being rational, aku telan kan juga.

Pukul 7.15 pagi, aku dah siap terbaling atas katil dalam bilik bersalin. Dua orang midwife attend aku. Masa salah seorang dari akak tu nak pecahkan air ketuban, badan aku menggeletar. Sekejap tu, aku terasa air panas mengalir keluar kat ‘bawah’ – banyakkk ok. Terkejut tau sebab aku tak terasa sakit pun masa proses nak pecahkan tu. Lagi satu, aku ingat bila air ketuban dipecahkan, perut aku akan kempis sikit. Tapi nan-ado ok. Perut tetap besar gitu jugak.

Kata akak tu, bukaan pintu rahim aku taim nih dah 4 cm. Bila dengar bukaan dah sebesar tu, aku rasa lega sangat. Aku dapat rasakan yang proses kelahiran nih takkan amik masa yang lama, insyaAllah.

Beberapa minit lepas air ketuban dipecahkan, aku start rasa sakit yang sebenar. Tak tau nak describe macam mana rasa sakit tu. Serious sakit. Esp kat perut & belakang. Aku rasa nak turun & berjalan keliling bilik, tapi nurse tak bagi. So, aku duduk kat atas katil sambil Mamoru urut belakang aku. Kesian Mamoru, aku paksa dia urut aku tanpa henti seminit pun. Bayangkan lah berapa jam tangan dia duk urut aku – sure penat.

8.30 pagi, sorang nurse datang. Dia nak inject aku dengan pentidine (camtu kut eja dia). Aku ada baca tentang suntikan nih. Pentidine nih untuk tahan sakit (dengan buat aku mengantuk). Ubat nih jugak akan bagi effect terhadap baby dalam perut. Baby yang lahir nanti kena disuntik dengan ubat yang meneutralkan kesan drug tadi.

Aru refused untuk terima injection tu mulanya. Dengan berani aku cakap kat nurse tu yang aku nak rasa sakit bersalin nih tanpa bantuan apa-apa drug. Tapiiiiii…. aku terpaksa terima juga akhirnya bila Dr Rusila cakap dia nak proses kelahiran baby aku dipercepatkan sebab warna air ketuban aku sedikit hijau – means, baby aku dah berak dalam perut dan baby akan berhadapan dengan risiko untuk lemas kalau dia termakan najis dia sendiri.

Tapi injection tu tak bawa makna apa-apa sebab aku tak rasa mengantuk langsung. Sakit tetap sakit ok.

10.00 pagi. Dr Rusila check bukaan. Dah 7 cm. Aku semakin bersemangat. Dalam hati tak putus berdoa supaya semuanya dipercepatkan.

Seriously, the pain was very intense and excruciating ok! (note buat bakal ibu kat luar sana, sila jangan takut, anggap je lah aku saje nak exaggerate – just bear in mind that our body are uniquely designed for this!)

12.00 tengahari – its time! Bukaan dah 10cm! Dr Rusila dah siap berpakaian macam orang nak pergi bertukang. Siap pakai boot ‘phua chu kang’! Kelakar tapi aku takde masa nak gelak.

Proses meneran pada aku adalah saat yang paling memenatkan. Nak putus nafas rasanya bila kena tahan nafas untuk 20 – 30 saat. Lebih memenatkan bila setiap percubaan aku gagal – sangat frustating ok. Lebih kurang sejam aku meneran. Hampir putus asa jugak lah. Tapi bila dengar suara Mamoru yang tak putus-putus bisikkan doa, aku jadi bersemangat balik. Bilik delivery tu aku rasa macam bilik sembahyang pulak bila bacaan doa & zikir dari Mamoru, Dr Rusila & kak Wan (midwife) jadi sama kuat dengan suara aku. Serious. Tenang sangat fikiran aku taim tu (satu kelebihan bersalin di pusat rawatan Islam)

1.30 petang, Aku dengar bunyi azan dari masjid Kg. Baru. Dr Rusila dah mula nampak risau. Dia sebolehnya nak aku bersalin normal. Dia tak suka guna option lain (forceps atau vacuum). Tapi bila fikirkan keselamatan baby, dia terpaksa decide untuk vacuum.

Sedih tau taim tu, aku rasa kecewa dengan diri sendiri sebab tak mampu untuk push baby keluar. Dalam kepala asyik fikir, ‘kenapa?’, ‘kenapa?’!!

Masa Dr Rusila nak masukkan vacuum tu, dia terpaksa gunting sikit kat bahagian bawah tu. Dan serious sakit ok! Aku hampir menjerit cakap ‘sakittt’ (tapi still tak boleh challenge sakit contraction) Even pakai vacuum pun, aku still kena teran untuk push baby keluar. Aku tarik nafas dendalam, tunggu contraction seterusnya dan aku teran dengan sepenuh hati!

1.48 petang, syukur alhamdullilah, akhirnya!! Aku dapat rasakan kepala baby keluar. Dr Rusila suruh aku stop pushing sebab dia nak gunting tali pusat yang melilit leher baby. 3 kali lilitan ok. No wonder lah aku push tak keluar. Bila dah siap gunting semua, aku push untuk kali terakhir (ekceli, tak perlu push pun sebab Dr Rusila boleh tarik baby keluar).

Masa baby keluar tu aku rasa bestttt gila. Rasa lembut je badan baby keluar dari perut aku. Rasa selesa sangat. Dr Rusila letak baby atas badan aku sambil gunting tali pusat dia. Kali pertama aku tengok baby aku sendiri.. ya Tuhan, indahnya perasaan ni. Betul lah cakap orang, hilang terus rasa sakit bila tatap wajah comel tu. Bersih je badan baby, macam baru lepas mandi. Cuma tangan & kaki dia agak kebiruan. Maybe sebab lama sangat duduk kat dalam.

“Baby kita.. baby kita.. alhamdullilah” ayat pertama yang keluar dari mulut aku sambil pandang Mamoru
“Baby kita.” kata Mamoru. Aku perasan suara Mamoru sebak. Mata dia bergenang.

Sekejap je aku dapat tatap muka baby. Tak sempat nak sentuh, Dr Rusila dengan sorang nurse terus bawak baby pergi bilik sebelah. Baby tak bersuara. Aku nak bangun ikut sama tapi badan aku rasa berat. Aku suruh Mamoru pergi tengok. Aku hanya mampu baring tengok perut aku yang dah kempis. Subhanallah, kagum aku dengan proses kejadian manusia ni.

Masa semua kalut check baby, sorang lagi midwife (kak Wan), bersihkan aku. Aku tau, aku ada satu stage lagi yang belum habis – uri masih belum dikeluarkan. Bila kak Wan tarik tali pusat yang bersambung dengan uri, aku push sikit untuk mudahkan uri keluar. Alhamdullilah, senang je uri tu keluar. Aku tengok je kak Wan letak uri tu dalam bekas khas. Kak Wan siap cuci & bungkus uri tu elok-elok untuk aku bawa balik dan tanam. Baik kan?

Dalam masa yang sama, aku dapat dengar suara baby menangis kat bilik sebelah. Aku focus telinga aku untuk dengar suara tu. Aku tau tu mesti baby aku. Buat pertama kali aku rasa merdu sangat suara tu.. tiba-tiba je datang rasa rindu..

Dr Rusila masuk semula dalam delivery room. Dia cakap baby aku sihat. Senyum je aku. Aku dah tak fikir apa dah. Even masa Dr Rusila jahit kat bahagian bawah pun aku tak amik port. Aku hepiiiiii…

Lepas selesai jahitan, Dr Rusila salam & ucap tahniah sekali lagi kat aku. Pastu dia pergi sambung keje.

Kak Wan tanya aku sama ada aku nak balik ke bilik aku atau duduk kat delivery room tu dulu. Aku pilih untuk stay dalam delivery room. Masa ni baru aku rasa badan aku penat sesangat. Kak Wan bawak masuk tray berisi secawan milo panas dengan roti & jem. Aku makan sikit je, pastu terus tidur.

Sekejap tu, Mamoru datang semula kat aku dengan muka berseri-seri. Aku tau sure dia hepi dapat tengok baby. Kata Mamoru, baby kami comellll sangatttt. Mamoru cakap, ramai family kami tengah tunggu kat dalam bilik. Tapi aku tak larat nak bergerak. Aku suruh Mamoru layan derang. Aku serious tak larat . Kesian aku tengok Mamoru masa tu. Dia nak temankan aku. Tapi dalam masa yang sama, dia kena layan tetamu, jawab call yang bertubi-tubi & kena uruskan hal berkaitan dengan baby.

Dua jam aku tidur dalam bilik bersalin tu. Mengantuk gila. Aku rasa maybe ubat pentidine tu baru nak berkesan kut.. haha. Bila aku bangun, kak Wan bawakan wheel chair, sorong aku masuk bilik. Kat dalam bilik, nenek dengan Tia dah siap tunggu. Nenek peluk aku – menangis. Aku tak faham kenapa. Mungkin nenek hepi kut. Aku pun hampir menangis juga. Sedih sebab aku tak ada mak (apatah lagi mak mertua) yang dapat temankan aku saat-saat macam ni. Tapi takpe, aku bersyukur sebab aku ada suami yang sangatttt penyayang dan even sanggup uruskan kebersihan diri aku.

Kat dalam bilik, aku minta kak Wan bawa masuk baby. Seronok sangattt. Rasa macam tak percaya aku dah ada baby sendiri. Lebih seronok bila aku dapat susukan baby dari hari pertama dia lahir!! Memula tu aku was-was juga, memacam mender aku duk fikir; betul ke ada susu nih? cukup ke baby minum? Tapi bila baby diam je lepas menyusu, aku jadi bertambah yakin! Rasa macam miracle sangat sebab sebelum tu ramai yang duk cakap susu badan hanya ada lepas seminggu baby lahir la.. tapi alhamdullilah, aku berjaya susukan Ariff. Aku berjaya bagi Ariff khasiat kolostrum terawal yang paling penting untuk imunisasi & antibodi dia!

Malam tu sekali lagi Mamoru teman kan aku kat hospital. Kami memain dengan baby sepanjang masa. Seronok sangat duduk bertiga dalam bilik tu. Sorang pun tak kacau. Esoknya lepas paed confirmkan baby sihat, kami terus check out. Aku siap emo-emo nih nak tinggalkan hospital, boleh?? Siap peluk-peluk kak Wan lagik.

Dan lepas tu, bermulalah perjalanan indah aku sebagai seorang mummy🙂

Kalau rajin nanti aku buat entry tentang pengalaman berpantang pulak ek. Oh, kalau nak baca tentang detik-detik kelahiran baby Ariff versi Mamoru, sila klik sini

7 Comments

  1. e.l.i.s.s.m.i.e said,

    >aku tak pernah lagi bersalin normal..dulu c-ser..seriau plak dengar cerita ni ..

  2. aydan said,

    >ohh..aku nangis baca note AD ni..nangis sebab gembira plus sebak

  3. Deqna said,

    >Alhamdulillah Ad selamat segalanya.. begitulah keindahan yg Allah aturkan ini.Ntah bila lah saya nak merasai saat2 sebegitu?

  4. CuppyCakeMommy said,

    >sedih gila baca pengalaman org..sbb diri sendiri punya pengalaman tak berapa nak sakit sbb awal2 dah mintak epidural..haah

  5. aD said,

    >elissmie: eh jangannn.. seronok sebenarnya bersalin nih. ad teringin nak ripit lagi :)aydan: tq tq tq.. ad pun sebak bila terfikir kan balik semuanyadeqna: sempena bulan berkat nih, ad doakan deqna cecepat hamil & dapat baby yg comellllll :)cuppycakemommy: takpe, pengalaman bersalin semua org berlainan. yang penting baby kita sihat kan wakk?

  6. biqque said,

    >adeh…rasa nak menetes air mataku ini part "baby kita" tu…indahnyaaaaaaaaaaa!

  7. Signorina Syima said,

    >kak ad… sy baca entry ni sy rasa terharu sangat dan menitiskan air mata… walaupun sy kasar… sy ni sensitif juga rupanya…masa jahit tu tak sakit ke kak ad??

Comments are closed.

%d bloggers like this: