>Semakin rajin

August 25, 2009 at 8:15 am (Uncategorized)

>

Sejujurnya (ceyyy), sejak dari awal pregnant sampai lah berpantang, aku jarang-jarangggg memasak. Rasa macam dah semakin malas nak ke dapur (blame kat Mamoru sebab terlalu memanjakan wife dia nih). Seriyes ok, asal nak makan je, angkat henpon, call je memana fast food (pizza) atau restoran Roshan (kat area rumah yang buat food delivery). Punya lah senang hidup.. hahah.

Tapi kan, sehari sebelum masuk bulan puasa aritu, nafsu memasak aku mula memuncak-muncak (a good start ey?). Tetiap hari aku masak tau. Sekali masak sampai berjenis-jenis lauk! Terkejut aku dengan tahap kerajinan diri sendiri.

Tambah pulak sepanjang bulan puasa nih office hour sampai pukul 4.00 petang je, lagiiii laa bersemangat aku nak balik memasak. Balik rumah je cecepat keluarkan bahan nak memasak, prepare apa-apa patut pastu lari naik tingkat atas amik Ariff (amik Ariff pun awal jugak – pukul 5.00 petang). Sampai rumah, letak ariff dalam playpen. Biarkan dia dengar lagu & main toy sengsorang. Pastu sesambil menumis tu aku jenguk lah dia sekejap. Walaupun rasa macam terkejar-kejar, tapi aku enjoyyyy sesangatt!


Ariff duk memain sengsorang. Senyap je dia dengar lagu. Tapi, kalau lagu tu berhenti.. mula lah merengek-rengek suruh mainkan semula. Pandai betul.. hihi.


Hello reader’s!


Lauk berbuka semalam. Berasaskan sambal semata (kami penggila sambal haha). Sempat jugak aku buat cempedak goreng. Tuu pun nasib baik Mamoru tahan aku dari buat char kuey teow. Kalau tak, confirm berlaku pembaziran yang berleluasa (yang nak makan bukannya ramai)


Sahur subuh tadi. Aku buat sandwich sardin untuk Mamoru & scramble egg untuk aku. Kali nih semua berasaskan roti pulak šŸ™‚

4 Comments

  1. MuMMy 2 Haqq said,

    >mak aihh..kul 4 dah balik..best betol.

  2. mEiZ SHA said,

    >kite pun balik kul 4 gak:)dapnyer sandwhich tu sisselamat berpuasa ye;p

  3. e.l.i.s.s.m.i.e said,

    >aku x masak lagi sepanjang pose ni sebab tadak lauk basah..hahaha..alasan :)syoknya kalo nuha kecik mcm ariff balik..senang nak duk dapur šŸ˜¦

  4. aD said,

    >mummy 2 haqq: besttt la sesangat :)miez sha: calit sikit.. hihi. selamat berpuasa juga *wink*elissmie: tak dapat nak bayangkan camne kalau ariff sebaya nuha nanti, sure nak kejar dia ke sana sini.. haha

Comments are closed.

%d bloggers like this: