>Kasut hiking

August 29, 2009 at 4:30 am (Uncategorized)

>

Nih la kasut raya aku tahun nih.. hihihi. Eh, tak lah. Nak kena hempuk pakai kasut style gini dengan baju kurung di pagi raya?

Semalam Mamoru call masa aku kat opis. Dia tanya aku nak beli kasut hiking tak? Terkejut aku tau. Ada ke dedekat nak raya nih, kasut hiking yang ditanya nya (ekceli kasut raya aku Mamoru dah belikan awal-awal lagi.. hik).

First time Mamoru belikan aku kasut tanpa aku ikut sekali tau. Jom kita tengok sama ada taste Mamoru memenuhi piawaian citarasa aku.


Taddaa… kasut hiking baru kami (kali nih takde kasut untuk little Ariff sebab Timberland takde saiz kecik untuk newborn)



Nih kasut Mamoru. Dah lama dia nak tukar kasut hiking dia. Kasut lama pun jenama Timberland juga. Tapi dah uzur bebenor.



Dan nih pulak kasut aku (saiz 5.5) dari Timberland juga. Sukaaaaaa sangat kasut nih. Kata Mamoru kasut aku nih jenis goretex dan tapak dia ada vibram (jangan tanya apakemender tu bebudak gunung sure tau kut). Harga asal dia, mak aih.. lebih mahal dari haversack aku tau!



Ekceli, aku tak pernah pakai kasut memahal pegi trekking. Biasa tu, aku pakai kasut getah nih je. Murah je kasut getah nih, harga dalam lima nam ringgit je.

Aku suka pakai kasut getah sebab kalau taim hujan atau taim meredah paya / sungai, kasut nih cepat kering. Terbalikkan je buang air bertakung. Tak susah nak jaga & senang nak bersihkan.

Tapi sekarang, since Mamoru dah belikan kasut hiking baru, kena lah pakai. Untuk protection kata Mamoru. Kaki nak pakai lama beb.

Berbunga-bunga hati aku bila dapat kasut baru nih. Nak tau kenapa? Maknanya, Mamoru bukan setakat mengizinkan aku kembali aktif mendaki gunung, malah menggalakkan lagi aku join aktiviti outdoor!!!!! KAN????

4 Comments

  1. dewajiwa said,

    >yaaa. welcome back Ad. ehehe.pasnie kalau ada feeling nak join trip, roger-roger je ye. semoga Ad semakin sehat ye.btw, 15-18hb Oktober nie Gerah;-)

  2. Elyn said,

    >wah ni mesti lepas raya start balik naik gunung!!! ariff meh sini i tlg jaga hihih

  3. aD said,

    >dewajiwa: tq tq tq.. wahh gerah tu.. masakk nak pikul air.. hihihi. kasi lah trip yang sesenang dulu acik ponch. ad kena bertatih balik nih. dah setahun lebih tak mendaki gunung :)elyn: kecik pinggan umah ad, dulang makan ad tadah kan.. hiihihi

  4. biqque said,

    >wah nanti ada post pasal gunung balik la ek? tak sabar nyer!

Comments are closed.

%d bloggers like this: