>Assalamualaikum baby comel

September 15, 2009 at 6:00 am (Uncategorized)

>

Nih anak buah aku yang ke tiga.. nama belum ada lagi. Kalau ikutkan aku, nak je aku kasi nama Nur Kasih atau Nur Ameena (macam watak dalam drama Nur Kasih tu.. hihihi) Umur baru dua hari. Berat 3.8 kg. Comel laa sesangat.


Tengah tidur. Gambar ambil tanpa flash sebab mata baby kan sensitif dengan cahaya.


Comel sangat tau. Geram aku tengok mata sepet si kecik nih


Baru lahir tapi dah pandai cooing. Pandainyaaaaa….


Tak sabar nak tau nama dia..


With adik no.4 & her baby.. Adik aku masih lagi dalam keletihan. Ohh, aku faham sangat perasaan dia masa nih. Sangat fragile. Tetiba pulak aku boleh teringat saat aku melahirkan Ariff 3 bulan lepas.. rasa macam dah terlalu lama je tempoh 3 bulan tu.


Dengan ibu & ayah si comel 🙂

Advertisements

Permalink 8 Comments

>Kesian ayah

September 15, 2009 at 2:14 am (Uncategorized)

>

Malam masa kat kampung aritu, hujan lebat gila. Lengkap arr petir, kilat, ribut segala bagai. Dan hasil keesokkan harinya.. air sungai naik sampai ke tebing. Sikit lagi nak melimpah keluar. Nyaris tak banjir.


See paras air sungai kat belakang tu.. penuh sepenuhnya. Bila air naik, memang best, ramai yang amik kesempatan menjala / memancing ikan.. tapi..



Yang tak bestnya, ladang jagung & ladang timun ayah pun banjir. Pokok yang baru naik semua tenggelam.. tssskkk.. Tak dapat aku bayangkan perasaan ayah bila tengok hasil penat lelah dia setiapkali mender camnih jadi. Tapi ayah sabar je.. dia tetap tak putus asa.. tsskkk.. ayah, ayah..



Pondok tempat berteduh pun ikut tenggelam. Gambar yg Mamoru snap nih just kat kawasan ladang timun je. Ladang jagung kami tak sanggup nak amik gambar. Perkara yg sama jugak jadi.. Pokok jangung semua tenggelam 😦

Permalink 4 Comments

>Jenjalan Melaka

September 14, 2009 at 11:30 am (Uncategorized)

>

Malam Sabtu aritu aku plan nak gi shopping lagi kat bandar Melaka (asyik shopping je kan? ala, shopping untuk anak-anak buah pulak). Tapi malam tu aku kena sengat dengan ulat bulu uollss. Terus terlantar hina sampai tengah malam. Bengkak-bengkak tangan aku jadinya. Malam tu jugak Mamoru bawak aku pergi klinik. Lepas kena inject, baru lah surut bengkaknya..

Ahad pulak, aku & Mamoru pergi jenjalan kat bandar Melaka. Kesian Mamoru, sepanjang kahwin dengan aku, tak penahnya aku bawak dia gi town. Bukannya aku tanak. Tapi aku pun buta jalan gak kat Melaka tu. (nama je orang Melaka) Tak pepasal kang kami sesat ke Johor pulak kanggg. Nasib baik adik no.2 sanggup jadi guide. Lepas jugak kami ronda-ronda satu town. SIL Ida tak dapat ikut sebab ada kelas 😦


Tengok orang kacau dodol. Tahun nih, kami tak masak dodol & lemang sebab hampir semua adik beradik aku yang dah kahwin beraya kat rumah mertua memasing (termasuk la aku – Sedih, tapi takper, tahun depan kita berkumpul lagi ok adik-adik along semua?)



Adik no.2 amik berkat. Pose lepaskan gian sebab tak dapat mengacau dodol tahun nih. Dodol Fauziah nih sangat sedap (bak kata Mamoru)



Sempat jugak aku pergi bazar peringgit. Cari baju raya lagi.. haii selagi tak raya, selagi tu lah tak habis shopping.



View bazar peringgit dari jejantas depan Melaka Sentral. Aku suka gi sini tau. Jalan dia luas. Walaupun ramai orang, takde lah sampai berlaga bahu macam kat Masjid India nunn.

Hmm.. lets see, baju raya siapa yang aku belum belikan lagi ek?

Baju Nina (adik kecik aku)
Baju Jasmin (anak buah) SETTLED
Baju Ayuni (anak buah)
Baju Ariff SETTLED
Baju Tia (cousin Mamoru)

p/s: Pagi nih aku dapat good news lagi! Adik no.4 dah selamat melahirkan baby girl pukul 7.00 pagi tadi – berat 3.8 kg. Nama belum ada lagi.. aku saja sakat suruh bubuh nama Nurul Ramadhani hahahahaha… Balik kang nak gi spital tengok baby!!! Ohh.. bertambah lagi sehelai baju raya yang aku kena beli untuk baby baru nih 🙂

Permalink 1 Comment

>Pot Luck Berbuka

September 14, 2009 at 9:00 am (Uncategorized)

>

Mamoru teringin sangat nak ajak semua ex-classmate dia datang berbuka kat rumah kami. Since kami just available during weekdays, kami organize small pot luck je lah. Aku just masak ayam masak merah, sup tulang & bergedil (lucky adik no.6 & no.7 ada tolong aku memasak)

Clockwise: Mamoru, adik no.7, adik no.6, Chua, Juju & Wan. Juju bawak lauk-pauk nasi kandar dengan bubur jagung, Chua bawak lauk kambeng (masak aperntah -lupa), Wan & adik no.6 bawak kuih-muih.

Mereka yang lewat sampai (berbuka dalam kereta dengan korek hidung katanya.. hishhh), dari kiri, Azahar (photographer team http://www.ukir.com.my) dan Talha (derang datang just bawak ‘luck’ nya aje.. haha)


Meriah. Mamoru hepi sangat dengan majlis kecik ni. Banyak kali dia mention pasal nih. Sounds like there will be another one like this, SOON (open house raya maybe).. *wink*

Note: Port luck nih untuk kengkawan Mamoru je, kengkawan blogger jangan kecik ati ya!

Permalink 1 Comment

>Shopping lagi & lagi

September 14, 2009 at 8:00 am (Uncategorized)

>

Seronok pulak kali nih. Ariff langsung tak meragam. Baik sangattt. Macam bagi chance je untuk mummy dia memborong.

Ekceli tak niat pun nak shopping. Aku pergi medan Mara nih pun sebab nak amik baju raya yang kami tempah bulan lepas. Nih kali kedua aku pi ngamik baju. Tapiiiii… sedih ok. Baju aku besar gila kat bahagian bahu. Dengan span baju yang tebal, aku nampak macam pemain bola ragbi je.. *menci*. Aku suruh tukang jahit tu alter balik.

Banyak kali dah mender camnih jadi kat aku. Dari sulu lagi, asal aku tempah baju (kat memana sekalipun), mesti ada problem. Mestii baju aku terbesar kat memana. Naper ntah. Pasnih aku dah malas nak tempah-tempah lagik. Better beli yang dah siap. Lagi murah.. lagi sesuai dengan badan. Rugi tau tempah baju kali nih. Kain je dua ratus inggit (batik), pastu kos tempah dah lapan puluh inggit. Total = RM 380. Kenaaaa pulak baju yang ditempah jadi tak cantik fuhhhhh.. memang tensi je. Aku rasa, dengan jumlah duit yang sama, aku boleh dapatkan baju siap yang lagi vogue gedevass. Rugi.. rugi.. tak berbaloi sungguh. Moral of de story, next time beli siapp je.

Oh, kat ground floor bangunan MARA nih ada bazar. Menarik gak (walau tak banyak choice). Since aku tak dapat nak berhimpit-himpit kat Masjid India (kesiankan kat Ariff), aku shopping kat sini je – ada aircond maa.. haha. Aku beli kain pelikat untuk ayah & tudung untuk Ibu. Untuk diri sendiri pun ada.. tapi rahsia la apa yg aku beli.. hihihi

Lepas shopping, kami gerak balik Melaka. Memandangkan kami sampai rumah ayah lambat sangat (almost berbuka), aku pakat dgn Mamoru beli KFC je. Nih taim beratur salam KFC.


Lauk berbuka kat Melaka.. fuhh.. Lauk siput dengan lauk burung masak lemak cili api ok!!! KFC memang awal-awal aku tolak tepi dahh!!

Permalink 2 Comments

>Lawa tak?

September 11, 2009 at 6:00 am (Uncategorized)

>

Saja nak kasi tau..

Lawa tak gambar background kat blog aku nih? Hihihihi..


Nih gambar ori yang aku bubuh kat background. Gambar nih di amik masa on the way ke puncak gunung Yong Belar, Cameron, Pahang.

Tsskkk… rindunya nak mendaki gunung 😦

Permalink 4 Comments

>Lampu lip lap

September 11, 2009 at 5:00 am (Uncategorized)

>

Mood raya dah datang.. tu pasal gedik-gedik pasang lampu lip lap nih. Semalam beli, semalam jugak pasang. Aku pasang sendiri tau. Tak dannn nak tunggu incik Mamoru. Tak menyempat-nyempat katanya.



Nih lebihan lampu yang aku pasang kat tingkap. Tu yang aku tarik ke tepi sini. Ohh.. kad raya tu bukan dari sesiapa. Aku beli sendiri (sedihhh). Jaman sekarang nih mana ada orang nak menghantar kad dik nonn. Kad elektronik banyak lah. Nak print, tak cantik pulak. Aku rindu betul tradisi hantar kad raya nih tau tssskkk.. Kad raya elektronik takde sentimental value.


Aku baringkan Ariff atas sofa bebetul menghadap lampu lip lap nih. Teruja betul dia tengok lampu tu. Cantik kan Ariff. Nanti balik kampung, mummy pasang pelita pulak suruh Ariff tengok. Sure dia sukaaa 🙂


Ariff yang masih belum berjaya meniarap.. sikittttt je lagi. Go Ariff! You can do it.. caiyokk!

Malam tadi gi hantar kuih kat Steven Corner Pandan Indah. Jumpa dua orang “Su” sekaligus. Sorang nama Suezety, sorang lagi Suraya. Yang tak best tu, aku lupa bawak kamera.. aduyaii.. Tak dapat nak upload sini 😦

Takpe lah, apa pun tenkiu buat cik Suezety (dia nih antara customer yang banyak membeli kuih dari aku since tahun lepas lagi). Tahun nih semakin bertambah-tambah order dia – sampai 16 pek kuih tau (kengkawan opis order sekali katanya).. hihi.

Buat cik Suraya, selamat pengantin baru! Baru dua bulan kahwin.. sure seronok sambut raya kali nih kan? Tenkiu korangg 🙂

Dann malam tadi jugak, first time aku bawak Ariff jumpa kengkawan blogger. Seronok jugak kan. Ariff siap dapat duit raya lagik.. tenkiu tenkiu 🙂

Permalink 5 Comments

>Masak kat rumah nenek

September 9, 2009 at 7:00 am (Uncategorized)

>

Aku memang sukaaa memasak. Biasanya aku masak jarang ikut resepi. Aku ikut sedap anak tekak sendiri. Mamoru lagi best, dia kalau nak makan certain lauk tu, ikut suka dia je mengorder. Pastu dia biarkan aku duk imaginasi sendiri cemana nak masak lauk yang ada dalam fikiran dia. Setakat nih alhamdullilah, aku punya air tangan memang up to his expextation.. haha.


Nih masa masak untuk berbuka kat rumah nenek Kuala Selangor. Aku start memasak dari pukul 2.00 petang ok! Gila awal. Sebabnya, lauk-pauk yang aku nak masak terlaluuuu banyakkkk. Lagi satu tebiat aku, aku suka masak sengsorang. Jangan kaco. Aku tak suka ada orang duk tolong (pesal ntah.. gila kuasa kat dapur haha).


Antara lauk yang aku masak petang tu: Ketam, ikan bawal kecik, udang kertak & ada satu lagi, lala – tapi takde dalam gambar nih


Taim berbuka.. seronok tau jamu orang dengan hasil masakan kita 🙂


Pinggan aku.. Lauk je penuh.. ketam masak gulai ciliapi, lala goreng pedas, sotong masak kunyit & udang kertak goreng (sedapp woo udang ni). Nanti nak beli lagi lah (udang masak rempah & sayur pucuk paku tu SIL Juli yang buat 🙂


p/s: buat semua customer yang aku kasihi (cewahh – ayat kipass), aku tak buat delivery taim wiken tau sebab eberi wiken aku spend kat kampung halaman. Deliberi hanya pada malam weekdays ashajor. Sekian.

Permalink 6 Comments

>Baju tak siap lagi

September 9, 2009 at 6:00 am (Uncategorized)

>

Aritu dengan semangatnya aku dengan Ariff & Mamoru pergi Medan Mara. Nak amik baju raya kami lah ceritanya, rupanya.. rupanya.. ohhhh baju tak siap lagi.. tsskkk.. Tukang jahit baju tu janji 3 Sept boleh datang amik baju. Tapi sampai sekarang tak siap-siap gak lagi. Apakah maknanya semua ini??

Sedih ok. Aku tak suka pegi sana dua tiga kali nih. Dah laa nak ke Medan Mara tu jem yang hamatt. Yang tukang jahit tu pun satu, apa lah salahnya kalau dia sms aku cakap baju tak siap lagi ke haper. Sekarang kan dah susah.. adoyaiii.

Takper, nasib baik raya lambat lagi. Ada masa aku nak kejar situkang jahit nih, kalau takk.. terpaksa pakai baju lama.. atauuuu.. “b, jom shopping baju raya lagi”.. hihihihihI (kannnnnn?)

Kesian Ariff.. takper lah nak, kita tunggu dua tiga hari lagi ok 🙂

Permalink Comments Off on >Baju tak siap lagi

>Pasar Penambang

September 9, 2009 at 5:00 am (Uncategorized)

>

Perkara paling best bila balik Kuala Selangor ni adalah.. seafoodnyaa.. memang heaven. Tapi, kena masak sendiri lah.. haha.

Sebut je nak seafood jenis apa kat sini, segala jenis siput, sotong pelbagai saiz, udang pelbagai jenis, ketam, mentarang, lokam, tiram, even belangkas pun turut dijual dik nonnn. FRESH ok. Harga pun boleh kautim lagi. Berbaloi-baloi.

Kalau pegi Kuala Selangor tu, singgah lah pasar Penambang. Kalau kena timing orang baru bawak naik ikan, memang bestt. Aku tak sure pukul berapa derang balik dari laut. Tapi masa aku pegi aritu taim tengahari. Memang banyak gila ikan taim tu, sampai aku rasa, aku nak borong semua seafood kat situ – Seriously, I could spend all day cooking if Mamoru let me. Tapi kang membazir pulak. Siapa nak melantak bebanyak taim bulan puasa nih.


Me at Pasar Penambang. Taim nih Mamoru duduk dalam keta dgn Ariff. Aku enjoy gila shopping barang basah. Oh, kat belakang aku tu udang kertak (camtu ke eja)


See.. pelbagai jenis ketam (ketam gimau, ketam bunga, ketam cina) dan sotong gergasi pun ada!!!


Udang & ikan pelbagai jenis.. fresh uollss…


Selain, lokam, retak seribu, kerang, lala, mentarang & remis, belangkas pun ada dijual tau

Permalink 4 Comments

>Bawa Ariff ke Al-Islam

September 8, 2009 at 6:30 am (My precious Ariff)

>

Kesian Ariff, tetiap bulan kena inject. Nak wat camner, demi kesihatan dia. As ussual, kami pergi Al-Islam. Aku sukaaa sangat pergi hospital tempat aku lahirkan Ariff nih. Sentimental sangat tau.

Takut sebenarnya nak bawak baby pergi hospital musim virus H1N1 nih. Tapi nak buat camner, Ariff kena gak dapatkan imunisasi plan dia. Sepanjang kat sana, aku asyik bawak Ariff melepak dalam bilik penyusuan baby (nak elak jumpa orang punya pasal). Lagipun kat dalam bilik tu takde orang hihihi.


Ariff dengan daddy sebelum jumpa paed.


Berat Ariff sekarang 6.58 kg. Aku bajet berat dia lebih dari tu. Risau pulak tengok berat dia naik sikit je. Yelah, takut aku terkurang bagi susu ke apa. Rupanya, kata doktor, berat baby akan naik slow sikit bila dia dah start nak meniarap.. ooo gituu.


Ariff yang rilek je bila masuk dalam bilik doktor. Maybe sebab kat sini banyak toy kut.. hihi.


Doktor nak inject kat bontot, tapi Mamoru tak bagi. Dia suruh inject kat peha je. Takut bengkak macam aritu.. Woo jangan memain, Mamoru lebih protective dari aku tau.. hik. Ariff nangis sekejap je, pastu dia tidur je sepanjang malam. Langsung tak meragam. Bangun pun sekadar nak minum susu 🙂

Daddy & Mummy loves you, Ariff!

Permalink 3 Comments

>D’Muara Restoran Dorani

September 8, 2009 at 6:00 am (Uncategorized)

>

Sabtu aritu, kami bertiga join geng Kuala Selangor & geng Tanjung Karang pergi berbuka kat D’Muara Restaurant Dorani Bayu Resort, Sabak Bernam.

Murahhhhh dan sedappp uollsss seafood buffet yang dihidang untuk berbuka kat situ. Semua kampung style cuisine ok!!! Dari pelbagai jenis siput, kerang, lala, remis, udang sotong, ikan segala bagai.. puyuh bakar pun ada.. tambah pulak dengan pelbagai jenis ulam-ulaman.. fuhhhh.. Kalau lah Sabak Bernam tu dekat dengan area rumah aku, konpem hehari aku berbuka kat situ ok! Untuk sorang dewasa buffet RM 19.90 jerrr!! Seriyes murah kalau nak compare dengan lauk yang dihidang! Bebudak pulak, RM 15.90. Tambah pulak tuuu, untuk setiap meja yang kita book (yer, kena booking meja tau), pihak restoran akan bagi satu nombor untuk cabutan bertuah. Boleh dapat LCD TV tau. Tapi, kami malam tu just dapat hamper makanan je lah.. kira hebat jugak la tuu.. haha. Oh, kemudahan chalet & surau turut disediakan tau. In case kalau nak sambung makan sampai Isyak.. hahahaha.

Pada sesiapa yang suka REAL traditional malay seafood cuisine plusss seafood bbq (serious heaven seh!) dengan harga yang murah & sodappppp sambil menikmati view laut yang cunnnn, sila lah ke restoran Dorani, Sabak Bernam (oh, aku tataw cara kesana coz aku Mamoru yang drive – try la google map). Tak pun, call je rstoran nih: 03-32246800 (note: aku promote free je nih – tolong sesama melayu mah)


Me dgn my little hero


Bergambau dengan geng-geng outdoor yang sangat cool & sporting!


Penuh lauk pauk kat meja aku.. Nak letak pinggan nasi pun tak muat.. hahaha


Dengan separuh dari bebudak outdoor Kuala Selangor. Derang siap plan tarikh untuk buat baraan tau (baraan = berjalan dari rumah ke rumah masa raya)

p/s: tahniah buat Liza yang bakal menamatkan zaman bujang trang-tang-tang pada hujung tahun nih 🙂

Permalink 2 Comments

>Ariff is 3 months old

September 8, 2009 at 5:30 am (My precious Ariff)

>

See.. see.. sekejap je dah 3 bulan kan. Ekceli entry nih sepatutnya keluar hari Ahad aritu, tapi aku bz laa. Maklum lah tinggal tak sampai 2 minggu je lagi nak raya, of course la banyak mender nak dibuat.

Perkembangan Ariff sekarang sangat memuaskan. Sejak dia kena chicken pox aritu, sampai sekarang dia sihat. walafiat. Alhamdulilah dan syukur sesangat (mummy doakan semoga Ariff sentiasa sihat dan dijauhkan dari segala penyakit.. *aminn*)

Ariff dah pandai mengiring. Sikitttt je lagi nak meniarap. Maybe lagi sehari dua, dah boleh meniarap pulak. Sangat teruja ok tengok perkembangan dia sekarang.

Ariff suka tersenyum tau. Gelak pun suka jugak tapi kena geletek dia laa. Becok betul suara dia. Part bercakap, toksah cerita lah, memang sepanjang masa dia buat memacam bunyi. Suara dia sorang je dah cukup untuk meriuhkan rumah kecik kami. Seronok, walaupun sepatah hagham aku tak faham.. haha.

Paling best bila Ariff suka tiru aku buat mimik mulut. Macam semalam, masa aku buat bunyik guna lidah (laga lidah dengan lelangit), tak sangka dia pun boleh buat bunyi yang sama!!! Gila terkejut aku sampai terjerit-jerit bagitau Mamoru.. *pandainya anak mummy!!*

Ohh, aku gunting rambut Ariff lagi untuk kali kedua. Rasanya sebulan sekali aku kena gunting rambut dia. Cepat nau panjangnya. Aku tak gemau Ariff berambut panjang. Ntah la, pada aku, budak lelaki nampak kemas kalau berambut pendek. Lain la kalau aku ada anak pompuan nanti – boleh la nak berambut panjang ke haper.


Ariff senyap je masa aku gunting rambut dia. Mana taknya, naik kering anak tekak mummy dia nih duk menggunting sambil menyanyi – nak alih perhatian katakan…


Dan hasilnya… pandangan sisi – kemas kan?


Nih style tomok (tapi tak cukup panjang nak buat style gitu hahaha)


Ok, nih baru laaa kemas. Handsome anak mummy kan? Ada bakat jadi hairstylist aku nih.


Yo wassup.. “mummy, mana Ariff punya Harley Davidson nih?”


Opss.. nampak sangat aku tak sabau nak ada anak pompuan lak pasnih.. hihi (abes lah kena marah dgn Mamoru buat gini tssskkk)


*yawninggg*.. “Mummy!! Dah laa tuu. Ariff boring!”

Ok, ok.. stop.. hahaha. Sayanggggg anak mummy!! xoxoxoxoxo

Permalink 4 Comments

>Tenkiuuu my customer

September 8, 2009 at 5:00 am (Uncategorized)

>

Apa yang menyebabkan aku kurang upload entry sejak dua tiga hari nih? Sila tengok gambau kat bawah nih,

Yerrr.. nih lah puncanya. Punyalah ramai yang mengorder. Dalam gambar nih pun baru separuh dari order. Banyakkkk lagi yang belum berpacking. Malam nih insyaAllah Makde datang lagi menghantar stok kuih raya. Yang dah berhantar tu pun tak kira lagi.. fuhh.. penat, tapi besttttttt!! (sory pada customer first batch aritu, aku tak sempat nak amik gambar, tak menang tangan nak handle kuih & handle si kecik Ariff tu.. hahaha.

Apa pun tenkiu tenkiu tenkiu berry much pada semua yang mengorder. Tak sangka betul, bertambah-tambah customer aku. Korang memang bestt lah. Sory kekalau aku terlambat mereply email / sms. Kelam kabut tau. Tetaim nak berbalas sms tu laa si comel tu nak join sekaki.. hihi.

Pada yang belum dapat order, nantikan kedatangan aku minggu nih nahh. Pada yang nak order lagi dan lagi, sila order awal-awal sebab minggu last puasa aku nak close order dah. Nak kosentret on raya la pulak. Aku pun nak buat final shopping taim tu.. *wink*

Permalink Comments Off on >Tenkiuuu my customer

>Jom fikir

September 4, 2009 at 8:04 am (Uncategorized)

>

Been busy with the part-time-jual-kuih job and spending most of the free time I have to surf and read about baby’s development (week by week) at babycenter.com – sangat teruja. Oh, btw, my son (I just loveee to use the word ‘son’ – made me feel so proud!) is turning 3 months old this coming Sunday – cepatnyaaa!!!

************************

Aku suka berfikir jauh. Kadang-kadang (ok, selalunya) aku suka fikir mender yang belum terjadi & cuba cari cara untuk elakkan dari terjadi.

Ok, the story goes like this:

Aku berfikir bila Ariff dah masuk 2 / 3 tahun nanti, aku nak bawa dia pergi solat berjemaah kat surau (selain dari nak bawak dia pergi camping yang simple-simple).

Sekarang, cuba bayangkan situasi Ariff yang aktif berlari ke sana-sini dalam surau / masjid (aku akan pastikan dia belajar manners & jadi good boy). Masa solat, confirmlah Ariff akan hilang dari perhatian kami. Mungkin, dia akan duduk dendiam. Mungkin jugak dia akan menjelajah satu masjid, so, persoalan aku sekarang, macam mana aku nak khusyuk dan tau Ariff masih berada dalam masjid?

Ops, tolong jangan bagi idea, “tak payah bawak budak kecik pergi masjid”. Anak aku tu lelaki, kena train dari awal & tanamkan sikap suka pergi masjid – takde lah dia skip solat Jumaat bila dah besar nanti.

Cerita nih boleh diaplikasikan untuk mereka yang pergi shopping bawak anak-anak. Macam mana nak make sure anak kita berada di kawasan berdekatan masa kita tengah leka dengan sale (tanpa perlu guna tali – ye lah konpem budak tu boring gila tataw nak buat apa kalau kita duk ralit nak beli lingerie.

Jadi, macam mana? Aku duk fikir ada tak satu alat yang praktikal sikit bentuk dia, maksud aku, macam pager / jam tangan / wrist band / tali pinggang / rantai / earing / kasut / etc… yang ada satu microcip (macam GPS) yang memudahkan aku cek, kat mana anak aku berada (err, dah macam gajet James Bond la pulakkk)

Tapi, serious nih, ada jual ke mender camnih? Kat mana nak beli ek? Aku rasa kalau ada lah alat-alat hebat camnih, bukan setakat melegakan hati mak-bapak, malah dapat prevent kes-kes budak kena kidnap.. kan kan kan?

Sekian pemikiran aku untuk pagi nih.

Lain kali kalau ada mender mengarut tapi berfaedah yang aku terfikirkan lagi, aku akan share kat sini.


*muka orang tengah berfikir hmmppkkkk*


Permalink 6 Comments

Next page »