>Aktiviti kat kampung

September 1, 2009 at 8:30 am (Uncategorized)

>

Seronok gila bila dapat spend cuti lelama kat Melaka. Punya lah banyak aktiviti yang kami buat. Badan penat pun tak terasa sebab sentiasa ada je mender yang nak dibuat.

Tahun nih untuk pertama kalinya dalam seumur hidup, aku takde kat Melaka masa 1 Syawal nanti.. tsskkk…tsskkk.. Yelah, tahun lepas Mamoru beraya dengan family aku, so, tahun nih turn aku pulak beraya dengan keluarga mertua. Tu pasal lah aku kalau boleh nak spend setiap wiken balik berpuasa kat Melaka.. hihihi.


Loving couple – my sexy daddy dengan ibu (my stepmum) – comel gila.


At last, dapat juga amik gambar pondok unik kat ladang jagung ayah. Dua tingkat ok! Bilik atas tu untuk pekerja ladang jagung ayah (sorang je pun hihihi)


Pokok jagung baru nak tumbuh. Rasanya dalam seminggu lepas raya boleh lah petik jagung. Ada sesiapa nak beli borong jagung ayah aku? *wink*


Aktiviti selingan sebelum maghrib – petik ulam kat keliling rumah. Nih pokok tenggek burung namanya. Rasa dia macam mempelam muda tapi pahit sikit. Baik untuk darah tinggi.


Aku petik sikit untuk aku & SIL Ida je.. tak ramai adik beradik aku yang makan ulam tenggek burung nih.


Gambar selingan mustiiii ada.. hihihi


Adik no.2 yang sakan menjala ikan (taim nih lagi sejam nak berbuka)


Dapat lah empat lima ekor talapia. Kami buat BBQ!!

p/s: ada banyakkkk lagi xtvt yang kami buat.. nanti aku upload lagi nahh.. mata aku dah ngantuk nih🙂

3 Comments

  1. biqque said,

    >best best!

  2. KasihKuAlRayyan said,

    >best nyer!!!nape tk ader gambar baby ariff dlm tis N3?? sgt bambam dn sgt2 geram tgk dia… geeerrrrraaaaammmmmmmm…

  3. MushroomCute said,

    >Bestnya…Tak der pon dpt rasa mcm tu kat kg.. Membesar kat taman..Huuhuuh

Comments are closed.

%d bloggers like this: