>Renungan

September 1, 2009 at 8:45 am (Uncategorized)

>

Sebelum pregnantkan Ariff, aku teringin sangat nak dapat baby yang sama tarikh lahir dengan Mamoru. Maksud aku, aku nak baby aku berkongsi bulan kelahiran dengan Mamoru (Mamoru lahir pada bulan April).

Sebab musababnya, aku nak anak aku tu mempunyai karekter yang sama macam Mamoru (aku jatuh cinta dengan Mamoru sebab personaliti dia). Ok, ok, aku bunyi macam weird. Tapi aku serious tau.

Nak dijadikan cerita, macam mana aku “berusaha” untuk setting timing untuk dapatkan baby, Tuhan yang lebih berkuasa menentukan semuanya. So, tak dapat lah my little Ariff berkongsi bulan kelahiran dengan daddy dia (Ariff lahir pada bulan June).

Tapi.. yessss uols, tak sangka ok sebenarnya kalau dikira ikut takwim hijrah. Sebenarnya Mamoru dan Ariff sememangnya berkongsi bulan kelahiran yang sama!!

Mamoru lahir pada 7 Jamadilakhir 1401 Hijrah (hari Ahad).. manakala;
Ariff lahir pada 12 Jamadilakhir 1430 Hijrah (hari Sabtu)

Subahanallah. Tak sangka permintaan aku dimakbulkan rupanya.

Think.. think.. apa moral disebalik cerita nih? Sebenarnya ni nak menunjukkan, kadang-kadang kita tak sedar sebenarnya doa kita diterima dan dibalas dengan cara yang paling halus.. sehingga kita tak menyedarinya.

Oh, btw, aku pulak lahir pada 21 Syaaban 1399 Hijrah (hari Selasa) – hihihi.. nak juga bagitau tuuu..

1 Comment

  1. rynn2506 said,

    >kite suka ngan statement aD yg last tu….sentimental value sgt….

Comments are closed.

%d bloggers like this: