>Ariff is 3 months old

September 8, 2009 at 5:30 am (My precious Ariff)

>

See.. see.. sekejap je dah 3 bulan kan. Ekceli entry nih sepatutnya keluar hari Ahad aritu, tapi aku bz laa. Maklum lah tinggal tak sampai 2 minggu je lagi nak raya, of course la banyak mender nak dibuat.

Perkembangan Ariff sekarang sangat memuaskan. Sejak dia kena chicken pox aritu, sampai sekarang dia sihat. walafiat. Alhamdulilah dan syukur sesangat (mummy doakan semoga Ariff sentiasa sihat dan dijauhkan dari segala penyakit.. *aminn*)

Ariff dah pandai mengiring. Sikitttt je lagi nak meniarap. Maybe lagi sehari dua, dah boleh meniarap pulak. Sangat teruja ok tengok perkembangan dia sekarang.

Ariff suka tersenyum tau. Gelak pun suka jugak tapi kena geletek dia laa. Becok betul suara dia. Part bercakap, toksah cerita lah, memang sepanjang masa dia buat memacam bunyi. Suara dia sorang je dah cukup untuk meriuhkan rumah kecik kami. Seronok, walaupun sepatah hagham aku tak faham.. haha.

Paling best bila Ariff suka tiru aku buat mimik mulut. Macam semalam, masa aku buat bunyik guna lidah (laga lidah dengan lelangit), tak sangka dia pun boleh buat bunyi yang sama!!! Gila terkejut aku sampai terjerit-jerit bagitau Mamoru.. *pandainya anak mummy!!*

Ohh, aku gunting rambut Ariff lagi untuk kali kedua. Rasanya sebulan sekali aku kena gunting rambut dia. Cepat nau panjangnya. Aku tak gemau Ariff berambut panjang. Ntah la, pada aku, budak lelaki nampak kemas kalau berambut pendek. Lain la kalau aku ada anak pompuan nanti – boleh la nak berambut panjang ke haper.


Ariff senyap je masa aku gunting rambut dia. Mana taknya, naik kering anak tekak mummy dia nih duk menggunting sambil menyanyi – nak alih perhatian katakan…


Dan hasilnya… pandangan sisi – kemas kan?


Nih style tomok (tapi tak cukup panjang nak buat style gitu hahaha)


Ok, nih baru laaa kemas. Handsome anak mummy kan? Ada bakat jadi hairstylist aku nih.


Yo wassup.. “mummy, mana Ariff punya Harley Davidson nih?”


Opss.. nampak sangat aku tak sabau nak ada anak pompuan lak pasnih.. hihi (abes lah kena marah dgn Mamoru buat gini tssskkk)


*yawninggg*.. “Mummy!! Dah laa tuu. Ariff boring!”

Ok, ok.. stop.. hahaha. Sayanggggg anak mummy!! xoxoxoxoxo

4 Comments

  1. biqque said,

    >ala chomelnyerrrr! nampak mcm muka mamoru ni! hehe!

  2. Beautiful Disaster said,

    >ala. ryan rambut belum tumbuh lagi. baru nak naik rambut dia. lambat betul tumbuh. hehe. kening pun takda.

  3. aydan said,

    >bila nak dapat baby ni?huhu

  4. Ely Hasrul said,

    >huwaaaaa tingat time sami kecik2 duluuuu.. comel la ariff.. rambut lebatttt

Comments are closed.

%d bloggers like this: