>Bawa Ariff ke Al-Islam

September 8, 2009 at 6:30 am (My precious Ariff)

>

Kesian Ariff, tetiap bulan kena inject. Nak wat camner, demi kesihatan dia. As ussual, kami pergi Al-Islam. Aku sukaaa sangat pergi hospital tempat aku lahirkan Ariff nih. Sentimental sangat tau.

Takut sebenarnya nak bawak baby pergi hospital musim virus H1N1 nih. Tapi nak buat camner, Ariff kena gak dapatkan imunisasi plan dia. Sepanjang kat sana, aku asyik bawak Ariff melepak dalam bilik penyusuan baby (nak elak jumpa orang punya pasal). Lagipun kat dalam bilik tu takde orang hihihi.


Ariff dengan daddy sebelum jumpa paed.


Berat Ariff sekarang 6.58 kg. Aku bajet berat dia lebih dari tu. Risau pulak tengok berat dia naik sikit je. Yelah, takut aku terkurang bagi susu ke apa. Rupanya, kata doktor, berat baby akan naik slow sikit bila dia dah start nak meniarap.. ooo gituu.


Ariff yang rilek je bila masuk dalam bilik doktor. Maybe sebab kat sini banyak toy kut.. hihi.


Doktor nak inject kat bontot, tapi Mamoru tak bagi. Dia suruh inject kat peha je. Takut bengkak macam aritu.. Woo jangan memain, Mamoru lebih protective dari aku tau.. hik. Ariff nangis sekejap je, pastu dia tidur je sepanjang malam. Langsung tak meragam. Bangun pun sekadar nak minum susu 🙂

Daddy & Mummy loves you, Ariff!

3 Comments

  1. e.l.i.s.s.m.i.e said,

    >ala bagusnya ariff..good boy!

  2. cicakuben said,

    >aD, ni petua org2 tua..tak thu la aD dh thu ke x..tuk elakkn bengkak pas sunik or demam..pas suntik tuh aD sapu bawang tunggal (bwg kecik,yg merah,tunggal tak bcantum) kt bekas suntik tuh..pastu mandikn baby..pas mandi tuh pun stil leh gosok lgik..insyalah bekas tak bengkak & bby pun x demam…nak bgthu hri tuh lgik, tp my server ade rob…da taip pnjg2 tp nan ado tsend lak…bah cuba lain kali…

  3. MuMMy 2 Haqq said,

    >guuudddd boooyyy…

Comments are closed.

%d bloggers like this: