>Baju tak siap lagi

September 9, 2009 at 6:00 am (Uncategorized)

>

Aritu dengan semangatnya aku dengan Ariff & Mamoru pergi Medan Mara. Nak amik baju raya kami lah ceritanya, rupanya.. rupanya.. ohhhh baju tak siap lagi.. tsskkk.. Tukang jahit baju tu janji 3 Sept boleh datang amik baju. Tapi sampai sekarang tak siap-siap gak lagi. Apakah maknanya semua ini??

Sedih ok. Aku tak suka pegi sana dua tiga kali nih. Dah laa nak ke Medan Mara tu jem yang hamatt. Yang tukang jahit tu pun satu, apa lah salahnya kalau dia sms aku cakap baju tak siap lagi ke haper. Sekarang kan dah susah.. adoyaiii.

Takper, nasib baik raya lambat lagi. Ada masa aku nak kejar situkang jahit nih, kalau takk.. terpaksa pakai baju lama.. atauuuu.. “b, jom shopping baju raya lagi”.. hihihihihI (kannnnnn?)

Kesian Ariff.. takper lah nak, kita tunggu dua tiga hari lagi ok 🙂

%d bloggers like this: