>Jenjalan Melaka

September 14, 2009 at 11:30 am (Uncategorized)

>

Malam Sabtu aritu aku plan nak gi shopping lagi kat bandar Melaka (asyik shopping je kan? ala, shopping untuk anak-anak buah pulak). Tapi malam tu aku kena sengat dengan ulat bulu uollss. Terus terlantar hina sampai tengah malam. Bengkak-bengkak tangan aku jadinya. Malam tu jugak Mamoru bawak aku pergi klinik. Lepas kena inject, baru lah surut bengkaknya..

Ahad pulak, aku & Mamoru pergi jenjalan kat bandar Melaka. Kesian Mamoru, sepanjang kahwin dengan aku, tak penahnya aku bawak dia gi town. Bukannya aku tanak. Tapi aku pun buta jalan gak kat Melaka tu. (nama je orang Melaka) Tak pepasal kang kami sesat ke Johor pulak kanggg. Nasib baik adik no.2 sanggup jadi guide. Lepas jugak kami ronda-ronda satu town. SIL Ida tak dapat ikut sebab ada kelas😦


Tengok orang kacau dodol. Tahun nih, kami tak masak dodol & lemang sebab hampir semua adik beradik aku yang dah kahwin beraya kat rumah mertua memasing (termasuk la aku – Sedih, tapi takper, tahun depan kita berkumpul lagi ok adik-adik along semua?)



Adik no.2 amik berkat. Pose lepaskan gian sebab tak dapat mengacau dodol tahun nih. Dodol Fauziah nih sangat sedap (bak kata Mamoru)



Sempat jugak aku pergi bazar peringgit. Cari baju raya lagi.. haii selagi tak raya, selagi tu lah tak habis shopping.



View bazar peringgit dari jejantas depan Melaka Sentral. Aku suka gi sini tau. Jalan dia luas. Walaupun ramai orang, takde lah sampai berlaga bahu macam kat Masjid India nunn.

Hmm.. lets see, baju raya siapa yang aku belum belikan lagi ek?

Baju Nina (adik kecik aku)
Baju Jasmin (anak buah) SETTLED
Baju Ayuni (anak buah)
Baju Ariff SETTLED
Baju Tia (cousin Mamoru)

p/s: Pagi nih aku dapat good news lagi! Adik no.4 dah selamat melahirkan baby girl pukul 7.00 pagi tadi – berat 3.8 kg. Nama belum ada lagi.. aku saja sakat suruh bubuh nama Nurul Ramadhani hahahahaha… Balik kang nak gi spital tengok baby!!! Ohh.. bertambah lagi sehelai baju raya yang aku kena beli untuk baby baru nih🙂

1 Comment

  1. Cicada2nd said,

    >aku pernah datang sini dah dulu. tapi bukan bulan ramadhan la.

Comments are closed.

%d bloggers like this: