>Shopping lagi & lagi

September 14, 2009 at 8:00 am (Uncategorized)

>

Seronok pulak kali nih. Ariff langsung tak meragam. Baik sangattt. Macam bagi chance je untuk mummy dia memborong.

Ekceli tak niat pun nak shopping. Aku pergi medan Mara nih pun sebab nak amik baju raya yang kami tempah bulan lepas. Nih kali kedua aku pi ngamik baju. Tapiiiii… sedih ok. Baju aku besar gila kat bahagian bahu. Dengan span baju yang tebal, aku nampak macam pemain bola ragbi je.. *menci*. Aku suruh tukang jahit tu alter balik.

Banyak kali dah mender camnih jadi kat aku. Dari sulu lagi, asal aku tempah baju (kat memana sekalipun), mesti ada problem. Mestii baju aku terbesar kat memana. Naper ntah. Pasnih aku dah malas nak tempah-tempah lagik. Better beli yang dah siap. Lagi murah.. lagi sesuai dengan badan. Rugi tau tempah baju kali nih. Kain je dua ratus inggit (batik), pastu kos tempah dah lapan puluh inggit. Total = RM 380. Kenaaaa pulak baju yang ditempah jadi tak cantik fuhhhhh.. memang tensi je. Aku rasa, dengan jumlah duit yang sama, aku boleh dapatkan baju siap yang lagi vogue gedevass. Rugi.. rugi.. tak berbaloi sungguh. Moral of de story, next time beli siapp je.

Oh, kat ground floor bangunan MARA nih ada bazar. Menarik gak (walau tak banyak choice). Since aku tak dapat nak berhimpit-himpit kat Masjid India (kesiankan kat Ariff), aku shopping kat sini je – ada aircond maa.. haha. Aku beli kain pelikat untuk ayah & tudung untuk Ibu. Untuk diri sendiri pun ada.. tapi rahsia la apa yg aku beli.. hihihi

Lepas shopping, kami gerak balik Melaka. Memandangkan kami sampai rumah ayah lambat sangat (almost berbuka), aku pakat dgn Mamoru beli KFC je. Nih taim beratur salam KFC.


Lauk berbuka kat Melaka.. fuhh.. Lauk siput dengan lauk burung masak lemak cili api ok!!! KFC memang awal-awal aku tolak tepi dahh!!

2 Comments

  1. biqque said,

    >burung? burung pe? alamak, i kesian kat burung…sob sob…

  2. jesnita_ns said,

    >sodapnya tgk lauk siput tu aD..

Comments are closed.

%d bloggers like this: