>Aku adalah menganggur

October 20, 2009 at 11:05 am (Uncategorized)

>

Finally, I have the guts to tell u gals (and guys) that I am “penganggur terhormat” for almost one month already.. haha. Satu keputusan yang sangat sukar aku buat selepas 7 tahun aku berkerja dengan HBSACM (7 tahun beb!)

Yep, aku dah tak keje since awal bulan aritu.

Dan yer, aku tau sepatutnya bila dah tak keje, aku ada lebih banyak masa untuk update blog, balas komen, etc, tapi.. tidakk dik nonnn.. aku busy, ok. Busy buat segala mala mender yang lamaaaa dah aku impikan sebelum nih – bangun tidur kul seploh, lepak depan tv sepanjang hari, pegi shopping tanpa mengira waktu dan masa, etc, etc. Penah sekali tu, aku habiskan 5 jam straight untuk baca buku favourite aku tanpa perlu risau pasal masa! Heaven!

Gila best bila dapat duduk rumah camnih! Oh, in case kalau korang tanya, tentang Ariff, aku masih hantar dia tetiap hari ke rumah pengasuh sebab kami dah bayar upah pengasuh untuk bulan nih – kang kalau tak hantar, rugi laa pulak kan? Pasal tu, aku enjoy sakan.. hahahaha.

Stop.

Ekceli, cuti aku tak sehebat apa yang aku tulis / bayangkan sperti diatas. Start dari awal bulan aritu, kebanyakan masa aku habis dengan ulang alik ke klinik & hospital. Salah sorang anak buah aku (Jasmin), tak sihat – paru-paru dia kena jangkitan kuman. Memula hari tu, Hanis Sophia kena sakit kulit (baby yang baru lahir aritu – adik kepada Jasmin), sekarang Jasmin pulak sakit. Kesian adik no.4 , tempoh pantang tak habis lagi dah dapat dugaan camnih. Semoga dia tabah selalu. Semoga Jasmin & Hanis cepat sembuh (amin). Hmm, mungkin ada hikmah aku tak keje sekarang nih. At least dapat tolong adik aku, kan?

Anw, aku baru perasan ada banyakkkkkkk mender yang aku boleh buat bila duduk kat rumah nih (instead of membazirkan masa dengan mender-mender remeh). Contohnya, aku teringin sangat nak belajar English Literature. Aku pun tataw dari mana datangnya minat nak belajar sastera inggeris nih. Yang aku tau, aku dah jatuh cinta dengan bahasa-bahasa klasik. Tapi tataw lah bila aku ada peluang atau kat mana aku nak belajar English Literature. Dalam kelas MBA, derang takde offer subjek nih.. hihi. Takper, aku hold dulu impian nan satu nih.

Buat masa nih, aku tengah join kursus untuk jadi makeup artist (dont laugh ok). Aku tau bunyi macam pelik bila perempuan lasak penggila hutan dan gunung macam aku nih pegi attend kursus mekap. But heck, lantak lah. Since aku minat gila bab-bab mekap nih, why not aku jadikan dia sebagai satu mender yang menguntungkan? Lagipun, bukan murah ok, nak beli bebarang mekap nih (M.A.C, Bobbi Brown, etc). Kata orang, menyelam sambil minum air gituu ( tho aku takkan minum air sambil menyelam, esp, air kat swimming pool / air laut – eww.. g.r.o.s.s)

So, siapa nak panggil aku mekap muka korang pasnih, boleh lah berbuat demikian dengan lebih perasaan yang konfiden.. haha.

Oh, permisi sebentar ok. Aku nak tengok movie sambil tunggu baju kering dalam mesin basuh (Mamoru dah sediakan satu hardisck penuh dengan movie untuk aku tengok kat umah nih – see how supportive suami aku nih demi mengelakkan aku boring duduk kat umah – korang ado? muahahaha). Lepas tengok movie, aku nak sambung baca buku baru yang Mamoru belikan aritu (tenkiu hubby).

Haa.. lepas habis memanjakan diri, baru aku upload cerita lagi. Tunggu tau, ada berderet lagi gambar untuk aku publish kat sini!

3 Comments

  1. Elyn said,

    >besh nyer AD!!! tahniah dpt gak duk umah…. jeles i taw.

  2. biqque said,

    >bestnyer tak kejeeeeeeeeeeeeeeeeeee!i slalu terpikir cam bestnyer la tak keje…hehehe…more posts pleaseeeešŸ˜€

  3. aD said,

    >elyn: memang best.. tapi sementara je nih :)biqque: tu la.. kalau dapat poreber camnih kan bestnya lahai…

Comments are closed.

%d bloggers like this: