>IT Gadjet: Movie Box

October 28, 2009 at 8:58 am (Uncategorized)

>

Dari zaman aku kecik, aku berpeluang tengok perubahan teknologi perakam / pemain video bermula dari era penggunaan kaset, beralih ke vcd dan seterusnya dvd.

Dedulu kat kampung aku, kalau rumah sesiapa ada video player (yg guna kaset-film tu), memang kira gempak lah. Taim tu aku sekolah rendah lagi. Taim penggunaan vcd mula popular, family aku masih lagi setia dengan video player lama kami (tadok duit woo nak tukar vcd). Tapi tak sempat vcd nak glamer, dvd pulak mula diperkenalkan. Cepat betul perubahan teknologi masa kini kan?

Tu tak termasuk lagi penggunaan henpon yang bertambah canggih sampai boleh tengok tv atau surf internet (aku mula pegang henpon masa first year aku masuk universiti okay – Zaman Nokia 3310 taim tu. Malu gila bila tengok henpon aku lagi cikai dari henpon buak sekolah rendah sekarang.. tsssskkkkkkkk).

Walkman pun camtu gak, dari era aku guna walkman berkaset, pastu walman ber-cd, sampailah walkman mini MP4 (yang boleh upload movie dalam tu). Kamera pun camtu gak, dari guna roll-film sampailah guna memory card – dari kita tataw cemana rupa gambar yang kita ambik, sampai laa ada lcd skrin kat belakang kamera!

Fuhh.. pesat betul perubahan teknologi sekarang nih, kan? Akan datang, ntahapehaper lagi lah teknologi canggih-manggih yang wujud nanti (aku suka baca majalah Skymall – dalam tu banyak gila teknologi / gajet canggih yang baru direkacipta)

Anw, hari nih aku nak cerita tentang satu teknologi (yang baru bagi aku – mungkin korang dah pernah dengar) yang ada sangkut paut dengan penggunaan dvd jugak

Presenting….. *drum roll*…. Movie-Box šŸ™‚

Melalui movie box nih, korang boleh tengok movie & simpan semua koleksi movie korang secara softcopy – sama ada guna hardisk atau thumbdrive. Aku rasa cara nih lebih senang dari penggunaan cd / dvd, SEBAB, ianya adalah sangat menjimatkan ruang! Yelah, kalau guna dvd, sure nak sediakan ruang / kotak / drawer / album untuk simpan koleksi dvd tu. TAPI kalau guna movie box nih, korang just perlukan satu hardisk sahaja (atau dua hardisk – in case kalau nak buat backup)!!! Simple kan?


Ini citer kartun yang Mamoru pasang guna Movie Box – sangat clear! Skrin kecik tu channel Astro (Mamoru set dua skrin in case kalau takut terlepas cerita best kat Astro masa tengok movie)


Nih lah gadjet movie box yang aku ceritakan tadi. Kecik je saiznya – lebih kurang sama besar dengan hardisk Mamoru. Cara penggunaan pun senang, Just cucuk satu wayar HDMI dari movie box ke LCD skrin, pastu wayar warna-warni tu cucuk ke set home theater dan satu wayar USB ke hardisk atau thumbdrive. Selain guna untuk tengok movie, mender alah nih boleh diguna untuk explore segala fail yang ada dalam hardisk korang (ie, tengok gambar etc) – Guess, tak lama lagi DVD player akan jadi barang antik macam pemain video kaset dulu.. hihi


Nih box dia – kecik & comel je. Harga kat box tu RM 169. Lebih kurang harga satu dvd player jugak lah. Tapi sangatttttt berbaloi-baloi okeh!

p/s: Now I wonder, bila agaknya penjual dvd nak jual movie secara soft copy????? Hmm, that would be interesting. Maybe kita hanya perlu pergi kedai dan hulur thumbdrive sahajor kan kan kan? But that surely gonna be a disaster too – untuk pengeluar movie of course – kalau sekarang dinamakan lanun cetak rompak, maybe akan datang diberi nama lanun-soft-copy (okay, thats sound stupid, perhaps somebody will come out with a better name later)

Advertisements

7 Comments

  1. miEz haNeM said,

    >deAR:0 nOkIA 3310:)HuHU..sentImental TumiEz Pgg NOKia 3310 MASA FoRm 4:)sanngup tu makam meggI semata2 nak sMS NGAN MATA AIr:)TiMe tU maxIs tOp uP 60 ATAU 30 HiNGgIT!! wELAWEHH:)

  2. aD said,

    >miez hanem: betullll taim tu satu sim card tu rega dia rm 200 ++ okeh.. hihihi. form 4? fuhh kira kayo gak la tu. aD masa form 4 henpon pun tak kenal lagi kut hahahaha..

  3. e.l.i.s.s.m.i.e said,

    >wowiey..teruja nyer dengan ini movie box..dah laa tengah berkira2 nak beli dvd player ni..hahahaha

  4. Sikelu said,

    >he hee Nokia 33 Sekupang

  5. aD said,

    >elissmie: memang best & clear mender nih sbb guna HDMI tech.. sikelu: nostalgia sungguh kan?

  6. Elyn said,

    >gadget skang terlalu advance. aii tak sempat nk khatam dh mai lagi baru…. huhu nmpk sgt ketinggalan bas express hihi

  7. Aizura said,

    >aD, good info laa.. weekend ni nk blk kl.. nk g carik aa.. beli kt ner tu? lowyat ker? kedai mana 1? šŸ˜€

Comments are closed.

%d bloggers like this: