>Ariff 5 months old

November 10, 2009 at 12:04 pm (My precious Ariff)

>

Hepi 5 months birthday sayang!

Terima kasih atas kegembiraan yang tak terhingga yang Ariff bawa pada mummy & daddy. Mummy harap (dan berdoa) agar kegembiraan ini berpanjangan selamanya.

Perkembangan Ariff pada usia 5 bulan:

Sangat suka tersenyum. Banyak kali juga lah mummy ‘tersangkut’ bila ada stranger (perempuan biasanya) yang tarik tangan Ariff semata nak tengok Ariff dengan lebih dekat. Kadang-kadang mummy rasa suka & bangga bila ramai orang suka tengok Ariff. Tapi adakalanya mummy takut juga bila ada berdepan dengan stranger yang agresif sampai mummy terpaksa bertindak kasar sedikit dengan melarikan Ariff dari mereka. Mummy takut mereka rampas Ariff (haha.. ya mummy agak paranoid). Lagipun kan negara kita masih belum reda dengan penyakit H1N1. Mummy tak nak ambil risiko.

Suka berdiri dan melompat atas riba mummy. Kaki Ariff sekarang dah kuat. Sangat kuat sampai mummy tak mampu bertahan kalau Ariff nak berdiri lama-lama. Banyak kali juga lah mummy kena ‘tendangan’ padu Ariff kat perut mummy. Senak sangat tau.

Dah pandai bagi isyarat ‘meminta sesuatu’. Yang nih memang mummy teruja sangat. Satu hari tu mummy dukung sambil menari dengan Ariff. Ariff tergelak besar bila mummy lompat-lompat. Bila mummy berhenti sebab penat, Ariff tenung mummy lama-lama. Seolah minta mummy buat sekali lagi. So, mummy lompat lagi dan Ariff tergelak semula. Pastu bila mummy berhenti, Ariff pandang mummy sambil buat muka yang sama. Mummy lompat-lompat lagi sampai lah mummy betul-betul tak larat. Lagi satu, bila mummy leka tengok TV, Ariff akan buat ‘noise’ supaya mummy pandang Ariff. Dia macam marah kalau mummy tak tumpukan perhatian pada dia. Cute sangat. Nak tidur pun macam tu. Kalau mummy atau daddy tak usap-usap badan atau kaki dia, Ariff akan buat ‘noise’ dan hanya akan berhenti kalau kami ada kat sebelah dia.

Ariff dah pandai gerakkan walker dia ke sisi dan kebelakang. Kelakar je tengok Ariff ‘jalan’ gostan. Selalunya, bila Ariff duduk dalam walker, mummy akan berdiri depan Ariff sambil menyanyi & menari. Ariff teruja sangat tengok mummy sampai lompat-lompat dalam walker tu. Oh, mummy ada lagu ala-ala pom-pom girl yang mummy cipta khas untuk Ariff.. hihi.

Masa Ariff genap lima bulan aritu mummy & daddy bawa Ariff pergi Al-Islam. Sepatutnya Ariff takda appointment dengan paed sehingga Ariff genap 6 bulan tapi mummy risau Ariff batuk-batuk. Walau pun batuk Ariff jarang-jarang. Mummy tetap juga nak check. Mummy ada asthma masa kekecik dulu. Mummy taknak Ariff mewarisi menyakit yang sama. Kata Paed, batuk Ariff tak serious. Syukur. Semoga anak mummy sihat sentiasa dan dijauhkan dari segala penyakit.

Berat Ariff sekarang sudah 7.8 kg. Sikit lagi nakgenap 8 kilo tau. Semangat anak mummy nih. Mummy tak terasa pun berat Ariff setiap kali mummy dukung Ariff. Mungkin sebab mummy dah biasa bawa haversack yang berat-berat masa mummy aktif mendaki gunung dulu🙂

Layan kan lah gambar Ariff kat bawah nih. Nanti mummy snap lagi ya!


Mummy, donat ni nampak sedap lah


Umm.. tapi kenapa keras ya?


Tak apa lah.. munch.. munch..


Errr.. siapa yang duduk dalam walker Ariff nih? Ada mata besar dan ada sayap comel pulak tu?


Ohh.. ladybug rupanya..


Hmm since when spidey Ariff jadi ladybug?

2 Comments

  1. Miss weck said,

    >budak ucuk,acam,acinnn!! hehe..ariff culleng??

  2. biqque said,

    >hahahaha comel!

Comments are closed.

%d bloggers like this: