>Home made choc Indulgence

November 11, 2009 at 8:00 am (Resepi)

>

Dah lama dah aku buat kek Indulgence nih. Rasanya dua atau tiga minggu lepas kut.. hik. Dah masuk dalam perut dah pun.. sesilap dah keluar balik.. ops.. haha.

Tak ada special occasion pun. Saja buat kek untuk makan anak beranak (eh, Ariff belum tahu makan lagi lah).

Aku suka makan choc Indulgence yang dibuat sendiri dari beli kak Secret Recipe. Personally lah, aku rasa chock indulgence Secret Recipe tak sedap langsung. Whipping cream yang derang guna takde kualiti. Pastu bila potong kek dia jadi lembik semacam.. runtuh je bila kena potong. Secret recipe laa sangat.. kan?


Untuk buat kek yang sedap, bahan yang digunakan haruslah berkualiti. Baru lah nikmat rasa kek yang dibuat. Tak lah muak bila dimakan. Untuk buat choc indulgence nih, memula kita masak kek dulu – sponge cake. Banyak cara nak masak sponge cake nih (yang nih aku tayah terangkan lah nah. Rasanya semua orang tahu macam mana nak buat sponge cake). Kalau takde mixer pun tak apa. Pukul pakai tangan pun boleh.



Bakar kek dalam oven


Ops, pecah sikit kek aku. Tapi takpe.. boleh potong & ratakan bahagian atas tu.


Pastu potong 4 lapisan tau


Masa kek tengah dibakar dalam oven, aku prepare whipping cream. Cara nak buat dia, putar dalam mixer sampai dia jadi kembang & pekat. Pastu bahagi dua dan campurkan satu adunan whipping cream dengan coklat masak dan satu lagi adunan dengan coklat putih. Make sure korang beli whipping cream yang berkualiti – tak perlu campur air atau gula. Pastu korang bubuh lah atas setiap lapisan kek tadi.


Pastu sediakan satu bahagian whipping cream lagi untuk cover keseluruhan kek. Kemudian simpan dalam fridge semalaman.


Esoknya, keluarkan kek dan buat topping. Cairkan coklat dan bubuh la atas kek tu. Hias lah kek korang mengikut citarasa sendiri.


Ok, aku tahu topping kek aku tak kemas dan sangat selekeh. First time buat topping maa, what do you expect. Janji rasa dia lebih sedap dari kek secret recipe.. hihihi.


Amacam? Ada berani nak buat sendiri? Memang leceh gila nak buat.. tapi hasil dia marveles beb. Pasnih, tayah beli kek kat kedai lagi🙂

2 Comments

  1. e.l.i.s.s.m.i.e said,

    >alaa..terliurnya..tapi aku buat biskut pun fail..inikan pulak kek😛 mixer pun tadak..oven jauh sekali..hahahaha

  2. biqque said,

    >haaaaaaaaaa lama u tak buat post masak-memasak😀

Comments are closed.

%d bloggers like this: