>Gunung Pine Tree Hill

November 12, 2009 at 8:56 am (XPDC Gunung)

>

Lepas laporkan diri kat balai polis Fraser Hill, kami pergi Infomation Kaunter. Try cari peta untuk ke gunung Pine Tree Hill. Tapi nan ado ok.


Guess kami terpaksa redah sendiri je lah. Kami drive sampai ke starting point. Parking kereta kat TM Resort (minta izin orang kat situ). Nak parking depan starting point takut tak selamat.

Layan kan lah log bergambar pendakian kami ke puncak gunung Pine Tree Hill nih.



Trail yang ada kat board tu tak membantu langsung. Sekerat jalan je. Kami start trekking tepat pukul 12.00 tengahari. Oh, kat board tu ada satu gambar pokok, ‘Bird Nest Fern’ atau dalam bahasa melayu “Pokok Langsuir”, boleh? Macam tuuuuttttttt. Ntah saper lah yang pandai kasi nama.



Sepanjang trek ada 5 pondok rehat. Dua pondok last tu dah ranap.



View sepanjang trek takde beza macam gunung lain. Cuaca pagi tu agak gelap. Kami bajet, kami terpaksa trekking dalam hujan. Tapi alhamdulilah, sepanjang pendakian cuaca macam berpihak pada kami. Cerah sampai ke petang. Syukur sangat.



I almost forgot how this tiny little creature can be hugely annoying. Pacat durjana sedang memanjat kasut aku. Separuh dari perjalanan memang bertemankan pacat je lah. Tapi takde la banyak sangat.



Starting trek ada banyak tangga buatan. Tapi sekerat jalan je.



Batu sempadan antara Selangor & Pahang




Trek kat nih agak clear dan senang nak cari.



Gua yang terbentuk dari akar pokok. Scary.




Sepanjang trek ada banyak lopak air (mungkin sebab musim hujan). Ada jugak dua tiga biji tong air kat tengah trek – tapi banyak jentik-jentik kat dalam tu. Aku bawa 1.5 lier air je. Tapi cukup untuk kegunaan sendiri sepanjang naik & turun gunung.



Banyak jugak balak yang tumbang kat tengah trek.




Me posing dengan my parang kontot.. hihihihi.



Ok, this is where things gets tricky. Kami hampir tersesat bila sampai kat batu besar nih tau. Trek tetiba hilang tanpa kesan dan yang ada hanyalah denai kecik kat tepi batu nih. So, kami pun panjat lah tebing tu sampai ke atas.



Nasib baik kami tak terus tersasar. Kat atas batu tu langsung tak ada kesan trek atau marking yang trekker dulu buat. Mamoru ajak berpatah balik ke trek asal.



Rupanya, laluan kami tertutup dengan semak & pokok tumbang. Banyak habis masa kat sini – Mamoru tebang dahan yang tutup trek.



KM 3.9. Kami sampai kawasan pondok ke 5 nih pukul 2.20 ptg. Kat sini kami terdengar bunyi sungai mengalir. Guess ada water point yang berdekatan. Tapi kami tak pegi cari. Tak cukup masa pluss bekalan air kami still banyak.



View hutan lumut yang menghijau.. I likeee.



Nih lah cerun curam yang orang duk cakap tu. Tapi tak bahaya sangat sebab banyak akar kayu untuk dijadikan tempat berpaut.



Kami sampai puncak tepat pukul 3.00 petang. Ngam-ngam 3 jam trekking. Puncak nih kecik je. Licin pulak tu. Ntah berapa kali aku tergolek atas nih.. hik. Kat bawak puncak nih ada kawasan lapang yang terlindung angin. Muat lah untuk 10 orang camping kat situ. Err nampak tak plastik sampah biru yang tergantung kat pokok tu. Siapa lah yang gantung kat sini ek *jeling kat team Chua yang naik gunung nih 2 minggu lepas*.. Mamoru dah amik bawak turun.



Not bad jugak lah kasut nih. Memang tak menghampakan. Rasa selesa & langsung tak melecet walaupun first time pakai. Memang jadi feveret aku pasnih (selain kasut getah)



Our lunch – nasi lemak ayam & buah-buahan. Aku kalau mendaki tak bawak buah-buahan memang tak sah. Sedap woo makan buah kat puncak gunung. Kami rehat kat sini dalam sejam jugak lah.




Last picture kat puncak sebelum gerak turun. Oh, dari puncak nih nampak sayup je view Bukit Fraser.


Simple log yang kami buat:

12.00 pm – start trekking
12.02 pm – Pondok 1st

12.20 pm – Pondok 2nd
12.30 pm – Pondok 3rd
12.50 pm Pondok 4th (pondok nih dah roboh)

2.20 pm – Pondok 5th (ada 3 pondok kat sini – pun dah roboh) – ada water point kat sini.
3.00 pm – sampai puncak
4.oo pm – gerak turun (kami jumpa burung enggang taim nih – besar gila & menakutkan bunyi dia.. hihi. Second time jumpa enggang kat dalam hutan. First masa kat hutan Mulu, Sarawak dulu).
6.oo pm – kami sampai starting point semula.

Taim turun gunung memang laju gila kami jalan – non stop. Dalam kepala memasing asyik fikir: Ariff.. Ariff.. Ariff.. Tak sabar nak balik rumah jumpa anak.. hihihi.

Overall, kalau ikut signbord yang ada kat trek nih, perjalanan pergi dan balik adalah sejauh 11km.

9 Comments

  1. erlyda said,

    >wahhh mcm best jer kan😉

  2. || NaFiRaa || said,

    >wahhhh.. kagum jek.. 2 2 suka trekking.. jap lagi arif plak joint..

  3. mas said,

    >kak AD….len kali kalo ade wat hiking nk ikot leh…da one year+ stop…husband bkn kaki gunung plak tu..huhuhuh….nk hikott….bestnye…

  4. Elyn said,

    >wow seronok tgk u all pi mendaki. tapi nak ajak i jgn la…. i mmg penakut huhu. tak pasal je kene cop anak bandor!! tp sebbaik la laki i ske mende2 ni….AD next blogkan lagik ek. seronok tengok u all. tp bile tgk pacat geli sey hahahah

  5. aD said,

    >erlyda: memang besttttnafira: memang akan di-trained untuk ikut mummy & daddy dia hihimas: bolehhh.. tapi kami jenis suka buat plan tergempar.. :)elyn: next taim boleh ajak cik abg u join k.org hihihi. insyaAllah, kalau ad masuk gunung lagi ad musti upload sini🙂

  6. biqque said,

    >oh noooooooooooooooooooo! pacatttttttttttttttttttt!(pengsan)

  7. Apizolla said,

    >kalo x salah… ni puncak twin peak kan?PTH x smpt g ek ?

  8. mOlliE said,

    >salam kak ad..bestnye hiking….tatau bile nak buat bende2 ni lagi….huhuh

  9. aD said,

    >biqque: ohh yessss… hahahahaapizolla: ni PTH la. Twin peak lagi satu kilometer baru sampai. dah lewat sangat taim nih tak sempat gi TPmollie: kalau rasa teringin tu.. koling-koling laa..🙂

Comments are closed.

%d bloggers like this: