>Ariff 5 months old

November 10, 2009 at 12:04 pm (My precious Ariff)

>

Hepi 5 months birthday sayang!

Terima kasih atas kegembiraan yang tak terhingga yang Ariff bawa pada mummy & daddy. Mummy harap (dan berdoa) agar kegembiraan ini berpanjangan selamanya.

Perkembangan Ariff pada usia 5 bulan:

Sangat suka tersenyum. Banyak kali juga lah mummy ‘tersangkut’ bila ada stranger (perempuan biasanya) yang tarik tangan Ariff semata nak tengok Ariff dengan lebih dekat. Kadang-kadang mummy rasa suka & bangga bila ramai orang suka tengok Ariff. Tapi adakalanya mummy takut juga bila ada berdepan dengan stranger yang agresif sampai mummy terpaksa bertindak kasar sedikit dengan melarikan Ariff dari mereka. Mummy takut mereka rampas Ariff (haha.. ya mummy agak paranoid). Lagipun kan negara kita masih belum reda dengan penyakit H1N1. Mummy tak nak ambil risiko.

Suka berdiri dan melompat atas riba mummy. Kaki Ariff sekarang dah kuat. Sangat kuat sampai mummy tak mampu bertahan kalau Ariff nak berdiri lama-lama. Banyak kali juga lah mummy kena ‘tendangan’ padu Ariff kat perut mummy. Senak sangat tau.

Dah pandai bagi isyarat ‘meminta sesuatu’. Yang nih memang mummy teruja sangat. Satu hari tu mummy dukung sambil menari dengan Ariff. Ariff tergelak besar bila mummy lompat-lompat. Bila mummy berhenti sebab penat, Ariff tenung mummy lama-lama. Seolah minta mummy buat sekali lagi. So, mummy lompat lagi dan Ariff tergelak semula. Pastu bila mummy berhenti, Ariff pandang mummy sambil buat muka yang sama. Mummy lompat-lompat lagi sampai lah mummy betul-betul tak larat. Lagi satu, bila mummy leka tengok TV, Ariff akan buat ‘noise’ supaya mummy pandang Ariff. Dia macam marah kalau mummy tak tumpukan perhatian pada dia. Cute sangat. Nak tidur pun macam tu. Kalau mummy atau daddy tak usap-usap badan atau kaki dia, Ariff akan buat ‘noise’ dan hanya akan berhenti kalau kami ada kat sebelah dia.

Ariff dah pandai gerakkan walker dia ke sisi dan kebelakang. Kelakar je tengok Ariff ‘jalan’ gostan. Selalunya, bila Ariff duduk dalam walker, mummy akan berdiri depan Ariff sambil menyanyi & menari. Ariff teruja sangat tengok mummy sampai lompat-lompat dalam walker tu. Oh, mummy ada lagu ala-ala pom-pom girl yang mummy cipta khas untuk Ariff.. hihi.

Masa Ariff genap lima bulan aritu mummy & daddy bawa Ariff pergi Al-Islam. Sepatutnya Ariff takda appointment dengan paed sehingga Ariff genap 6 bulan tapi mummy risau Ariff batuk-batuk. Walau pun batuk Ariff jarang-jarang. Mummy tetap juga nak check. Mummy ada asthma masa kekecik dulu. Mummy taknak Ariff mewarisi menyakit yang sama. Kata Paed, batuk Ariff tak serious. Syukur. Semoga anak mummy sihat sentiasa dan dijauhkan dari segala penyakit.

Berat Ariff sekarang sudah 7.8 kg. Sikit lagi nakgenap 8 kilo tau. Semangat anak mummy nih. Mummy tak terasa pun berat Ariff setiap kali mummy dukung Ariff. Mungkin sebab mummy dah biasa bawa haversack yang berat-berat masa mummy aktif mendaki gunung dulu 🙂

Layan kan lah gambar Ariff kat bawah nih. Nanti mummy snap lagi ya!


Mummy, donat ni nampak sedap lah


Umm.. tapi kenapa keras ya?


Tak apa lah.. munch.. munch..


Errr.. siapa yang duduk dalam walker Ariff nih? Ada mata besar dan ada sayap comel pulak tu?


Ohh.. ladybug rupanya..


Hmm since when spidey Ariff jadi ladybug?

Advertisements

Permalink 2 Comments

>Ariff ke Aquaria KLCC

November 10, 2009 at 10:21 am (My precious Ariff)

>

Ok stop kejap cerita make up.

Nak tunjuk gambar Ariff pergi Aquaria pulak. Bulan lepas kami bawa Ariff pergi lawatan sambil belajar ke zoo Melaka, kali nih kami bawa dia belajar tentang hidupan laut pula. Seronok sangat tau 🙂


Spidey Ariff takut tengok ‘kawan’ Tarantula dia.. haha


Look Ariff.. green snake.


Ariff sleep halfway masa kami berjalan dalam Aquaria nih.. penat sangat kut.


Ariff & Iguana.. Seronoknya kat tempat nih bila hampir semua haiwan yang ada kat Aquaria nih ada dalam Ensiklopedia Ariff. Sebelum nih Ariff just tengok gambar je.. now, dia dapat tengok Live!


I’m tired la mummy. I’m gonna take a nap first. Wake me up when u see shark nearby kay.


Bergambar dengan abang diver yang nak bagi ikan Arapaima Gigas makan. Besar gila ikan tu. Tapi Ariff dah tertidur taim nih 😦


So, mummy berhepi-hepian dengan daddy je


Ariff dalam underwater tunnel. Dua kali kami jalan bawah tunnel nih. Sekali masa Ariff tengah tidur, sekali lagi bila Ariff dah bangun.


Ariff pelik tengok orang berenang kat dalam tu..


Ariff look.. there’s a shark!


OMG, theres so many sharks above us… Mummy dah takut dah tapi Ariff enjoy je tengok ikan tu berenang-renang atas dia.


Ariff dengan daddy depan gigi ikan jaws


Tengok tu, ajak bergambar pun tamau. Leka tengok ikan kat belakang dia.

Ok, next kita pegi lawatan sambil belajar kat mana pulak ya?

Permalink 3 Comments

>Make over untuk dinner

November 9, 2009 at 10:08 pm (Make up)

>Kami make up untuk sekumpulan 7 orang client kat Jalan Gurney. Derang semua nak pegi dinner alumni sekolah derang kat Sunway Hotel. Besar gila rumah kat sana – macam Istana (seriyes besar tau – confirm bilik dalam rumah tu lebih dari 10!).

Tapi aku make up kan sorang je lah.. hih


Muka sebelum make-up. Lupa nak tanya nama akak nih. Nak cepat taim tu.


In the making. Mencabar sungguh bila kena makeupkan orang di bawah lampu kuning.


Selepas make over. Gambar tak jelas. Kamera kompak aku tak berfungsi dengan baik diwaktu malam.. tsskkkk.. tak dapat tengok detail 😦 Apa pun, aku puas hati, akak tu suka sangat dengan make up aku. Suka tengok dia tersenyum je lepas make up 🙂


Our make up team, dari kiri; yours truly, Misha, Ian Sham & Ain

Permalink 4 Comments

>Make over bridesmaid

November 9, 2009 at 4:00 pm (Make up)

>

Another make over (for wedding kat Bora Ombak tengahari semalam). Aku make up kan untuk Bridesmaid je 🙂

Tak sempat nak ambil gambar ‘before’ Mas. Nak kejar masa.. pluss, aku lupa, boleh? Frust jugak tapi layan kan je lah gambar ‘after’ kat bawah nih.


Tak boleh make up lelebih sangat sebab tak nak pengapit ‘melebih’ dari pengantin.


Mas senyap je masa aku make up kan. Nervous juga, takut dia tak suka ke apa. Tapi tak sangka, lepas habis make up Mas peluk aku. Dia cakap, tenkiu sebab buat dia jadi cantik.. terharunyaaaaa..


Sweet je kan Mas nih 🙂


Close up muka Mas. Aku guna warna soft & natural. Tang bulu mata tu, I just can’t help it – I just loveeee the dramatic effect.. hihi.

Permalink 2 Comments

>Sesiapa yang keje bank – HELP

November 9, 2009 at 9:41 am (Uncategorized)

>

First sekali, alhamdullilah, syukur sangat pada Allah (swt) atas limpahan rezeki-Nya. Aku memang sangat-sangat tak menduga tau..

Pagi nih aku dapat call dari another Bank (local bank), suruh aku attend derang punya assessment & medical checkup (I’ve attended their interview last two months ok – aku dah dapat offer lain baru nak panggil). Dannn y’know what, chances untuk dapat offer kerja kat sana adalah sangat cerah!

Dan sekarang, aku pulak dalam dilema. Let say kalau aku dapat offer dari Bank nih – means, aku akan berdepan dengan DUA tawaran kerja dari DUA Bank sekaligus (satu local bank, satu lagi overseas bank) – HOW? Macam mana aku nak pilih antara dua majikan nih? Which one is better?

Sesiapa yang sedang bekerja di bank adalah sangat diharapkan untuk membantu aku disini untuk membuat pilihan. Aku ada masa seminggu sahaja untuk buat keputusan. Sama ada nak pilih:

Bank A (oversea bank) – aku dah sign offer letter dan akan mula bekerja disini pada 16 Nov ’09. atau;

Bank B (local bank)

Since aku takkan reveal nama-nama future majikan aku nih, aku biar korang agak-agak je lah kat mana aku akan bekerja.

Let say, Bank A terdiri dari HSBC, UOB ……. whilst Bank B terdiri dari CIMB, Maybank (yep, kedua-dua bank yang offer aku tu ada tersenarai kat sini – guess lah?).

Aku just nak tau benefit yang aku akan dapat dari bank-bank nih:

1. Elaun,
2. Bonus,
3. Kenaikan gaji,
4. Medical (cover untuk spouse & children? maternity? dental? eyes?)
5. Kadar interest rate untuk staff buat house loan, car loan? sundry loan?
6. Annual leave,
7. Majikan punya contribute untuk EPF (i know overseas bank pay at least 16% untuk EPF – adakah local bank juga bayar dengan kadar yang sama atau tak ada beza dengan company biasa?),
8. Last but not least, bank mana yang ada buat banyakkkk xtvt sosial untuk staff (annual dinner? sports club? outdoor club? family day? annual trip? etc?)

Bank A tayah kasitau sebab aku dah dapat offer letter, jadi aku dah tau semua benefit yang aku akan dapat. Aku just perlukan info untuk Bank B (local bank) sahaja.

Tolong ya!

Permalink 4 Comments

>Make over Ain

November 9, 2009 at 8:41 am (Make up)

>

I know.. I know.. ai dah seminggu lebih tak update blog. I busy tau. Busy spend masa dengan Ariff, busy make up kan orang, busy attend kelas, etc. Lagipun cuti ai tinggal seminggu nih je uolss. Next monday ai dah start keje ok. Thats why laa ai prefer untuk memaksimumkan saki baki cuti ai dengan perkara yang ai suka – make up!


This is Ain, my new friend. Bakal jadi nurse dia nih. Dia dengan sukarela untuk jadi model make up aku.. hihi (thanks Ain). Nih muka Ain sebelum di make up kan.


Ain in the making.


Ain selesai di make over oleh aii.. pandangan sisi.


So camne, geng? Ok tak? (I need comments, pls 🙂

Permalink 7 Comments

« Previous page