>Make up for wedding

December 29, 2009 at 10:41 pm (Uncategorized)

>

Tahniah buat my little sister yang dah selamat melangsungkan perkahwinan pada minggu lepas. Tahniah juga buat suami dia, Hazwan, yang juga merupakan rakan sepergunungan aku cum kawan baik Mamoru masa belajar dulu 🙂

My sis request aku make up kan dia untuk majlis nikah dan berinai kecil. I’m so proud doing it. Paling bangga bila my sis & kawan-kawan dia komen aku punya make up lebih cantik dari mak andam official yang dia ambil untuk majlis berinai besar (thanks sis, for your trust!)



Nih gambar my little sister masa hari pernikahan dia. Aku guna M.A.C, Kryolan & Dermacolor untuk base. Mata, aku gunakan Star Violet & Cream De Violet dari M.A.C. Bibir pula, aku guna warna nude plus M.A.C Lust. I did her tudung too. Aku yang suggest dia pakai tudung & selendang style gini. Plus aksesori tu semua dari my fav collection 🙂



Suka sangat my sis bila tengok hasil make up aku. Masa tengah make up, my sis sempat bergurau suruh aku baca doa naikkan seri muka.. Lawak lah. Aku rasa, dia nervous taim tu.
Aku suruh selawat bebanyak je 🙂



She looks so gorgeous sangat petang Jumaat tu. My ugly duckling sister dah berubah jadi beautiful swan.. Ok, gurau.



Make up untuk malam berinai. Aku just ambil masa tak sampai sejam untuk make up & siapkan adik aku taim nih sebab pengantin lelaki dah nak sampai. Kelam kabut juga tapi alhamdullilah, siap on time.



Aku tak ada gambar close up untuk make over nih. Yang ada nih pun aku crop je. Untuk make up yang nih, aku guna M.A.C mineralize eyeshadow limited edition ‘Museum Bronze, Jardin Aires & Copperized. Bibir pun aku guna M.A.C Elle.



Beatiful. Aku sendiri suka sangat tengok muka dia 🙂



Oh, I did her hair too and pakaikan veil & semua aksesori.

p/s: Later i’ll upload her wedding picture. All taken by Mamoru. Serious lawa semua gambar. Tak caya tanya Biqque (dia dah tengok kat FB).
Advertisements

Permalink 11 Comments

>Make over Niza

December 14, 2009 at 9:00 pm (Uncategorized)

>

Make over yang ni, Niza dari Tg Karang.. kawan belah Kuala Selangor didatangkan khas oleh Azahar .
So tgk la hasil make-over yang ni.


Niza “sebelum” di make up kan – gambar amik kat FB dia.



Niza “selepas” make over. Aku tak trim eyebrow dia.



She looks beautifully amazing. Gambar di ambil oleh Mamoru & Azahar (Ukir Photography)

Permalink 1 Comment

>Dinner makeup cik Sera

December 14, 2009 at 7:00 am (Uncategorized)

>

Lagi makeup untuk dinner. Special kali nih, client aku adalah seorang blogger – cik Sera. Aku makeup untuk dua orang sekaligus kat Federal Hotel, Bukit Bintang.

Again, tak sempat nak ambil gambar “before”. Just ada gambar “after” je. Kalau nak tengok gambar “before”, korang boleh pergi jenguk blok cik Sera. If you’re lucky, you’ll get to see the rest of the pictures 🙂



Sera dengan.. (adui, forgot her name.. sory)




Shes so easy to work with.



Sera’s friend.


Permalink 3 Comments

>Masquerade Party

December 7, 2009 at 9:00 pm (Uncategorized)

>

Make over untuk masquerade dinner kat Pusat Bandar Damansara. Oh, btw, event derang dekat the Garden, Mid Valley sebenarnya. Enjoy the pictures!


This is Sha. Nampak macam chinese, tapi melayu sebenarnya.


Dia nak aku make up ikut tema warna baju dia 🙂


This is Zetty. Baju dia macam snow white. Comel!


I did the hair too 🙂


Zetty with her gorgeous mask.


Yang baju gold tu, bukan aku yang make up kan.


Zetty dengan Sha


Wish company aku buat dinner tema cenggini. Sure best kan?

Permalink 6 Comments

>Wish list for 2010

December 5, 2009 at 10:48 am (Uncategorized)

>

Dah hampir masuk tahun baru nih kena ada wishlist baru. To my blogger friends yang selalu tinggalkan komen kat sini, apa kata kita reramai buat wishlist untuk tahun 2010. Pastu reramai tolong aminkan sesama, mana la tau sok lusa termakbul impian kita.. hihi.

Ok, syarat nak buat wishlist nih senang je. Ada dua;

1. Semua wish tu hanya untuk ditunaikan dalam tahun 2010 sahajor. So, kalau korang buat list sampai berkajang-kajang kertas, korang kena lah jadikan semuanya REALITI sebelum hujung tahun 2010. Ada brani? Bukan apa, ini adalah untuk mengelakkan kita dari terlalu banyak berangan.

2. Kalau ada gambar untuk setiap wishlist tu, upload kan sekali nahh.

Note 1 : Kalau korang dah buat entry pasal “Wishlist for 2010”, sila tinggalkan komen kat blog aku supaya aku boleh pegi blog korang dan sesama share impian suci murni korang tu tau. Mana lah tau, masin mulut aku mengamin kan impian sunsilk korang berubah menjadi kenyataan, siapa tau kan? Hihihi.

Note 2 : Mender nih bukan compulsary. Kalau korang rajin, buat lah, kalau tak toksah layan aku nih. Aku pun kengkadang ikut mood gak nak jawab tag orang.. hahaha (jangan marah nah)

*************************

Ok, jom start dengan wishlist aku untuk tahun depan Ada beberapa mender yang aku nak (or mesti) dapatkan untuk tahun depan (Mamoru, sila take note.. hihihi).


Karrimor Cougar 40-55 Rucksack. Aku nampak beg nih kat outlet Tearproof Mid valley aritu. Sangat cool beb.Harga dalam 800++ (kalau sales dapat diskaun 20%). Ekceli aku takde keperluan untuk beli beg baru sebab beg Deuter Futura 40+10 still ok lagi. Tapi ntah lah.. aku terberkenan nak cuba Karrimor pulak kali nih. Eh, wait. Mana pergi beg Deuter aku ek? (Chua, tolong basuh sebelum pulangkan ya. Dah bertaun aD tak basuh beg tu.. hihihihi)


Canon personal Digital Photo Printer. Aku dah suarakan kat Mamoru suruh mender alah nih. Aku tak sure brand apa yang terbaik. Tapi kalau tengok Canon punya printer, memang gempak. Aku nak beli mender nih sebab senang untuk aku print memana gambar yang aku suka dengan cepat. Aku dah ada terlalu banyakkkkkkkk gambar dalam simpanan sampai tak terhantar kat kedai untuk cuci. Lagipun senang aku nak buat scrap book kalau ada printer nih 🙂


Takluk lebih banyak gunung di seluruh Malaysia. Yess.. my next xpdc is in April 2010 – Mendaki Gunung Trusmadi & Tambuyukon. Kena fit nih. In between tu, aku nak mendaki gunung-gunung lain jugak! (this photo taken at Sarawak – otw mendaki gunung Mulu)


Beli kereta MPV. Sesuai la dengan status aku yang dah bekeluarga nih. Senang nak angkut bebarang Ariff kalau kami balik kampung. Nak beli MPV jenis apa tataw lagi (most probably Malaysian punya la kut – aku belum kaya lagi la nak beli kereta jenama oversea.. hihi)


Landed property. InsyaAllah termakbul sebelum hujung tahun nih. Aku prefer end lot double story. Senang nak bercucuk tanam (hahaha). Mari lah kita bekerja keras ya incik Mamoru! Caiyok!

Rasanya, setakat tu dulu wishlist aku terfikir untuk tahun nih. Doakan semuanya tercapai ya! Wishlist korang, apa pulak?

Permalink 7 Comments

>SA outlet M.A.C yang hampeh

December 5, 2009 at 7:58 am (Uncategorized)

>

Malam tadi aku ajak Mamoru pegi Mid Valley. Rushing nak tambah stok make up sebab Ahad nih aku ada job make up kan orang. Since Sabtu Mamoru tak free (sebab dia ada job shoot gambar pengantin), so, agak kelam kabut jugak lah. Ikutkan aku boleh je pergi beli sendiri, tapi kang mana nak dukung Ariff, mana nak pilih barang, angkut barang – payah lah pulak.

Sampai je kat M.A.C Mid valley, aku terus survey harga – kira budget sambil pilih barang. Ada la sorang sales assistant (SA) kat situ yang perhati aku belek-belek make up kat situ. Dia tak attend aku – just tengok dari jauh.

Pastu, masa aku amik barang dari rak display kat situ, dia terus datang meluru dan amik barang tu dari tangan aku pastu letak balik kat atas rak – without saying a word pun! Rude gila ok – macam produk dia tu precious sangat sampai sentuhan tangan aku akan buat barang dia rosak ke haper. Sentap aku kat situ.

She was lucky I’m in a very good mood malam tadi. Dari aku argue pasal sikap rude dia aku tanya bebaik harga barang tu – tapi, instead of jawab soalab aku, dia tanya aku balik;

SA M.A.C: “Why dont you bagitau I, you nak cari apa? You macam tak tau apa yang you nak cari”

Selamba gila ayat dia. Bengang ok. Mementang lah dressing aku selekeh malam tadi. Pastu masuk lak outlet MAC sambil dukung baby, pegang napkin. Eiyyy.. kenapa laaaa wujud certain orang yang suka sangattt judge orang lain melalui penampilan. oh, pleaseeee lah!

Taim dia cakap camtu, aku dah start menyampah. Tapi still undercontrol lagi. Aku balas;

“No, I tau apa yang I nak cari. Actually, I tengah kira budget”. Jawapan lurus bendul. Tapi memang betul pun. Kepala aku tengah ligat buat congak duit.

Pastu aku pegi belek lip gloss pulak. Dia berdiri sebelah aku dengan muka tak puas hati (maybe sebab aku asyik pegang barang pastu letak). Datang sengal aku nih, aku tanya dia apa perbezaan antara lip gloss dengan lip glass. Lebih kurang arr camtu la kut soalan aku. Korang nak tau apa dia jawab?

“Lip gloss tu lip gloss lah.. lip glass tu lip glass”

Tetiba aku rasa macam tahap IQ aku jatuh 10 point. Aku pandang muka dia. Rasa nak je aku sumbat botol susu Ariff dalam mulut dia. Ringan je mulut aku nak melazer taim tu. Sabar.. sabar.. Takper, ko memang bernasib baik malam nih sebab aku memang nak cepat. Kang aku bertekak kat situ, kompem mood aku nak beli barang pun hancuss – end up dengan aku balik rumah dalam keadaan hati yang sakit, jiwa parah dan kena pulak membazir petrol pergi outlet MAC yang lain semata-mata untuk beli barang yang sama.

Disebabkan terlalu marah, aku sebut lelaju semua barang yang aku nak beli dalam list aku tanpa pandang muka dia. Masa tu dia macam terdiam. Macam betul ke aku nak beli semua tu? Aku toleh tengok dia, “I nak cepat”. Terus dia diam sambil pergi cari barang yang aku nak.

Pastu baru lah dia mood dia terlebih peramah – nak promote barang nih laa, tu laa. Siap offer nak buat make over kat muka aku ok – hmm, takde makna aku nak layan. Too late beb!

Paling tak boleh blah, bila all of sudden dia duk puji-puji Ariff cute la, comel la, mata cantik la segala. Oh kamon la. Punya lah lama Ariff duduk depan outlet nih (depan mata kau), tapi kau bebuat tak nampak (padahal aku sorang je customer dalam outlet tu semalam). Tetiba lak taim aku dah confirm nak beli, baru kau perasan kehenseman anak aku? Sory ok, kipas kau kipas cap ayam. Kau tukar aircond kuasa turbo pun, tetap tak boleh sejukkan hati aku.

Aku bukan nak kutuk la orang camni. Tapi aku pun penah keje jadi sales assistant okeh – jual towel kat Uda Ocean (masa baru grad dulu). Tapi aku boleh je senyum, sopan, jaga budi bahasa. Even customer duk punggah towel yang aku lipat pun, aku masih maintain senyum lagi. Kalau sakit hati pun, takde lah sampai aku nak bersikap kurang ajar.

Haih, tak faham aku.


Stok make up M.A.C yang aku beli malam tadi. Yang kekecik dalam tube tu free gift.


Aku bajet nak spend dalam seribu. Tapi total spent RM 665 je. Bagus lah, thanks to SA tu punya attitude, hilang mood aku nak membelek barang lain dalam outlet MAC. Jimat duit.

Permalink 6 Comments

>Habiskan duit dapat duit

December 5, 2009 at 12:44 am (Uncategorized)

>

Kannn.. tajuk berbelit-belit. Ekceli bukan dapat duit dalam bentuk tunai, tapi dalam bentuk voucher. Kira sama lah tu.


Kami pergi shopping baju Ariff tadi. Daddy dia yang beria ajak gi shopping. Mummy dia rilek je (walau hakikatnya mummy dia lonjak-lonjak excited – gila apa orang ajak shopping tak hepi?).

Ariff dah semakin tinggi. Kalah baby umur setahun. So, banyak dah baju yang tak muat. Kena cecepat beli baru. Hepi je Ariff bila dapat berjalan. Kami shopping kat Jusco je – paling dekat.


See, ni lah namanya habiskan duit, dapat semula duit. Jusco bermurah hati nak bagi kami Voucher RM 80 inggit.. bagusss.. boleh shopping baju Ariff lagi!

Permalink 1 Comment

>My 3rd dat at work

December 3, 2009 at 11:53 pm (Uncategorized)

>

Hari ke 3 kerja.

Jadual hari nih penuh dengan meeting. Dari pagi sampai petang, seriously. Break pun masa lunch hour. Macam-macam meeting aku attend. Dari yang aku faham sampailah tahap aku kurang nak faham. Tapi bebuat faham jugak lah. Tho banyak kali aku rasa macam ‘apekemender lah derang bincang nih’, tapi rilekkk.. muka kena cool – kena always look smart. Takper, aku baru lagi kat sini. Tak lama lagi expert laa tu.

My Boss, he’s always on the run. Sampaikan I have to chase him to keep up.

Wish aku boleh cerita detail pasal kerja baru nih. Unfortunately, I can’t. Again, takper. Macam lah korang berminat nak baca pasal kisah keje aku, kan?.. haha.

Okay lah, aku nak settlekan keje aku sikit (yer, baru 3 hari keje aku dah start bawak paperwork balik rumah – gila rajin. Ekceli, aku takde masa nak buat kat office – asyik terperap dalam bilik meeting je)

Sementara tu, cam biasa, layan je lah gambar aku dengan kekasih hati nih:



Suka gila tengok gambar nih.



Ahad nih genap usia Ariff 6 bulan – will write about it soon!



Geram dengan pipi dia… geremmmmmm!



His scent is like a drug to me.. like my own brand of heroin.. haha (Dialog Edward Cullen dlm Twilight)



Aaaaaaaaa….



Sukaaaa peluk dia!


p/s: Yaa betull, cik Elyn, rambut dia Ariff curly – ikut daddy dia.. hihihi. Alah, rambut aD pun bukannya lurus – wavy je 🙂

Permalink 4 Comments

>Kembali bekerja

December 1, 2009 at 10:36 pm (Uncategorized)

>

Hari pertama kerja di Bank B – tataw macam mana nak describe – beyond expectation. Jadi, aku tak perlu rasa regret tinggalkan UOB.. *wink*

Oh, to my surprise, people in my department nicknamed me “Miss Harvard”. Kak Sue (one of my colleague) cakap, my superior yang came out with that name. Rupanya derang dah kenal aku even weeks before aku join the department.

How odd, even people in UOB pun bagi nick name yang hampir sama. Paling menarik bila aku juga dapat colleague yang bernama Sue di kedua-dua bank ni. Hmm.. thats a good thing, I guess.

Tadi tak ada apa sangat. Buat akaun baru, security pass, etc. Lunch hour sampai 2 jam, boleh? Pastu lepak tunggu IT staff pasang komputer sampai petang. Esok ada meeting dgn Head of Department & Head Unit – Discuss tentang my job function dan next year punya plan. This is going to be fun – I can feel it bebeh.

Okeh lah, nak pack barang-barang untuk bawak ke office baru; my lucky mug, bekas stationary, bantal busyuk, pokok bunga, etc. Paling penting, nak letak gambar my two heroes atas meja – penguat semangat tu. Sementara aku busy packing barang, korang layan kan lah gambar salah seorang hero aku kat bawah nih (one of my fav)



Taken last night.



Suka tengok mata dia yang bulat dan besar tu. Wonder ikut mata siapa ek? Hik



I love the lips.. so cute and sexy.. haha



My version of ‘Edward Cullen’.. hihihihi

Permalink 2 Comments